Biskut Menggunakan Minyak Sapi

Alhamdulillah, puasa kita dah masuk minggu ke tiga. Seminggu lagi kita akan berhari raya. Bagaimana dengan persiapan anda semua? Bagi saya dan keluarga persiapan adalah secara sederhana sahaja. Okaylah, hari ini nak bercerita tentang biskut yang menggunakan minyak sapi atau ghee.Ada banyak jenis jenama di pasaran seperti QBB, Windmill dan lain-lain. Tapi saya lebih suka gunakan QBB . Sekarang harga minyak sapi boleh tahan mahalnya. 500 gm harganya RM14 lebih. Itu sebab ada pengusaha biskut yang mencampurkan minyak masak dengan minyak sapi untuk membuat biskut makmur.Nak jimatkan kos agaknya.

Apa bezanya biskut makmur, arab dan suji? Pada pendapat saya nama saja yang berlainan tetapi rasanya lebih kurang sama. Kalau biskut makmur, saya letakkan inti kacang didalamnya dan biskut arab atau suji tiada inti kerana dohnya telah manis. Biskut makmur dilumurkan dengan gula kastor supaya rasanya manis.


BISKUT MAKMUR

Bahan-bahan :

200 gm minyak sapi
400 gm tepung gandum
1/2 cawan kacang tanah , digoreng kering dan tumbuk
1 cawan gula kastor
cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya :

1. Minyak sapi digaulkan dengan tepung gandum hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak lembik, tambah lagi tepung.Jika kering tambah minyak sapi lagi.
2. Ambil sedikit doh dan bulatkan.Leperkan dan isi inti kacang kedalamnya.
3. Susun atas dulang dan bakar hingga masak.Sejukkan
4. Apabila biskut telah sejuk, golekkan dengan gula kastor
5. Masukkan dalam cawan kertas dan simpan dalam bekas.


BISKUT SUJI
(Sumber : Majalah RASA)

Bahan-bahan :

250 gm minyak sapi
150 gm gula aising
150 gm tepung suji
300 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
secubit garam
ceri merah - untuk hiasan
cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang.
2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu.
3. Adunkan hingga jadi doh yang lembut. Rehatkan 15 minit.
4. Bulatkan dan masukkan dalam mangkuk kertas. Hiaskan dengan ceri yang telah dihiris kecil.
5. Bakar selama 20 minit hingga masak.

8 comments:

Hj. Abdul Kadir said...

Pakcik lihat ada komen pasal QBB dalam resipi berkenaan, terasa juga hendak memberi komen ini. Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Sebelum itu, pak cik dengar padang ternakan lembu susu di Australia banyak musnah akibat kemarau dan kebakaran hutan. Harga tepung susu, mentega, minyak sapi tulen semakin naik. Dekat sini banyak jenama yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Kalau dari sudut nak buat biskut raya, Green Mountainlah yang paling baik rasanya. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

Atan said...

Saya setuju dengan komen Pak Cik di atas yang bertarikh 6 august 2010. Sekarang ini ada Cow and Calf yang harganya adalah RM 25.90/1kg. mahal sagat, tapi rasa dan bau tidak seperti Green Mountain

Mommy yumi said...

salam, biskut suji ni mencair dalam mulut tak kalau makan? saya nak cuba buat, tapi nak yang cair dlm mulut..hehe

Mommy yumi said...

salam, biskut suji ni mencair dalam mulut tak kalau makan? saya nak cuba buat, tapi nak yang cair dlm mulut..hehe

Pendita Tua said...

LK Razqi Enterprise adalah pengeluar minyak sapi tulin, 100% dari susu lembu asli. tiada campuran minyak sayuran.
Untuk oder hubungi En. Kamarudin 0105727008/ Rohaya 012257297

norsadira said...

sedapnya kegemaran saya ni..
jemput singgah blog saya ea. dirawanhartawan.blogsport.com

Dr olivia Alexander said...

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Popular Posts