Selamat Bertunang Maksu Zura


Zura disamping barang hantaran dari pihak lelaki.


Kek hantaran dari pihak lelaki.


Barang hantaran serba pink dari pihak perempuan.


Kek hantaran bewarna pink dari pihak perempuan.


Azura tersenyum manis di hari pertunangannya.

Tahniah diucapkan kepada adik saya, Norazura Zakaria yang telah melangsungkan majlis pertunangannya baru-baru . Semoga jodoh berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Oklah tak perlulah cerita panjang-panjang tapi kita tengok gambar barang-barang hantaran yang telah digubah indah sekali.

Mengerjakan Haji di Tanah Suci











Saya dan suami telahpun selamat kembali dari mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Kami berada disana selama 45 hari dan kembali ke tanahair pada 18 Disember yang lalu.Syukur alhamdulillah kerana telah dapat menyempurnakan rukun Islam yang kelima ini dengan jayanya. Sesungguhnya kembara kerohanian ini memberikan keinsafan betapa kita hamba Allah di atas muka bumi ini telah melakukan pelbagai dosa dan noda samada secara sedar ataupun tidak.Maka wajarlah kita mensucikan hati dan memohon keampunan ke hadrat Ilahi atas secara dosa-dosa kita yang lalu. Apabila kita terpandang Kaabah di depan mata sendiri yang sebelum ini hanya dalam bayangan saja, kita akan mengakui kebesaran Ilahi. Sesungguhnya kembara ini menambahkan keimanan kita kepada agama dan Tuhan yang disembah iaitu Allah Subhanahuwataala. Saya dengan ini menyeru kepada anda yang telah mampu dari segi kewangan supaya bersegeralah menunaikan haji ataupun umrah kerana ibadah ini pasti dapat mengubah diri kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari sebelumnya.


Buku Baru - Kompilasi Hidangan Berkeju

Baru-baru ini ,buku masakan bertajuk Kompilasi Hidangan Berkeju yang ditulis oleh Puan Noraini Zakaria telahpun dilancarkan oleh penerbitnya iaitu Alaf 21 Sdn.Bhd.Buku yang berharga RM7.00 ini mengandungi 60 jenis resipi pelbagai masakan yang menggunakan keju seperti Kek Tiramisu, Lasagna Daging, Spaggeti Bolognese dan sebagainya lagi. Buku ini boleh di beli di Aniz Baking Centre atau di kedai-kedai buku utama.Puan Noraini Zakaria juga akan menerbitkan buku masakan biskut tidak lama lagi.

Wajah Blog Baru

Blog Resipinoraini sudahpun berwajah baru.Kami masih lagi dalam peringkat pengubahsuaian dan pembaikan. Blog baru ini memberi lebih banyak kemudahan kepada anda untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti jadual kursus, lokasi tempat dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut, anda hanya perlu menekan link yang berada diatas.

KURSUS BARU 2010

Alhamdulillah Aniz Baking Centre akan mula beroperasi semula pada Januari 2010 setelah berhenti rehat semenjak September 2009. Syukur kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik semasa mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah dan selepas pulang ke tanahair tercinta.Kursus pula di jangka bermula pada 16 Januari 2010. Ada beberapa kursus baru yang diperkenalkan pada tahun ini seperti Nasi Ayam Ala Hainan, Nasi Briyani, Kek Keju,Kek Gulung,Kuih Talam dan lain-lain lagi.Kursus ini adalah kursus hands-on sehari dan bayaran dikenakan adalah RM150 untuk peserta pertama kali dan RM130 untuk bekas-bekas peserta yang pernah mengikuti kursus di Aniz Baking Centre. Jika berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini Zakaria di talian 014-3247478/03-31675408.Untuk jadual kursus bolehlah tekan link pada Jadual Kursus Aniz Baking Centre.

Info Kursus

Info Kursus Aniz Baking Centre :

Yuran setiap kelas adalah antara RM150 dan RM170. Anda dikehendaki menjelaskan yuran penuh sebelum menghadiri kursus kami. Bayaran dibuat di mana-mana cawangan MAYBANK dan bank-in atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS nombor akaun 562900001799 Kelas adalah secara hands-on bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Semua kelas diadakan di Aniz Baking Centre, No 45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor (berhampiran Giant Bukit Tinggi Klang).
 
Alamat lengkap dan peta lokasi, sila kunjungi lawan web http://anizbakingcentre.com . Berminat sila sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478 atau hubungi 03-31675408. Kursus tertakluk kepada bilangan peserta yang confirm hadir. Sekiranya peserta kurang dari 6 orang, kelas akan ditunda ke bulan berikutnya. Oleh itu, anda dikehendaki booking nama terlebih dahulu.



Baking Glossary

Photobucket


All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) - Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakan
seperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik) - agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya
naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat) - adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid seperti
kek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Ia
menutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.

Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia)

- digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar)

- garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul
dan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis dan
bermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan) - Coklat jenis ini
sering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kek
mentega.

Confectioners Sugar (gula aising) - gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon) - Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.

Decorating Tips - Sejenis alat seperti acuan untuk menghias kek.Ia diperbuat dari logam dan berbentuk kon. Alat ini dimasukan ke dalam beg piping dan isikan krim mentega . Picit mengikut bentuk disukai.

Emplex - Bahan perangup biskut yang berbentuk serbuk putih. Dijual di kebanyakan kedai bahan kek.

Egg Wash @Glaze - Telur yang dicampur sedikit susu atau air dan disapu atas roti dan pastri untuk menjadikan permukaannya kekuningan dan berkilat.

Fondant (Fondan) - Doh lembut yang diperbuat dari gula aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa.Digunakan untuk membalut kek perkahwinan atau pertunangan.

Fermentation (fermentasi) - Tempoh masa diberikan kepada adunan beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar.Proses ini berlaku apabila enzim yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbon
dioksida dan menghasilkan buih-buih udara yang menyebabkan doh
mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan untuk membuat roti atau pau.

Gluten (glutin) - Protin yang terkandung dalam tepung gandum. Apabila dicampur air dan diuli, glutin akan terbentuk dan memberi struktur kenyal dan elastik.

Glucose Syrup (Sirap glukos) - Sejenis gula komersil yang berupa seperti sirap gula dan bewarna jernih.Ia tidak akan menjadi keras dan sesuai untuk industri makanan. Ia juga dikenali sebagai dextrose.

Gelatin (jelatin) - Adalah sejenis bahan pemekat dan pembeku yang digunakan untuk membuat kek keju, mousse dan lain-lain. Jelatin halal dari Pakistan dibuat dari bahan tumbuhan.Berupa seperti serbuk gula tetapi bewarna sedikit perang.

Genoise Cake (Kek Genoise) - Kek ringan dan lembut diperbuat dari tepung gandum,gula, telur mentega dan vanila.Teksturnya seakan kek span. Berasal dari Genoa, Itali dan resipi ini popular di Amerika dan Eropah.

Ganache - Salutan kek yang diperbuat dari coklat. Susu dipanaskan hingga mendidih.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Gaul dengan sudu hingga coklat cair. Kemudian bolehlah tuang atas kek.

Glyserin (gliserin) - Sejenis cairan jernih seperti sirap yang diperbuat dari lemak dan minyak. Berfungsi untuk memberi dan mengekalkan kelembapan pada kek ataupun fondant.

Golden Syrup (sirap emas) - bahan sampingan dari proses penapisan gula. Ia bewarna keperangan dan pekat.Rasanya seakan gula hangus.

Mousse - Inti atau filling yang diletakkan diantara dua kepingan kek. Ia diperbuat daripada krim putar, gelatin dan buah-buahan kisar. Kek ini enak dimakan sebagai pencuci mulut dan perlu disejukkan.

Marzipan - Pes yang diperbuat dari serbuk badam, gula dan putih telur. Ia dijadikan doh yang lembut dan dibentuk menjadi buah-buahan dan lain-lain untuk hiasan atas kek.Juga boleh digunakan untuk membalut kek.

Piping Jelly (Jelli hiasan) - Sejenis gel manis yang lutsinar dan boleh diwarnakan untuk hiasan atas kek atau untuk memaip tulisan.

Piping Bag - Beg berbentuk segi tiga daripada plastik atau kertas yang digunakan untuk mengisi aising.

Petits Fours - Makanan manis yang kecil-kecil, cantik dan berhias aising. Selalunya dihidangkan selepas waktu makan.

Preheat - Memanaskan ketuhar atau pengukus kepada suhu tertentu sebelum memasukkan makanan.

Royal Icing (Aising Royal)- Aising yang diperbuat dari putih telur, air, gula atau krim tartar. Ia pekat seperti aising mentega dan boleh diwarnakan. Ia boleh menyalut kek , membuat bunga atau untuk corak atas kek fondan.

Room Temperature (Suhu Bilik) - Suhu kebiasaan bagi dapur.

Stabilizer (penstabil) - Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam adunan kek bagi menghalang pemisahan bahan seperti air dan lemak. Ovalette adalah contoh penstabil.

Super Sponge - Bahan emulsi dan penstabil yang digunakan dalam pembuatan kek span supaya kek span sentiasa gebu. Nama lain bagi super sponge ialah ovalette, Quick 75, TBM dan lain-lain. Bahan ini dalam bentuk pes bewarna oren.

Sugar Paste (Pes Gula) - Bahan yang diperbuat dari gula aising,tepung jagung dan gelatin. Bahan ini diuli menjadi doh lembut dan boleh dibentuk menjadi bunga, kotak dan lain-lain. Ia keras dan tahan lama. Sesuai untuk hiasan atas kek fondan.Nama lain ialah gum paste atau
pastillage.

