Kursus Roti dan Biskut Raya
Pada hari Sabtu ini, 28 Februari akan diadakan kursus Roti , Donat dan Pizza. Pelbagai jenis resipi dan bentuk roti akan diajar oleh Chef Yanti. Kelas ini masih ada kekosongan dan jika ada yang berminat bolehlah menghubungi saya di 014-3247478. Pada hari Ahad pula akan diadakan Kursus Biskut Raya. Kelas ini sudah penuh dan anda yang berminat bolehlah booking untuk kelas pada 15 Mac nanti.
Kursus Pastri dan Hiasan Kek
Peserta bergambar dengan kek yang telah dihias cantik.
Hasil kerjatangan peserta kelas hiasan kek.
Baru-baru telah diadakan Kursus Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tart juga Kursus Hiasan Kek. Selamat Berjaya diucapkan kepada anda semua dan moga ilmu yang dipelajari dalam kelas itu dapat dipraktikkan di rumah nanti bagi menjana pendapatan sampingan buat anda sekeluarga.
Jadual Bulan Mac 2009
Sudah ramai yang menalifon bertanyakan tentang jadual bulan Mac. Untuk tidak menghampakan permintaan anda, berikut saya senaraikan kursus-kursus yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Anda yang berminat hendaklah menghantar sms nama dan tarikh kursus ke o14-3247478 atau call 03-31675408. Jika anda menghantar emel, pastikan anda memberi nama penuh dan no. hand phone. Yuran untuk setiap kursus adalah RM150 yang dibayar pada hari kursus. Kelas secara hands-on dari pukul 10 pg - 5 ptg. Tidak perlu membawa barang kecuali pen untuk menulis. Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, no. 589 B (Tingkat 2), Jln. Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor.(Terletak diatas Kedai Kek Hidayah & Frozen Food). Sijil penyertaan diberikan kepada peserta.
1 Mac (Ahad) - Biskut Raya (Sudah penuh, harap maaf)
8 Mac (Ahad) - Kek Popular
Mempelajari cara membuat kek span, kek mentega, Pandan Layer Cake, Black Forest Cake, Tiramisu Cake, Blueberi Cheese Cake, Choc.Moist, Kek Buah dan cara menghias kek tersebut.
14 Mac (Sabtu) - Roti Ban Manis, Donat dan Pizza
Mempelajari cara membuat roti ban manis pelbagai jenis dan pelbagai inti, donat beserta topping dan pizza yang enak.
15 Mac (Ahad) - Aneka Biskut Raya
Membuat pelbagai jenis biskut raya seperti Suji Sweet Cookies, Roll Tart, Choc.Walnut,Choc.Chip Cookies, Biskut Sampan, Mama Carie, Permaisuri Badam + 4 resipi bonus.Juga tip dan panduan menjalankan bisnes biskut raya.
21 Mac (Sabtu) - Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tat
Mempelajari pelbagai jenis pastri seperti puff pastry, croissant, danish (5 jenis) dan 3 jenis tart seperti Tat Keju, Tat Telur dan Tatlet Buahan.
22 Mac ( Ahad) - Aneka Kek Lapis Sarawak
Mempelajari cara membuat kek lapis Sarawak seperti Kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Prun, Kek Lapis Tembikai. Menyusun kek bercorak untuk membuat Lapis Roll , Kincir Angin, Semarak dll.
28 Mac (Sabtu) - Kek Cawan dan Hiasannya dgn Krim Mentega dan Fondant
Mempelajari cara membuat 7 jenis kek cawan, membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai paten dan corak . Hiasan dari krim mentega, poured fondant , roll fondan dan piping jelly.
29 Mac (Ahad) - Frozen Food
Mempelajari cara membuat kuih-muih yang boleh didinginbekukan untuk makan sendiri atau untuk jualan. Produk adalah seperti pau gebu, donat, karipap pusing, bom bijan, cucur badak,apam gula hangus, puteri ayu + 3 resipi bonus.
