Kek Lapis Sarawak

Baru-baru ini saya sekeluarga telah berkunjung ke Negeri Sarawak terutama di Bandaraya Kuching. Saya tidak melepaskan peluang untuk melawat perusahaan membuat kek lapis yang diusahakan oleh seorang pengusaha wanita bernama Dayang Salhah di PetraJaya, Kuching.Kek lapis beliau sudah terkenal dan banyak menghantar keknya ke Semenanjung. Oklah kita tengok gambar-gambarnya.



Kek Lapis Dayang Salhah beroperasi di rumahnya di Kpg.Gersik, Petra Jaya



Pelbagai jenis kek lapis dijamu kepada para pengunjung seperti Kek Lapis Evergreen, Tembikai dan lain-lain.


Para pengunjung sibuk memilih kek lapis yang dijual dengan harga RM10 untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.



Pelbagai jenis kek lapis di jual disini termasuk yang bercorak, tapi harganya mahal sikitlah dalam RM15-RM20 satu bekas.



Di kawasan tumpuan pelancong spt di Jalan Main Bazaar, turut dijual kek lapis dari pengusaha-pengusaha yang lain. Yang menariknya, boleh rasa dulu baru beli.



Inilah oven kek lapis yang digunakan oleh pengusaha kek lapis di Sarawak.Ia pakai gas tak gunakan elektrik. Satu oven boleh masuk 6 tray bersaiz 9 inci. Sesiapa yang berminat nak beli oven ni, bolehlah contact saya.




Mari pilih kek lapis, macam-macam rasa ada.

6 comments:

ANR DELIGHTS said...

oven ini le yg dibeli oleh mak saya dr sarawak. bawak naik flight dr sarawak, smp klia adik amik trus anta ke jalan duta, naik bas ke seri manjung, smpai di behrang bas rosak...tukar bas lak..
adui...mmg tragis oven sarawak ni
tp mmg cantik kek pakai oven ni...

kak_ti said...

mmg byk pilihan kek lapis di sini..saya sempat beli 5 jenis kek dan kacang goreng ngan ikan bilis sepeket harga rm13.00..mmg sedap

dosay said...

Saya berminat dengan oven tu. Berapa satu ?

myamora said...

assalamualaikum..katner nak apat oven camtu..hehe

myamora said...

assalamualaikum..katner nak apat oven camtu..hehe

ShaSha said...

Assalamualaikum,

Saya berminat nak beli oven kek lapis. boleh email kan detail nyer ke email - shahza9@gmail.com.

Terima kasih.

Siti

Popular Posts