Shortening - Sejenis lemak putih yang terhasil dari pemprosesan kelapa sawit.Digunakan dengan meluas dalam pembuatan roti dan pastri untuk melembutkan atau merangupkan produk.

Self-raising Flour (Tepung Naik Sendiri) - Tepung gandum serbaguna yang telah dicampurkan serbuk penaik dengan kadar tertentu. Anda tidak perlu mencampurkan serbuk penaik lagi.

Springform Pan - Tin atau acuan bentuk bulat yang boleh dibuka di bahagian tepi dan dasarnya. Ia sesuai untuk membuat kek keju kerana mudah dikeluarkan.

Whipping Cream (Krim Putar) - Diperbuat dari krim pekat, gula dan ada bahan penstabil agar produk tetap gebu selepas diputar. Whipping Cream for Topping lebih sesuai untuk menyalut kek. Manakala Dairy Whipping Cream lebih sesuai dicampurkan dalam masakan.

Turntable (meja berputar) - Sejenis alat berbentuk bulat dan berkaki, yang digunakan untuk meletakkan kek dalam proses menghias kek. Alat ini diperbuat dari besi, kayu atau plastik. Ia boleh diputar untuk memudahkan kerja menghias kek.

Tempering

- Proses mencair dan menyejukkan coklat kepada suhu tertentu, untuk digunakan bagi menyalut kek atau membuat produk dari coklat.

Yeast (Yis) - Sejenis organisma hidup dalam keluarga kulat (fungus). Ia perlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup.Di pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Untuk mempercepatkan proses yis mengembang, ia perlu diletakkan di tempat hangat. Yis digunakan dalam pembuatan roti, pau dan kuih-muih.

Sumber : www.homebaking.org

Baking Tips



1. Membersihkan Ketuhar
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.

2. Lembutkan Mentega
Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.

4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.

5. Gris tin pembakar
Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk
menyapunya.

6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Tepung yang sesuai
Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.

8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.

9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.

10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untukelakkan buah terkeluar.

11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium ,
masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.

Petua-Petua Di Dapur


1. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan
dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis
atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan
terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika
hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh
subur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak
pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.
Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita

memakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal
tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30
minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama
sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama
Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dan
sejukkan.

13. Pisau tak berkarat
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan
kering.Kemudian barulah disimpan.

14. Kacang cepat kembang
Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

15. Elakkan getah nangka
Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

16. Bersihkan pengisar
Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

17. Santan lebih pekat
Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur Perah seperti biasa.

18. Kelapa parut tahan lama
Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

19.Kelapa parut beku
Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah seperti
biasa.

20. Tempoyak tahan lama

Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari ,ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.



Aniz Baking Centre


Aniz Baking Centre (SA0105009-P)

Menganjurkan pelbagai kursus masakan seperti pembuatan kek, roti, pastri, kuih-muih, hiasan kek dan masakan komersil. Kursus diajar sendiri oleh Pn.Noraini Zakaria. Semua kursus diadakan di :

Aniz Baking Centre, No 45-1, Jalan Batu Nilam 5, 
Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor.

Kepada anda yang berminat, sila hubungi Pn. Noraini di talian
03-31675408, 014-3247478
atau emel ke
admin(at)anizbakingcentre.com

Aniz Baking Centre telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan anda yang berminat mempelajari pelbagai kemahiran membuat kek, biskut, roti, pastri, kuih-muih tempatan dan masakan komersil. Matlamat kami adalah untuk membimbing kaum wanita khasnya dan masyarakat amnya untuk menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan halal sebagai perniagaan sambilan ataupun sepenuh masa. Kursus-kursus kami juga sesuai buat anda yang gemar memasak untuk hidangan keluarga sahaja atau berminat mempelajari masakan baru dan sekadar mahu mencuba-cuba .



Berita Terkini (31/10/2009)

Assalamualaikum dan bersua kembali setelah lama menyepikan diri.Bukannya malas nak menulis tapi komputernya rosak.Dah tiga minggu dihantar repair tapi tak siap-siap lagi.Jadi kenalah beli yang baru.Memang ramai yang telefon bertanyakan tentang kursus hujung tahun ni jadi saya ingin memberitahu sekali lagi bahawa saya akan menunaikan haji pada 4 November ini dan akan kembali ke tanahair pada pertengahan bulan Disember nanti. Insyaallah pada hujung Disember saya akan memasukkan jadual bulan Januari dan Februari 2010. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan dari anda semua samada pengunjung blog ini dan juga bekas peserta ,jika ada sebarang kesilapan saya yang lalu.Haraplah dimaafkan . Insyaallah , jika dipanjangkan umur kita akan bersua lagi pada tahun depan. Saya akan merakamkan perjalanan dan pengalaman menunaikan haji untuk tatapan anda semua sekembalinya saya ke tanahair nanti untuk dijadikan panduan kita bersama.