1 Mac (Ahad) - Biskut Raya (Sudah penuh, harap maaf)
8 Mac (Ahad) - Kek Popular
Mempelajari cara membuat kek span, kek mentega, Pandan Layer Cake, Black Forest Cake, Tiramisu Cake, Blueberi Cheese Cake, Choc.Moist, Kek Buah dan cara menghias kek tersebut.
14 Mac (Sabtu) - Roti Ban Manis, Donat dan Pizza
Mempelajari cara membuat roti ban manis pelbagai jenis dan pelbagai inti, donat beserta topping dan pizza yang enak.
15 Mac (Ahad) - Aneka Biskut Raya
Membuat pelbagai jenis biskut raya seperti Suji Sweet Cookies, Roll Tart, Choc.Walnut,Choc.Chip Cookies, Biskut Sampan, Mama Carie, Permaisuri Badam + 4 resipi bonus.Juga tip dan panduan menjalankan bisnes biskut raya.
21 Mac (Sabtu) - Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tat
Mempelajari pelbagai jenis pastri seperti puff pastry, croissant, danish (5 jenis) dan 3 jenis tart seperti Tat Keju, Tat Telur dan Tatlet Buahan.
22 Mac ( Ahad) - Aneka Kek Lapis Sarawak
Mempelajari cara membuat kek lapis Sarawak seperti Kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Prun, Kek Lapis Tembikai. Menyusun kek bercorak untuk membuat Lapis Roll , Kincir Angin, Semarak dll.
28 Mac (Sabtu) - Kek Cawan dan Hiasannya dgn Krim Mentega dan Fondant
Mempelajari cara membuat 7 jenis kek cawan, membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai paten dan corak . Hiasan dari krim mentega, poured fondant , roll fondan dan piping jelly.
29 Mac (Ahad) - Frozen Food
Mempelajari cara membuat kuih-muih yang boleh didinginbekukan untuk makan sendiri atau untuk jualan. Produk adalah seperti pau gebu, donat, karipap pusing, bom bijan, cucur badak,apam gula hangus, puteri ayu + 3 resipi bonus.
Kursus Pastri dan Hiasan Kek
Pada minggu ini akan diadakan kursus Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tat pada Sabtu 21 Februari. Kursus ini akan diajar oleh Chef Yanti. Sebanyak 5 jenis pastry dan 3 jenis tat seperti Cheese Tart,Tat Telur dan Tatlet Buahan akan diajarkan dalam kelas tersebut. Manakala pada hari Ahad 22 Februari akan berlangsung kursus hiasan kek dengan Krim mentega dan Krim Segar (whipping cream). Anda akan mempelajari cara membancuh krim mentega, pelbagai jenis bunga, paten dan menghias kek kartun dari piping jelly. Kedua-dua kelas ini masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya atau sms ke 014-3247478/03-31675408.
Kelas Kek Cawan 14 Februari 2009
Peserta kek cawan bergambar ramai
Masing-masing sedang mencuba skil menghias kek cawan
Sebahagian dari hasil kerjatangan para peserta.
Kelas kek cawan telah diadakan baru-baru ini dimana 10 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Syabas diucapkan kepada para peserta yang bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Rajin-rajinlah membuat praktis agar anda cepat menjadi pandai dan mahir dalam menghasilkan kek-kek cawan yang cantik dan menarik.
Kelas kek lapis sarawak telah diadakan pada keesokan harinya tetapi saya tidak sempat mengambil gambar anda semua. Seramai 15 orang peserta telah mengikuti kelas ini.
Kursus Kek Cawan dan Kek Lapis Sarawak
Kek lapis bercorak, tak susah membuatnya.
Pelbagai jenis design kek cawan.
