Membuat Gula Hangus


Masukkan gula pasir dalam periuk tebal


Gula hangus yang telah cair sepenuhnya


Setelah dimasukkan air atau mentega mengikut resipi


Ada banyak resipi kek , kuih-muih dan pencuci mulut yang menggunakan gula hangus atau karamel dalam bahan-bahannya. Umpamanya kek gula hangus, apam gula hangus,kek buah kukus, puding kastad karamel dan lain-lain lagi. Hidangan yang dihasilkan dari karamel ini sangat istimewa rasanya kerana rasa gulanya yang sedap dan wangi . Memang menjadi kegemaran saya terutama puding kastad karamel yang dinikmati semasa ia sudah disejukkan. Ada karamel yang perlu dicampur air dan ada pula yang digunakan pekat-pekat.Bagaimanapun cara membuatnya adalah sama. Berikut adalah panduan menyediakan gula hangus atau karamel ini.


1. Saya lebih suka gunakan gula pasir biasa, tapi gula kastor juga boleh digunakan. Masukkan dalam periuk yang agak tebal dan bertangkai supaya mudah dipegang. Senduk pula gunakan senduk kayu yang panjang.
2. Panaskan atas api yang sederhana. Jangan gunakan api yang besar kerana gula akan cepat hangit. Bila hangit, karamel kita jadi pahit.
3. Apabila sudah nampak ia mencair, kacau perlahan-lahan sehingga semua gula itu cair.
4. Apabila ia cukup cair, ia akan mewarna perang muda dan bertukar perlahan-lahan kepada perang tua.
5. Diperingkat ini, anda boleh memasukkan air atau mentega mengikut resipi anda. Di peringkat ini juga anda boleh angkat dan tuangkan kedalam adunan kek buah yang telah tersedia.
6. Apabila memasukkan air biasa atau air didih, anda hendaklah berhati-hati kerana wap dari gula itu akan naik ke atas dan boleh mencederakan anda. Apabila air telah dimasukkan, kacau perlahan-lahan hingga semuanya mencair. Angkat dari api dan sejukkan. Ia boleh digunakan mengikut resipi anda.

10 comments:

Inur said...

Askum, thank"s untuk Kak Noraini yang sedia berkongsi ilmu yaitu cara membuat Gula hangus ni. artikel ni sangat membantu saya yg baru saja berjinak2 dalam bidang masakan. terima kasih sekali lagi...

Inur said...

Askum, thank"s untuk Kak Noraini yang sedia berkongsi ilmu yaitu cara membuat Gula hangus ni. artikel ni sangat membantu saya yg baru saja berjinak2 dalam bidang masakan.Kak Noraini,Saya minta izin letak artikel ni kat Blog saya, buat rujukan.terima kasih sekali lagi...

Unknown said...

Sgt2 membantu...t.ksh sbb sy pnya gula hangus sll pahit...

Mama Choco said...

tq...info yg sgt berguna wpun nampak mudah tp memerlukan kaedah yg betul supaya tidak pahit..

Unknown said...

Kenapa sy buat dia jadi keras balik niiii

Mama Vie said...

salam kak.. sy pernah cuba buat gula hangus utk kek hati pari.. masalahnya kak.. entah kenapa bila dituang je gula hangus ni ke dalam adunan.. gula tu jadi keras kak.. langsung tak dapat digaul dengan adunan tu tadi.. terpaksa sy kutip dan buang je gula hangus yg dah mengeras tu... kek hati pari say tak berapa menjadi sebab x da rasa gula hangus.. akak ada petua tak utk atasi masalah sy ni.. tq kak..

Unknown said...

kawan-kawan...

ari ni 2x buang gula...bersamaan 700g..hhahah. gara-gara nak buat gula hangus. utk resipi kek buah. x tahu mcm mn blh keras. siap call mak tanya kenapa gula tu keras. mak kata..pas masuk air..memang akn jdk keras...then kita kacau jer sampai larut. jgn risau..mesti blh larut punya. diana dah cuba.

http://apapayahsangat.blogspot.com/

Unknown said...

2 kali buat gula hangus xjadi..keras mcm batu hehe

Unknown said...

2 kali buat gula hangus xjadi..keras mcm batu hehe

nak masuk syurga ALLAH said...

4x dah buang frust teramat..

Popular Posts