Kelas Biskut Raya dan Kek Cawan ,27 dan 28 Jun.


Peserta kursus kek cawan sedang posing dgn kek mereka.


Bergambar ramai sebagai kenangan.


Dah siap biskut bolehlah masuk kotak.


Para peserta kursus biskut raya.
Kelas Biskut Raya telah diadakan pada 27 Jun dan Kelas Kek Cawan pada 28 Jun yang lalu. Seramai 15 orang peserta telah mengikuti kursus biskut raya dan 21 orang telah mengikuti kursus kek cawan. Tahniah kepada anda semua yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.
Semoga anda sukses selalu.

Kursus Pastri dan Kek Popular (20 dan 21 Jun 2009)


Peserta sedang asyik membelek tat yang telah dibuat.


Para peserta kursus pastri bergambar kenangan.


Ini pulak peserta kursus kek popular dengan kek yg dibuat.


Habis kursus peserta kek popular pun bergambar juga.

Kursus Pastri dan Kek Popular telah diadakan pada 20 dan 21 Jun yang lepas. Seramai 13 orang telah menghadiri kursus Pastri dan 20 orang telah menghadiri kursus Kek Popular. Tahniah kepada para peserta yang telah menamatkan kursus sehari ini dengan jayanya. Semoga anda sukses selalu.

Jadual Kursus Julai dan Ogos 2009

JULAI 2009

5/7/2009 (Ahad) - KURSUS MAKANAN FROZEN (FROZEN FOOD) - RM130
Resipi : Pau, Donat Topping dan Donat Berinti,Karipap Pusing, Cucur Badak, Bom Bijan, Puteri Ayu, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.

11/7/2009 (Sabtu) - ANEKA BISKUT RAYA - RM130
Mempelajari kaedah yang betul dan mudah membuat biskut. Tip dan panduan menjalankan perniagaan biskut raya. Resipi :B.Permaisuri Badam, B.Fancy Aiskrim,B.Mama Carries, B.Havana Strawberi, B.Cip Coklat, B.Oatmeal, B.Suji Bergajus, B.Tat Gulung Keju, B.Sampan Kelapa dan B.Almond London.

12/7/2009 (Ahad) - ANEKA ROTI BAN MANIS,DONAT DAN PIZZA - RM130
Mempelajari kaedah membuat pelbagai jenis roti ban manis seperti cheese plait bread, sosej roll,sardine bun, donat dan pelbagai pizza dan toppingnya.

18/7/2009 (Sabtu)- ANEKA KEK POPULAR - RM130
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi, Kek Buah, Choc.Moist dengan topping Choc. Ganache, Kek Black Forest dgn hiasan, Kek Keju Tiramisu, Kek Keju Blueberi, Pandan Layer Cake.

19/7/2009 (Ahad) - ANEKA KEK LAPIS - RM90
Resipi : Kek Lapis Betawi, Kek Lapis Keju Zig-Zag, Kek Kukus Seri Wangi, Kek Lapis Rintik.Resipi Bonus - Kek Lapis Prun dan Kek Lapis Tembikai.

25/7/2009 (Sabtu) - KEK CAWAN DAN HIASAN - RM130
Resipi : K.C.Oren , Kek Cawan Coklat, Kek Cawan Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan + 3 resipi bonus. Membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan krim mentega, piping jelly, fondan.

26/7/2009 (Ahad)- ANEKA BAHULU DAN MUFIN - RM130
Resipi : Bahulu Cermai, Bahulu Cappucino,Bahulu Pandan, Bahulu Gulung,Mufin Cip Coklat, Mufin Double Coklat,Mufin Marble, Mufin Mentega.

OGOS 2009

1/8/2009 (Sabtu) - HIASAN KEK DENGAN BUTTERCREAM - RM130
Mempelajari cara membuat kek span. Membancuh buttercream, menyalut kek, membuat pelbagai paten dan bunga, membuat kek kartun dari piping jelly dan menghias kek dengan krim segar(fresh cream).Anda akan membawa pulang sebiji kek yang telah dihias.

8/8/2009 (Sabtu) - ANEKA BISKUT RAYA - RM130
Resipi sama seperti jadual bulan 7.

9/8/2009 (Ahad) - ANEKA KEK POPULAR - RM130
Resipi sama seperti jadual bulan 7

Kursus Kek Lapis 13 Jun 2009


Puan Fathilah dan para peserta bergambar kenangan.