Kursus Kek Cawan dan Cara Menghias dengan Krim mentega, pes gula dan royal aising akan diadakan pada Sabtu, 14 Februari manakala Kursus Kek Lapis Sarawak akan diadakan pada Ahad, 15 Februari. Untuk kelas kek cawan anda akan belajar menyediakan 4 jenis kek cawan + 3 resipi bonus, membuat krim mentega (jenis komersil), membuat pelbagai paten hiasan kek dan menghias kek cawan anda sendiri dengan krim mentega. Saya juga akan menunjukkan anda cara membuat pes gula (sugarpaste) dan royal icing. Manakala untuk kelas kek lapis sarawak anda akan didedahkan dengan rahsia-rahsia dan teknik membuat kek lapis sarawak yang pelbagai corak. Setelah anda mempelajarinya, anda boleh membuat pelbagai jenis corak kek lapis dengan kreativiti anda sendiri. Kedua-dua kelas sudah ada peserta seramai 13 orang.Sesiapa yang berminat, sila daftar awal agar tidak kecewa nanti. Hubungi 014-3247478 atau sms pun boleh.Jika anda menghantar emel,pastikan anda sertakan no.hphone sekali untuk confirmation kelas ini.
Kursus Kek Popular 7 Februari 09
Kek yang siap dipotong-potong untuk dibawa pulang.
Pelbagai jenis kek telah dihasilkan spt Black Forest, Tiramisu, Pandan Layer dll.
Pendekata, semuanya sedap-sedap belaka.
Sebahagian peserta bergambar, maaflah jika ada yg tak masuk dlm gambar.
Kursus Kek Popular yang telah diadakan baru-baru ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta dari sekitar Selangor , K.Lumpur dan tempat-tempat. Ada juga yang tidak dapat hadir kerana terperangkap dengan kesesakan lalulintas di kawasan kuil Batu Caves kerana Thaipusam. Bagaimanapun, jangan susah hati kerana kursus kek popular ini akan diadakan setiap bulan kerana mendapat sambutan yang baik dari anda semua. Sebanyak 7 resipi telah disediakan didalam kelas seperti Kek Tiramisu, Pandan Layer Kek, Choc.Moist, Kek Buah dan sebagainya. Nampaknya para peserta berpuashati dengan kek-kek yang telah dihasilkan. Selamat mencuba diucapkan kepada para peserta dan kalau ada masalah bolehlah menghubungi saya melalui sms atau emel.
Kursus Kek Popular
Kursus Kek Popular akan diadakan pada 7 Februari ini. Sebanyak 9 jenis kek akan diajar dalam kelas ini seperti Pandan Layer Cake, Bluebery Cheese Cake, Kek Tiramisu, Kek Span Pandan, Kek Span Coklat, Black Forest Cake, Kek Buah, Kek Choc.Moist dan Kek Pelangi. Kelas ini adalah secara hands-on dari pukul 10 pg hingga 5 ptg. Yurannya adalah RM150 dan anda tidak perlu membawa barang kecuali pen untuk menulis.Dalam kelas ini anda akan diberikan tip dan panduan membuat kek dan sesuai untuk beginners . Resipinya enak dan mudah dipraktikkan. Dapatkan petua-petua bagaimana membuat kek buah yang tidak jatuh buahnya dan pelbagai petua lain. Sesiapa yang berminat dengan kelas ini bolehlah menghubungi saya di no: 014-3247478.
Kursus Roti dan Donat
Antara produk roti ban manis dan donat yang dihasilkan
Inilah proses awal membuat roti
Bersungguh-sungguh nampaknya para peserta kita ni.
Kursus Roti Ban Manis dan Donat telah diadakan baru-baru ini. Seramai 11 orang peserta dari sekitar KL/Selangor, Segamat dan Kluang,Johor telah menyertai kursus ini yang diajar oleh Chef Yanti. Pelbagai jenis roti dan donat telah dipelajari didalam kelas ini. Pendekata, bukanlah susah sangat untuk membuat roti, cuma kena tahu teknik dan peralatan yang sesuai. Kalau ada sesiapa yang nak belajar membuat roti untuk bisnes atau makan sendiri , kita ada satu lagi kelas iaitu pada 28 Februari nanti. Berminat bolehlah menghubungi saya di 014-3247478.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagai...
-
>> Kek yang mempunyai komposisi bahan yang seimbang dan suhu oven yang stabil tidak akan merekah. Adakalanya kek yang kita buat menja...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...