Editor Alaf21, Saadiah dan Amie (jurugambar) sedang sibuk
menjalankan tugas masing-masing.
kek keju, puding dan pastri ada dalam buku masakan ini.Gerenti jadi punya.
Inilah kuih tepung pelita idaman kalbu.Sodap!
Assalamualaikum kepada para pengunjung semua.Harap semuanya sihat sejahtera hendaknya. Lama juga tak update blog ni pasal cuti sekolah dan sibuk dengan shooting buku baru Masakan
Keju dengan Alaf 21. Kuih Tepung Pelita ni dah lama saya simpan gambarnya tapi baru hari ini berkesempatan nak posting. Oklah diringkaskan cerita, kuih tepung pelita memang jarang orang buat tapi banyak dijual pada bulan puasa. Di tempat saya pada bulan puasa , bukan main laku lagi.Saya pun kalau tak sempat buat, beli saja yang siap. Kuih ini menurut emak saya asalnya dari Negeri Perak. Tetapi ada dua jenis tepung pelita, dibuat dari tepung gandum atau tepung beras. Yang tepung gandum lagi mudah dan ringkas,bancuh dan terus kukus. Kalau guna tepung beras, kena dimasak dulu tepungnya barulah dikukus. Mangkuknya pula diperbuat dari daun pisang. Apa yang penting ialah api untuk mengukus kuih ini perlu besar supaya air wap tak menitik pada kuih dan menjejaskan rupa permukaan atas kuih tepung pelita ini.
Sekarang saya sedang menyiapkan buku Kompilasi Masakan Berkeju .Dah dua kali photoshoot tinggal sekali saja lagi. Sudah 40 resipi dibuat seperti pelbagai jenis kek keju,roti, pastri, masakan barat seperti lasagna,spaggeti bolognese dan sebagainya lagi. Insyaallah buku ini akan berada di pasaran sebelum raya atau hujung tahun ini.
2 comments:
Tahniah kerana bakal lahir satu lagi buku baru. Sebagai insan yang pandai memasak kerana berpandukan buku, saya sangat menyokong usaha melahirkan buku-buku yang mengandungi kuihmuih tradisi. Kita sudah lama membiar anak-anak kita dibesarkan dengan makanan segera sehingga mereka sudah tidak kenal lagi kuih muih warisan bangsa.Kita tidak ketepikan barat tetapi kita masih ingin kekalkan yang lama. Itulah jatidiri kita.
tahniah...keju2 tu mesti digemari ramai...
Post a Comment