Kursus Baru Tahun 2010

Saya akan memperkenalkan beberapa modul baru untuk tahun depan.Kursus baru seperti Nasi Ayam Ala Hainan, Nasi Beriyani,Western Food (ala-ala chicken chop gitu) , Kek Gulung (swiss roll spt benji roll, tiger roll dll),Aneka Kek Keju dan mengekalkan modul seperti tahun lepas. Yuran adalah RM150 untuk peserta baru (pertama kali) tetapi peserta lama hanya RM130 (diskaun RM20)

Ahli Baru (Follower)

Disebelah kanan blog saya tu ada ruangan untuk blogger yang menjadi followers blog ini.Terimakasih diucapkan kerana sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.Kepada anda semua, silalah sertakan sekali alamat blog anda supaya saya boleh mempromosikan aktiviti anda jika ada kesempatan nanti.

CBox dan Emel

Memang dah sebulan agaknya saya tak berkesempatan untuk menjawap emel dan soalan-soalan di CBox.Minta maaf banyak-banyak kerana tidak membalasnya.Bukannya disengajakan tetapi masalah komputer rosak.Jika ada yang sudi tolong jawapkan soalan-soalan mereka tu, saya ucapkan berbanyak-banyak terimaksih.

Oklah, setakad ini sahaja celoteh kak Ani kali ini. Insyaallah di Tanah Suci nanti Kak Ani akan mendoakan agar bekas-bekas peserta di Aniz Baking Centre memperoleh kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amin.

Kursus Bermula Januari 2010


Macam-macam biskut yang nak diambil gambar.


Jurugambar Wan Zamri, sedang menjalankan tugasnya.
Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Minta maaflah kerana dah beberapa minggu tak update blog ni, maklumlah macam-macam hal. Ramai yang menghantar emel,sms,mesej dalam chatbox dan juga menalifon bertanyakan tentang jadual kursus hujung tahun ini. Biarlah saya menerangkan semula. Saya dan suami telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini tetapi dalam status menunggu (standby). Keberangkatan saya ke tanah suci bergantung kepada keputusan muktamad tentang kuota haji yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Jadi ada dua kemungkinan samada pergi atau tak pergi. Oleh itu saya membuat keputusan bahawa kursus hanya akan bermula bulan Januari 2010 samada dapat pergi ataupun tidak. Jadual kursus Januari 2010 akan dimasukkan pada bulan Disember nanti.Harap anda semua maklum .

Buku baru bertajuk "Aneka Biskut Popular" sudahpun selesai proses shooting dan akan berada di pasaran sebelum puasa tahun depan. Ada lebih 35 jenis resipi biskut yang mudah dan pasti jadi insyaallah. Buku ini lengkap dengan tip dan panduan membuat biskut yang jarang ada dalam buku-buku lain.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI




"SYAWAL SUDAH MENJELANG TIBA.TAK LAMA LAGI KITA AKAN BERHARI RAYA. SERONOKNYA NAK BALIK KAMPUNG, JUMPA KEDUA AYAH BONDA DAN SANAK SAUDARA. "



DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELAWAT KE BLOG RESIPINORAINI. SAYA JUGA MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON KEMAAFAN DARI ANDA SEMUA SAMADA PELAWAT ATAU BEKAS PESERTA KURSUS DI ANIZ BAKING CENTRE SEKIRANYA SEPANJANG KITA BERINTERAKSI TERDAPAT PERBUATAN ATAU TUTUR KATA YANG MENYINGGUNG PERASAAN ANDA.HARAP MAAF. JIKA DIPANJANGKAN UMUR, INSYAALLAH KITA AKAN BERSUA LAGI.



SALAM HORMAT DARI ,



PUAN NORAINI ZAKARIA DAN KELUARGA

PELABUHAN KLANG, SELANGOR.

Kursus Akan Datang

Assalamualaikum diucapkan kepada para pengunjung semua. Nampaknya kita sudahpun hampir ke penghujung Ramadan dan beberapa hari saja lagi kita akan menyambut lebaran. Ramai yang bertanya bila saya akan menyambung semula kursus. Nampaknya ramai yang tak sabar-sabar nak belajar ni . Sebenarnya macam ni, saya dan suami ada memohon pakej untuk menunaikan haji pada tahun ini. Tetapi nama kami belum confirm dapat pergi . Jika tak dapat pergi pada tahun ini maka kelas akan bermula pada bulan November. Bulan Oktober saya ada shooting untuk buku terbaru Aneka Biskut jadi tak dapatlah bermula kelas bulan Oktober. Sekiranya ada rezeki saya menunaikan haji tahun ini, maka kursus hanya bermula pada Januari tahun 2010. Apapun, perkembangan terbaru tentang kursus boleh diikuti dalam blog saya ini.
Posting pada 17/9/2009

Khasiat Bawang Putih

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan “PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!.”..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Sekian terima kasih

credit kepada :
Hapizal Ramli

TIP MEMBUAT BISKUT


Biskut Badam ini dihias dengan coklat putih diatasnya.


