Alat whisk,hook dan K-beater (paddle)
Terdapat pelbagai jenis mesin pengadun di pasaran negara kita. Yang paling biasa digunakan ialah mesin pengadun tangan yang dikenali sebagai hand-mixer. Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini. Dari pengalaman saya menggunakan mesin ini, hanya kek mentega saja yang boleh menjadi jika menggunakan mesin ini. Bila membuat kek span moden atau kek lapis, sering tidak menjadi kerana pukulannya tidak kuat untuk mengembangkan telur pada tahap maksima. Anda boleh menggunakan Kenwood atau lain-lain jenis yang komersil untuk mendapatkan hasil produk yang bagus.
Terdapat tiga alat yang biasa digunakan dengan mesin pengadun iaitu hook, paddle dan whisk.Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaannya juga turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada hook. Manakala paddle atau K beater ,digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkerim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain. Ia juga sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai dan lain-lain pastri. Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang perlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method). Umpamanya dalam proses membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan lain-lain.Alat ini bertindak memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda. Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.
10 comments:
saya memang mencari informasi yang puan berikan. terima kasih!!
terima kasih!!!
Terima Kasih... dapat buat tugasan dengan info ni :)
jemput singgah http://www.akulahfaris.com/
TERIMA KASIH PUAN..sy mmg sdg mcari perihal ini.
TERIMA KASIH PUAN..sy mmg sdg mcari perihal ini.
Terbaik lah
Terimakasih puan
Baru dapat jawapan fungsi ketiga tiga pengadun ni..terima kasih puan
Baru dapat jawapan fungsi ketiga tiga pengadun ni..terima kasih puan
Kesemua PJJ yang saya pelajari, pengajar menggunakan whisk untuk memukul butter dan gula. Kenapa?
Post a Comment