Pengawet Kek Lapis


Supaya kek tahan lama, boleh gunakan anti-kulat(anti-mould)

Seorang blogger bernama Shida Amir telah bertanya tentang pengawet untuk kek lapis supaya tahan lama. Dari pengalaman saya , kek lapis boleh tahan sehingga 1- 2 bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian chiller walaupun tanpa pengawet. Untuk tahan lebih lama sehingga 6 bulan, dinginbekukan (frozen) kek itu. Cara membungkusnya ialah balutkan kek yang telah sejuk dengan kertas aluminium foil atau plastic wrap dengan sempurna. Masukkan dalam beg plastik biasa dan simpan dalam freezer atau chiller . Apabila hendak dimakan, keluarkan kek dari chiller 3 jam supaya ia bersuhu bilik. Jika difrozen, keluarkan dan letakkan pada bahagian chiller 1 hari dan keluarkan ia ke suhu bilik beberapa jam.

Jika anda hendak menggunakan anti-kulat atau anti-mould, anda boleh beli bahan ini di kedai menjual bahan kek. Terdapat beberapa jenis anti-kulat yang memenuhi piawaian USFDA dan dijual di negara kita seperti Sodium Benzoate,Potassium Sorbate, Calcium Propionate dan lain-lain. Penggunaan bahan ini bergantung kepada resipi anda. Biasanya satu resipi menggunakan 1/2 sudu teh - 1 sudu teh sahaja. Pengunaan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan dan khasiat makanan. Bahan pengawet ini adalah dalam bentuk serbuk warna putih. Jika anda berniaga, bolehlah menggunakan anti-mould. Kalau setakat makan sendiri, tidak perlulah menggunakan pengawet ini kerana kek boleh disimpan saja dalam peti sejuk.

9 comments:

Cik Putih said...

Salam puan, sy nak tanya. Jika calcium propionate d ganti dgn pottasium sorbate pada roti boleh ker..

Cik Putih said...

Salam puan, sy nak tanya.Jika calcium propionate d ganti dgn pottasium. Sorbate pada roti boleh ker.. berapa lama ia boleh tahan, dan perlukah tambah glycerine ..harap puan dapat membantu...
hazzuries@ gmail.com

Unknown said...

Kalau untuk dodol?

Unknown said...

Kalau untuk dodol?

Unknown said...

Salam puan....sukatan pengawet utk dodol biasanya berapa ya.

Unknown said...

Assalamualikum puan... mohon banfuan puan... kalau untuk dodol blh ke guna bahan pengawet spt yg dinyatakan di atas...? kalau boleh... untuk sukatan penggunaan bahan pengawet tu mcm mna ye?

Unknown said...

Assalam..pengawet nie boleh x letak dlm biskut2 raya?

Unknown said...

Kalau sukatan untuk dodol mcamne ye?

shah said...

Maaf mencelah, untuk guna bahan pengawet ada cara pengiraan dia. Boleh rujuk pada buku Akta Makanan 1983 dan Peraturannya 1985.. di bawah tajuk 'Hasil Konfeksi' peraturan 135, Konfeksi Tepung.

Popular Posts