Kebelakangan ini banyak sekali fitnah-fitnah yang berlegar dalam masyarakat kita. Fitnah ini menyebabkan masyarakat menjadi resah gelisah yang mana satu hendak dipercayai. Bagi saya kembalilah kepada ajaran Islam kerana didalam kitab suci Al-Quran ada disertakan panduan menghadapi situasi ini. Rujuklah kepada Surah An-Nur,Ayat 1 - 15.
Hukum menuduh wanita/lelaki yang baik-baik berzina:
Ayat 4 : Firman Allah : Dan orang yang menuduh wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera,dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya.Dan mereka itulah orang yang fasik.
Tuduhan yang bohong terhadap Aishah r.a.,Ummul Mukminin
Ayat 11: Firman Allah : Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar.
Ayat 12 : Mengapa diwaktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri , dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
Ayat 13 : Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.
Ayat 14 : Sekiranya tiada kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.
Ayat 15 : (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
Marilah kita bersama -sama memahami dan menghayati ayat ini dan jauhkan diri dari perbuatan fitnah dan hasad-dengki. Semoga kita diberikan petunjuk ke jalan yang benar oleh Allah SWT. Amin.

1 comment:
Salam to you,
Kita mengaku kita orang islam yang ikhlas tapi kenapa ada fitnah memfitnah dalam masyarat kita kalau bukan kerana kuasa dan ingin menguasai. Masing masing ingin menegak kan kebenaran tanpa memperduli kan rakyat yang tersepit dengan inflasi dan malu dengan kaum yang lain. Bertaubat lah wahai orang orang menyampai kan fitnah ,sesungguh nya balasan nya amat teruk sekali,bukan saja pada pembawa fitnah tapi masyarakat sekeliling kita yang tidak berdosa.. Bersatu lah semula demi agama ,bangsa dan negara. Terima kasih Noraini kerana membangkit kan hal begini. Perkara yang terjadi ini sungguh menyedih kan kan saya sebagai orang Islam juga orang melayu.
Post a Comment