Kursus Kek Popular 7 Februari 09


Kek yang siap dipotong-potong untuk dibawa pulang.


Pelbagai jenis kek telah dihasilkan spt Black Forest, Tiramisu, Pandan Layer dll.
Pendekata, semuanya sedap-sedap belaka.


Sebahagian peserta bergambar, maaflah jika ada yg tak masuk dlm gambar.

Kursus Kek Popular yang telah diadakan baru-baru ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta dari sekitar Selangor , K.Lumpur dan tempat-tempat. Ada juga yang tidak dapat hadir kerana terperangkap dengan kesesakan lalulintas di kawasan kuil Batu Caves kerana Thaipusam. Bagaimanapun, jangan susah hati kerana kursus kek popular ini akan diadakan setiap bulan kerana mendapat sambutan yang baik dari anda semua. Sebanyak 7 resipi telah disediakan didalam kelas seperti Kek Tiramisu, Pandan Layer Kek, Choc.Moist, Kek Buah dan sebagainya. Nampaknya para peserta berpuashati dengan kek-kek yang telah dihasilkan. Selamat mencuba diucapkan kepada para peserta dan kalau ada masalah bolehlah menghubungi saya melalui sms atau emel.

No comments:

Popular Posts