Biskut Gajus



Biskut Oat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Alhamdulillah kita telahpun berpuasa 14 hari dan lebih kurang 2 minggu lagi akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tentu ramai daripada anda semua sedang sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya untuk hidangan lebaran nanti. Saya juga sibuk membuat pelbagai jenis biskut untuk buku biskut saya . Sampai hari ni dahpun siapkan 15 jenis biskut pelbagai jenis.Target saya nak siapkan 30 jenis biskut. Harap-harap dapatlah disiapkan. Jadi di ruangan ini saya ingin memberi sedikit tip sebagai panduan kepada anda semua. Membuat biskut tidaklah susah sangat cuma anda perlu tahu sedikit teknik-teknik yang betul.Anda juga boleh mencipta pelbagai jenis biskut baru mengikut kreativiti anda sendiri.

Tip Membuat Biskut

1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.

Banyak lagi tip dan panduan yang dimuatkan dalam buku baru saya nanti. Apa-apapun saya mengucapkan semoga sukses dalam projek biskut raya anda.SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



Masakan Berayam Yang Mudah


Ayam goreng bersalut tepung.


Sup ayam lada hitam.

Salam untuk semua pengunjung. Hari ini saya akan berikan beberapa resipi berayam yang mudah, ringkas dan cepat disediakan iaitu Sup Ayam Lada Hitam dan Ayam Goreng Bersalut Tepung. Bolehlah mencuba untuk berbuka puasa nanti.

SUP AYAM LADA HITAM
Bahan :
10 ketul ayam, dibersihkan
2 biji ubi kentang, dipotong 4
2 pokok daun sup dan daun bawang, dimayang halus
1 sudu besar lada hitam, ditumbuk halus
air secukupnya
1 bungkus sop bunjut Adabi
minyak masak secukupnya untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis :
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia, dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang dan sedikit buah pelaga

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis diatas hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, sup bunjut dan air secukupnya dan masak sampai mendidih.
3. Masukkan kentang dan lada hitam .Masak lagi hingga kentang empuk.
4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup yg telah dihiris,garam secukup rasa.
5. Biarkan mendidih sebentar dan tutupkan apinya.

Tip : Untuk mengelakkan kentang menjadi hitam, setelah dikupas kulitnya hendaklah direndam dalam mangkuk berisi air.


AYAM GORENG BERSALUT TEPUNG
Bahan-bahan :
10 ketul ayam (ikut suka banyak mana nak)
1 kotak tepung goreng ayam Nona (tepung ala KFC)
1 biji telur
sedikit garam dan lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dan gaul garam dan lada sulah.Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak. Telur dipukul dengan garfu agar sebati.
3. Celup ayam dalam telur dan golekkan atas tepung goreng hingga bersalut semuanya.
4. Masukkan dalam minyak dan gorenglah hingga bewarna perang.

Nota: Kak Ani suka gunakan kotak warna biru, ada rasa pedas dan rangup. Sedap dicicah dengan sos semasa masih hangat.

Masak Lemak Udang


Bila dah puasa, tekak kita ni teringin nak makan macam-macam. Bagi Kak Ani, lauk-pauk tu memang masak sendiri, tapi kuih-muih tu beli ajelah kat pasar ramadan dekat rumah tu. Macam-macam ada.Kuih-muih aneka macam dan rasanya pun boleh tahanlah, sedap jugak. Oklah hari ni Kak Ani nak berkongsi resipi Masak Lemak Udang yang telah dibuat beberapa hari yang lepas. Nak posting aje yang tak sempat-sempat.


MASAK LEMAK UDANG

Bahan-bahan :

600 gm udang sederhana besar

1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan

10 biji cili api

1 inci kunyit hidup

1 biji bawang merah (kecil)

2 batang serai. diketuk

garam secukup rasa


Cara Membuat :

1. Udang dibersihkan.

2. Tumbuk cili api, garam dan kunyit hidup hingga lumat.Masukkan bawang dan tumbuk lagi.

3. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama serai dan santan. kacau rata.

4. Buka api sederhana dan masak kuah itu sehingga hampir mendidih. Kacau selalu supaya tidak berketul.

5. Masukkan udang dan biarkan kuah mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Kari Daging dan Sup Sayur Petola


Kari daging.


Sup Sayur Petola.

Resipi kali ini ialah Kari Daging dan juga Sup Petola. Sesuai untuk makan tengahari dan juga juadah berbuka puasa.

