Berbanyak maaf kerana kesuntukan masa untuk membalas komen-komen anda dalam Shout Box.Insyaallah jika saya ada kelapangan masa nanti, saya akan balas okay.Ada beberapa orang yang bertanya mengapa saya tidak membuat kelas di tempat-tempat lain kecuali Taman Samudra. Jawapan saya ialah Aniz Baking Centre sudah ada tempat yang tetap di Taman Samudra.Jadi tidak perlulah berpindah randah kesana- kemari. Masalahnya untuk membuat kursus di luar ialah terpaksa mengangkut peralatan dan banyak masa terbuang dalam perjalanan. Jika anda betul-betul minat mahu belajar, datanglah ke Taman Samudra. Ramai yang dari Pantai Timur, Johor, Melaka, Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat yang jauh pun sanggup datang ke Taman Samudra.Bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.Buat masa ini memang saya tiada kesempatan untuk membuat kursus di luar dari Taman Samudra.
1 comment:
betul tu...jauh perjalanan luas pandangan...biar bersusah payah dulu,barulah ilmu tu dihargai.Kalau nak seribu daya,kalau tak nak ,jawab la sendiri...semoga kak ani terus maju jaya,tak sabar nk dptkn buku terbaru kak ani.
Post a Comment