Kek Lapis Rintik

Kek Lapis Zig-Zag


Para peserta sedang asyik mendengar penerangan Puan Fathilah.

Pada hari Sabtu yang lepas,telah diadakan kursus Kek Lapis yang telah diajar oleh Puan Fathilah Omar.Seramai 7 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Kalau ada yang tak faham tu, boleh call beliau ok.Mari kita tengok gambar-gambarnya.

Shout Box Tak Terbalas

Berbanyak maaf kerana kesuntukan masa untuk membalas komen-komen anda dalam Shout Box.Insyaallah jika saya ada kelapangan masa nanti, saya akan balas okay.Ada beberapa orang yang bertanya mengapa saya tidak membuat kelas di tempat-tempat lain kecuali Taman Samudra. Jawapan saya ialah Aniz Baking Centre sudah ada tempat yang tetap di Taman Samudra.Jadi tidak perlulah berpindah randah kesana- kemari. Masalahnya untuk membuat kursus di luar ialah terpaksa mengangkut peralatan dan banyak masa terbuang dalam perjalanan. Jika anda betul-betul minat mahu belajar, datanglah ke Taman Samudra. Ramai yang dari Pantai Timur, Johor, Melaka, Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat yang jauh pun sanggup datang ke Taman Samudra.Bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.Buat masa ini memang saya tiada kesempatan untuk membuat kursus di luar dari Taman Samudra.

Kuih Tepung Pelita dan Shooting Buku Baru


Editor Alaf21, Saadiah dan Amie (jurugambar) sedang sibuk
menjalankan tugas masing-masing.


Bermacam jenis masakan berkeju seperti lasagna,makaroni bakar,
kek keju, puding dan pastri ada dalam buku masakan ini.Gerenti jadi punya.

Inilah kuih tepung pelita idaman kalbu.Sodap!

Assalamualaikum kepada para pengunjung semua.Harap semuanya sihat sejahtera hendaknya. Lama juga tak update blog ni pasal cuti sekolah dan sibuk dengan shooting buku baru Masakan
Keju dengan Alaf 21. Kuih Tepung Pelita ni dah lama saya simpan gambarnya tapi baru hari ini berkesempatan nak posting. Oklah diringkaskan cerita, kuih tepung pelita memang jarang orang buat tapi banyak dijual pada bulan puasa. Di tempat saya pada bulan puasa , bukan main laku lagi.Saya pun kalau tak sempat buat, beli saja yang siap. Kuih ini menurut emak saya asalnya dari Negeri Perak. Tetapi ada dua jenis tepung pelita, dibuat dari tepung gandum atau tepung beras. Yang tepung gandum lagi mudah dan ringkas,bancuh dan terus kukus. Kalau guna tepung beras, kena dimasak dulu tepungnya barulah dikukus. Mangkuknya pula diperbuat dari daun pisang. Apa yang penting ialah api untuk mengukus kuih ini perlu besar supaya air wap tak menitik pada kuih dan menjejaskan rupa permukaan atas kuih tepung pelita ini.

Sekarang saya sedang menyiapkan buku Kompilasi Masakan Berkeju .Dah dua kali photoshoot tinggal sekali saja lagi. Sudah 40 resipi dibuat seperti pelbagai jenis kek keju,roti, pastri, masakan barat seperti lasagna,spaggeti bolognese dan sebagainya lagi. Insyaallah buku ini akan berada di pasaran sebelum raya atau hujung tahun ini.

Kursus Kek Cawan dan Kuih Komersil


Peserta kursus kuih komersil bergambar 8 orang saja.Yang
4 lagi tak ada dalam gambar.

Inilah sebahagian hasil kreatif para peserta yang kebanyakannya baru
first time pegang piping bag.

Inilah wajah-wajah ceria para peserta yang bakal bergelar usahawan
cup cake.
Pada hari Sabtu lepas, seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus Kek Cawan dan Hiasan pada 30 Mei dan 12 orang pula telah menyertai kursus Kuih Komersil dan Bahulu pada 31 Mei. Hai penat jugak akak melayan kerenah dia orang ni selama 2 hari tu.Apa-apapun selamat maju jaya kepada para peserta semua . Moga sukses selalu.Jom kita tengok gambar mereka.

Popular Posts