Kari Daging
Bahan :

600 gm daging,direbus hingga empuk
3/4 cawan serbuk rempah kari Baba's
3 tangkai daun kari
1 biji kelapa,ambil 3 cawan santan pekat
2 biji kentang, belah 4
1/2 cawan minyak masak
air secukupnya
garam dan perasa secukupnya.

Bahan tumis:
2 ulas bawang putih, dihiris
2 ulas bawang merah, dihiris
1 inci halia,dihiris
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Cara Membuatnya:

Daging yang telah direbus dihiris nipis. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air untuk menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis bersama daun kari. Biarkan hingga bawang hampir garing dan masukkan pes kari dan kacau lagi supaya pes tidak hangus. Masukkan daging dan air rebusan daging (jika ada). Masukkan santan, garam dan perisa.Biarkan kuah mendidih dengan api sederhana.Masukkan kentang dan biarkan mendidih hingga kentang empuk. Tambah air jika kuah pekat.


Sup Sayur Petola

Bahan :
1 biji petola sederhana, dipotong kecil
sedikit fucuk, direndam
sedikit soohun, direndam
2 ulas bawang putih, dimayang
2 ulas bawang merah,dimayang
sedikit ikan bilis,dimayang
sebiji cili merah, dimayang
garam dan perasa secukupnya
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :

Tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili hingga naik bau.Masukkan air dan fucuk.Biarkan mendidih dan masukkan petola. Setelah petola empuk, masukkan garam ,perasa dan soohun.Biarkan mendidih sebentar dan angkat dari api.

Asam Pedas Ikan dan Ayam Masak Merah


Cili kisar yang telah siap.


Asam pedas ikan kembung.


Ayam masak merah.


Alhamdulillah, dah dua hari kita berpuasa. Disebabkan Aniz Baking Centre tak ada aktiviti sepanjang bulan puasa ini maka Kak Ani masukkan resipi lauk-pauk kegemaran keluarga Kak Ani. Sesiapa nak mencuba bolehlah masak untuk berbuka puasa nanti. Tapi resipi-resipi ini sesuai dengan tekak Kak Ani sekeluargalah. Tekak anda mungkin lain citarasanya. Pandai-pandailah nak adjust mana-mana yang patut. Untuk buat asam pedas dan juga ayam masak merah ni, Kak Ani kisar sendiri cilinya tak beli yang siap kat kedai. Bagi Kak ani cili boh yang jual kat kedai tu tak sedap dan rasanya masam, banyak sangat bahan pengawet. Jadi Kak ani blend sendiri dan boleh tahan hingga 2 minggu jika dimasukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Bagi yang bekerja memang mudah,tak perlu nak kisar-kisar cili lagi.

Cili Kisar (homemade)

50 gm cili kering,digunting halus dan rendam air panas
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 cawan air


Cara Membuatnya :
Basuh cili kering yang telah direndam tadi. Toskan dan masukkan ke dalam blender bersama bawang putih, bawang besar, halia , kunyit hidup dan air. Kisar hingga hancur. Masukkan dalam botol dan simpan peti sejuk. Rahsia cili kisar ini tahan lama ialah kerana ia telah direndam air panas.


ASAM PEDAS IKAN


Bahan :
1 cawan cili kisar
3/4 cawan minyak masak
6 ekor ikan kembung/pari /merah/dll
10 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 ulas asam keping
garam dan perasa secukupnya


Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar hingga garing. Masukkan air dan ikan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun kesum, daun kari , asam keping, garam dan perasa.Setelah ikan empuk boleh diangkat. Anda boleh tambah kacang bendir atau tomato jika suka. Asam pedas ini istimewa rasanya kerana dimasukkan daun kari yang menambahkan aromanya.


AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan :


10 ketul ayam
1 cawan cili kisar
1/2 cawan sos cili
1/2 biji bawang besar, dimayang
3/4 cawan minyak masak
sedikit air
garam dan gula secukup rasa


Cara Membuat :


Ayam dibersihkan dan digaul garam dan kunyit serbuk. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (jangan terlalu garing, ia keras).Angkat dan toskan. Keluarkan separuh minyak hingga lebih kurang 3/4 cawan. Dengan minyak goreng ayam itu, tumiskan bawang besar hingga berbau wangi dan tumiskan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, garam,gula dan sedikit air supaya tak terlalu pekat.Masukkan ayam dan gaul sebati. Angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

SAYA BAGI PIHAK ANIZ BAKING CENTRE MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA BEKAS-BEKAS PESERTA KURSUS DAN PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. SEMOGA KEDATANGAN BULAN RAMADAN INI AKAN MENAMBAHKAN KEBERKATAN DAN KEMURAHAN REZEKI KEPADA ANDA SEMUA.

Salam hormat daripada,

Noraini Zakaria dan Keluarga.

