Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Nampaknya kita sudahpun memasuki tahun 2011. Sungguh cepat rasanya masa berlalu.Pada tahun 2011 ini, ANIZ BAKING CENTRE sudahpun memasuki 3 tahun penubuhannya. Banyak pengalaman yang telah dikutip dalam tempoh masa tersebut terutama melayani kerenah para peserta yang pelbagai ragam.Tapi saya rasa sangat seronok dapat mencurahkan sedikit ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada para peserta semua. Saya seronok mengenali para peserta yang datang dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.Walaupun saya tidak dapat mengingati setiap nama dan wajah anda,tetapi kenangan bersama anda semua tetap kekal dalam ingatan saya. Moga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan samada untuk bisnes mahupun untuk santapan keluarga.
Untuk tahun 2011 ini, ANIZ BAKING CENTRE mengalami perubahan dari segi lokasi kerana kami telahpun berpindah ke premis baru beralamat No 45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Kenapa saya berpindah dari KL ke Klang? Jawapannya kerana saya memang tinggal di Klang. Dah tiga tahun saya berulangalik ke KL mengadakan kursus. Sudah tiba masanya saya berpindah ke lokasi yang dekat dengan tempat kediaman saya untuk memudahkan urusan bisnes.Apapun, saya menjemput anda semua untuk berkunjung ke Klang . ANIZ BAKING CENTRE ada menganjurkan kursus-kursus baru seperti Decorated Cookies, Hiasan Kek Perkahwinan dengan Fondant dan lain-lain. Kursus-kursus lama akan terus dikekalkan.
Untuk informasi lebih detail mengenai kursus, anda boleh lawati www.anizbakingcentre.com
1 comment:
Salam Kak Ani...Saya pernah amik kursus kek hari raya, biskut raya dengan Kak Ani.Baru plan nak amik kursus roti plak..tapi da pindah jauh sgtlah pulak..hrmmm...
Post a Comment