Sudah ramai yang menalifon bertanyakan tentang jadual bulan Mac. Untuk tidak menghampakan permintaan anda, berikut saya senaraikan kursus-kursus yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Anda yang berminat hendaklah menghantar sms nama dan tarikh kursus ke o14-3247478 atau call 03-31675408. Jika anda menghantar emel, pastikan anda memberi nama penuh dan no. hand phone. Yuran untuk setiap kursus adalah RM150 yang dibayar pada hari kursus. Kelas secara hands-on dari pukul 10 pg - 5 ptg. Tidak perlu membawa barang kecuali pen untuk menulis. Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, no. 589 B (Tingkat 2), Jln. Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor.(Terletak diatas Kedai Kek Hidayah & Frozen Food). Sijil penyertaan diberikan kepada peserta.
1 Mac (Ahad) - Biskut Raya (Sudah penuh, harap maaf)
8 Mac (Ahad) - Kek Popular
Mempelajari cara membuat kek span, kek mentega, Pandan Layer Cake, Black Forest Cake, Tiramisu Cake, Blueberi Cheese Cake, Choc.Moist, Kek Buah dan cara menghias kek tersebut.
14 Mac (Sabtu) - Roti Ban Manis, Donat dan Pizza
Mempelajari cara membuat roti ban manis pelbagai jenis dan pelbagai inti, donat beserta topping dan pizza yang enak.
15 Mac (Ahad) - Aneka Biskut Raya
Membuat pelbagai jenis biskut raya seperti Suji Sweet Cookies, Roll Tart, Choc.Walnut,Choc.Chip Cookies, Biskut Sampan, Mama Carie, Permaisuri Badam + 4 resipi bonus.Juga tip dan panduan menjalankan bisnes biskut raya.
21 Mac (Sabtu) - Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tat
Mempelajari pelbagai jenis pastri seperti puff pastry, croissant, danish (5 jenis) dan 3 jenis tart seperti Tat Keju, Tat Telur dan Tatlet Buahan.
22 Mac ( Ahad) - Aneka Kek Lapis Sarawak
Mempelajari cara membuat kek lapis Sarawak seperti Kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Prun, Kek Lapis Tembikai. Menyusun kek bercorak untuk membuat Lapis Roll , Kincir Angin, Semarak dll.
28 Mac (Sabtu) - Kek Cawan dan Hiasannya dgn Krim Mentega dan Fondant
Mempelajari cara membuat 7 jenis kek cawan, membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai paten dan corak . Hiasan dari krim mentega, poured fondant , roll fondan dan piping jelly.
29 Mac (Ahad) - Frozen Food
Mempelajari cara membuat kuih-muih yang boleh didinginbekukan untuk makan sendiri atau untuk jualan. Produk adalah seperti pau gebu, donat, karipap pusing, bom bijan, cucur badak,apam gula hangus, puteri ayu + 3 resipi bonus.
No comments:
Post a Comment