Hati-Hati Dengan Selsema Babi (H1N1)

Nampaknya demam Selsema Babi ini semakin menjadi-jadi di negara kita. Sehingga kini lebih dari 60 orang telah menjadi mangsa dan kes di negara adalah yang tertinggi di Asia. Jadi saya berharap anda semua melindungi ahli keluarga masing-masing dari menjadi mangsa H1N1. Walaupun vaksin penyakit ini belum ditemui , tetapi kita boleh membuat pencegahan sendiri. Apa yang anda perlu lakukan ?

1. Kerap membasuh tangan dengan sabun, terutama sebelum mengambil makanan.
2. Tidur yang cukup dan sentiasa aktif.
3. Minum banyak air dan ambil makanan berkhasiat.
4. Ambil Vitamin C sebagai tambahan.
5. Kurangkan mengunjungi tempat awam dan pakai topeng muka.
6. Perlu segera membawa anak yang demam ke klinik untuk rawatan.

Apakah Tanda-tanda Simptom Virus H1N1?

: Demam, batuk,selsema, sakit tekak, sakit badan,kelesuan, muntah dll.

Setelah kita berusaha,akhirnya kita perlulah bertawakal kepada Allah dan memohon doa kepadaNya agar dijauhkan diri kita, kaum keluarga dan para Muslimin sekelian dari dijangkiti wabak tersebut.

Kursus Kek Cawan 16 Ogos 2009


Peserta sedang menghias kek cawan masing-masing.


Hai, bila nak siap ni?


Akhirnya peserta bergambar kenangan setelah kek berjaya disiapkan.

Nampaknya kelas kita pun dah sampai ke penghujungnya.Untuk kelas yang terakhir ini, seramai 9 peserta telah menghadirinya. Tahniah diatas kesungguhan anda mempelajari teknik membuat kek dan menghiasnya. Bagaimanapun, untuk menambah kemahiran anda, hendaklah selalu praktis ok.Barulah designnya tambah mengancam. Selamat Maju Jaya pada anda semua.

Kursus Terakhir Sebelum Ramadan

Dua kursus terakhir sebelum Ramadan akan diadakan iaitu Kursus Bahulu dan Mufin pada 15 Ogos (Sabtu) dan Kursus Kek Cawan dan Hiasan pada 16 (Ogos). Untuk kursus bahulu anda akan mempelajari kaedah membuat Bahulu Cermai, Bahulu Kemboja, Bahulu Cappucino, Bahulu Pandan Choc Rice, Bahulu Gulung dan Bahulu Lapis.Anda akan turut mempelajari 4 jenis resipi mufin yan enak. Saya juga akan memberikan panduan mengguna bahan pengawet agar tahan lama dan juga pembungkusan yang menarik.Ha, 10 resipi dengan bayaran RM130 saja. Bila dah belajar bolehlah buat jual untuk raya nanti. Kelas ini masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di 014-3247478 . Untuk Kursus Kek Cawan, kelas sudahpun penuh . Insyaallah bulan November nanti kita akan sambung kursus seperti biasa. Untuk jadual boleh rujuk ke blog saya pada bulan Oktober nanti. Ok bye.

Kursus Biskut Raya dan Kek Popular


Peserta kursus Biskut Raya sedang memaip aising pd biskut.


Peserta kursus Biskut Raya bergambar kenangan.


Peserta kursus Kek Popular bergambar ramai.

Pada minggu lepas telah berlangsung dua kursus iaitu kursus Biskut Raya pada hari Sabtu dan kursus Kek Popular pada hari Ahad. Ramai yang telah menyertai kedua-dua kursus ini dan alhamdulillah mereka sungguh bersemangat sekali sehingga berjaya menamatkan kursus. Selamat maju jaya diucapkan kepada anda semua dan sesiapa yang nak buat bisnes biskut raya tu bolehlah buat biskut dari sekarang .

Kursus Hiasan Kek , 2 Ogos 09


Peserta bersama kek yang telah disiapkan.


Kek kartun ni comel sekali, pasti anak-anak suka.


Hiasan kek kartun yang menarik sekali.


Inilah para peserta kelas Hiasan Kek pada kali ini.

Alhamdulillah Kursus Hiasan Kek telahpun berlangsung pada 2 Ogos. Seramai 12 orang peserta telah menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada anda yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Bolehlah hias kek untuk hari raya nanti ya.

Kursus Masakan Bulan Ogos 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Pejam celik kita dah pun sampai ke bulan terakhir sebelum berpuasa dan berhari raya. Untuk bulan Ogos ini tinggal beberapa kelas saja lagi dan atas permintaan ramai saya lanjutkan kelas sehingga 15/16 Ogos iaitu lebih kurang satu minggu sebelum puasa. Untuk makluman anda semua kelas 1 Ogos(Sabtu) ditukar ke 2 Ogos (Ahad) kerana khabarnya ada demonstrasi besar di KL pada tarikh tersebut.Kemungkinan semua jalan ke KL kena road block dan menyebabkan jam teruk. Supaya tidak menyusahkan anda semua maka kursus Hiasan Kek ditukar ke hari Ahad. Berikut adalah jadual baru untuk bulan Ogos 2009.


