Alhamdulillah, sambutan orang ramai terhadap kursus yang bakal saya anjurkan sangat baik sekali sehingga semua tarikh-tarikh kursus telah penuh. Bagaimanapun, bagi anda yang tidak dapat masuk, jangan kecewa kerana saya akan meneruskan kursus-kursus pada bulan November, Disember dan tahun depan. Saya juga bercadang untuk menambah lagi kursus-kursus yang akan diajar seperti :-
1. Hiasan Kek Asas (Buttercream) - Anda akan mempelajari teknik-teknik menghias kek menggunakan krim mentega. Mempelajari paten-paten yang biasa digunakan dalam menghias kek dan menghias kek harijadi dari tangan anda sendiri.
2. Hiasan Kek (Krim Putar dan Coklat) - Anda akan mempelajari teknik-teknik menghias kek menggunakan krim putar (whipping cream) dan membuat hiasan kek dari coklat.
3. Mufin dan Kek Cawan - Anda akan mempelajari kaedah-kaedah membuat mufin dan kek cawan. Turut diajar cara-cara menghias kek cawan untuk sebarang majlis seperti perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.
Bayaran untuk kursus tetap RM150 sahaja. Kelas adalah hands- on (praktikal).
2 comments:
Salam. saya dr kuantan . bagaimana saya boleh joint course ni ye?
salam, Saya Sa dari Trengganu. Bila nak adakan kursus kat terengganu?
Post a Comment