Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Frozen Food dan Kek Coklat

Kursus Frozen Food (26/2) dan Kursus Kek Coklat (27/2) telahpun berlangsung pada minggu yang lalu. Ramai peserta dari jauh yang menghadiri kursus kali ini.Ada yang datang dari Sarawak,Johor Baru, Kuantan, Melaka dan lain-lain. Dari Sarawak Puan Aishah, dari JB Puan Zaida, En.Rosli dari Melaka dan ramai lagi yang tak dapat saya ingati nama mereka.Yang menariknya,ada tiga jejaka yang menghadiri kursus frozen.Nampaknya mereka memang sporting,maklumlah dikelilingi kaum wanita.Akhirkata saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dari kedua-dua kelas tersebut yang berjaya mengikuti kelas tersebut dari awal hingga akhir. Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari akan dapat dipraktikkan di rumah nanti.

Peserta kursus kek coklat bergambar ramai.

Antara kek coklat yang dipelajari.

Ini pulak gambar peserta kursus frozen.

Tiga jejaka sedang tekun membuat karipap pusing.

1 comments :

bobhandburry said...

Wahh.. kursus mcm ni bagus untuk meluaskn lagi tahap pengetahuan dan kongsi idea antara penggemar kek.. tahniah


zu
http://www.zuwairiaiman.com