Macam-macam biskut yang nak diambil gambar.
Jurugambar Wan Zamri, sedang menjalankan tugasnya.
Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Minta maaflah kerana dah beberapa minggu tak update blog ni, maklumlah macam-macam hal. Ramai yang menghantar emel,sms,mesej dalam chatbox dan juga menalifon bertanyakan tentang jadual kursus hujung tahun ini. Biarlah saya menerangkan semula. Saya dan suami telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini tetapi dalam status menunggu (standby). Keberangkatan saya ke tanah suci bergantung kepada keputusan muktamad tentang kuota haji yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Jadi ada dua kemungkinan samada pergi atau tak pergi. Oleh itu saya membuat keputusan bahawa kursus hanya akan bermula bulan Januari 2010 samada dapat pergi ataupun tidak. Jadual kursus Januari 2010 akan dimasukkan pada bulan Disember nanti.Harap anda semua maklum .
Buku baru bertajuk "Aneka Biskut Popular" sudahpun selesai proses shooting dan akan berada di pasaran sebelum puasa tahun depan. Ada lebih 35 jenis resipi biskut yang mudah dan pasti jadi insyaallah. Buku ini lengkap dengan tip dan panduan membuat biskut yang jarang ada dalam buku-buku lain.
4 comments:
harga 1 buku berapa?
Doakan Kak Ani semoga menjadi tetamu Allah tahun ini ya. Amin.
Selamat menjalani ibadah haji.
InsyaAllah, tiada halangan hendaknya.
puan....
bila nak start kelas ni.....
jadualnya lom lagi ke?????
sy harap puan sihat selesai mengerjakan haji...
Post a Comment