2 OGOS - KURSUS HIASAN KEK DGN KRIM MENTEGA DAN PIPING JELLY.(RM130)
Mempelajari cara membuat Kek Span, Membuat Krim Mentega, Teknik menghias kek,Bunga Ros, Daun dan lain-lain Paten.Membuat Kek Kartun dengan Piping Jelly. Membawa pulang sebiji kek yang telah berhias.

8 OGOS - KURSUS ANEKA BISKUT RAYA (RM130)
Mempelajari teknik membuat biskut dan tip membuat bisnes biskut raya. Resipi spt. Permaisuri Badam, Fancy Aiskrim, Mama Carries, Havana Strawberi, Cip Coklat, Oatmeal, Tat Gulung, Sampan Kelapa dan Suji Bergajus + 2 resipi bonus.

9 OGOS - KURSUS ANEKA KEK POPULAR (RM130)
Mempelajari teknik membuat kek. Resipi spt Kek Span Pandan, Span Coklat, Pandan Layer, Choc.Moist, Blueberi Cheese Cake, Tiramisu, Kek Pelangi, Kek Buah dan menghias kek Black Forest dan Blueberi dengan Non Dairy Whipping Cream.

15 OGOS - KURSUS BAHULU DAN MUFFIN (RM 130)
Mempelajari teknik membuat bahulu, tahan lama dan pembungkusan. Resipi spt Bahulu Cermai, Bahulu Pandan, Bahulu Cappucino, Bahulu Kemboja (pecah lapan), Bahulu Gulung, Bahulu Lapis. Mufin - Mufin Blueberi, Mufin Cip Coklat, Mufin Strawberi Berinti.

16 OGOS - KURSUS KEK CAWAN DAN HIASANNYA (130)
Mempelajari teknik membuat kek cawan seperti Kek Oren Popi, Kek Kismis Walnut, Kek Coklat dan Kek Pandan + 3 resipi bonus. Cara membuat krim mentega dan menghiasnya dengan pelbagai jenis corak yang menarik. Membawa pulang 10 biji kek yang dihias sendiri.


Semua kursus adalah secara hands-on dr pukul 10 pg - 5 ptg.Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Yuran rm 130 bayar pada hari kursus. Tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Sijil diberikan pada peserta.

Kursus Kek Cawan 25 Julai 2009


Ini memang betul-betul belajar, penuh meja.


Hasil karya para peserta yang unik-unik belaka.


Para peserta bergambar kenangan.
Kursus Kek Cawan telah berlangsung pada 25 Julai yang lalu dimana 20 orang peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga sukses kepada anda semua.

Kursus Kek Popular 18 Julai


Dah siappun kek kita ni.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Kek Popular telah berlangsung pada 18 Julai.Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Nampaknya mereka seronok benar dapat mempelajari pelbagai jenis kek untuk hidangan hari raya nanti. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anda semua.

Bisnes Biskut Raya

Kita dah pun berada dalam pertengahan bulan Julai dan bulan Ogos kita akan mula berpuasa. Bagi rakan-rakan kita yang bisnes biskut raya tu, ada yang dah mula buat biskut untuk jualan. Mengenang zaman saya bisnes biskut raya dulu, memang sebulan sebelum puasa dah sibuk membeli bahan mentah dan buat biskut untuk sampel kepada pelanggan. Orang kita ni biasalah, dah tahu rasa biskut kita tapi masih nak rasa jugak, maklumlah kuih free.Tapi takpalah, nak bisnes kenalah keluar modal dulu , iyatak.

Oklah, selamat maju jaya kepada anda semua. Semoga rezeki anda melimpah ruah pada tahun ini.Tapi bila dah loaded tu, sedekahlah sikit pada kedua ibu-bapa,saudara mara dan orang yang memerlukan.Moga bertambah berkat rezeki anda.

Kursus Biskut Raya 11 Julai 2009


Serius betul akak kita membuat biskut mama carries tu!


Hari raya ni penuhlah meja dengan macam-macam biskut.


Semangat gotong-royong dalam kelas biskut raya.

Sorilah kengkawan, lambat pulak posting untuk kelas yang lepas.Oklah pada hari Sabtu lepas telah berlangsung kursus Biskut Raya. Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Kebanyakannya orang KL dan Selangor dan ada juga yang jauh dari Temerloh dan Terengganu. Apapun, tahniah diucapkan kepada anda semua.Moga sukses selalu.

Popular Posts