Kursus Pakej Istimewa

Saya mengalu-alukan penyertaan persatuan, koperasi atau lain-lain pertubuhan untuk mengadakan kursus pakej istimewa. Anda boleh menghantar maksima 20 peserta dan bayaran adalah RM2,000 setiap pakej. Ini bermakna setiap peserta hanya dikenakan bayaran RM100 sahaja untuk kursus hands-on selama sehari. Anda boleh memilih pakej apa yang dikehendaki dan menghubungi saya di 014-3247478 untuk menetapkan tarikhnya. Tempahan hendaklah dibuat sebulan lebih awal supaya saya dapat menyusun jadual bulan tersebut.

Kursus Frozen Food 26 April 2009


Seronok nampaknya mereka buat kuih.


Inilah bakal-bakal usahawan kuih frozen masa depan.


Macam-macam kuih boleh dijadikan frozen food.
Kursus Frozen Food telah diadakan pada minggu lepas. 4 orang peserta telah menghadiri kursus ini termasuk seorang jejaka dari Gombak yang memang berminat membuat kuih-muih untuk bisnes. Bermacam-macam jenis kuih frozen telah dihasilkan seperti pau, donat, puteri ayu dan lain-lain. Tahniah kepada anda semua dan semoga sukses selalu.

Kursus Kek Cawan 25 April 2009


Bersungguh-sungguh betul peserta kita menghias kek cawan.


Peserta bergambar sebagai kenang-kenangan.





Hasil karya para peserta yang pelbagai jenis dan corak.

Kursus Kek Cawan telah berlangsung baru-baru ini dan dihadiri oleh 12 orang peserta. Peserta telah menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan kek cawan yang menarik sekali sesuai untuk pelbagai acara.Tahniah diucapkan kepada anda semua. Moga sukses selalu hendaknya.

Kursus Hiasan Kek 14 April 2009


Peserta sebuk dengan tugas masing-masing.


Ha, jenuh jugak nak ratakan aising ni.


Wah! seronok posing depan kek yag dah siap.


Tak sangka jugak kita boleh hias kek ni ya.


Setelah seharian belajar, tamatlah sudah kursus kita hari ini.

Kursus hiasan kek dengan krim mentega dan krim segar telahpun diadakan minggu lepas. Seramai 14 peserta dari jauh dan dekat telah menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada anda semua yang telah berjayakan kursus tersebut. Saya berharap semoga anda akan teruskan praktis atau latihan di rumah terutama dalam membuat bunga ros tu. Akhirkata, semoga anda semua sukses selalu.

Jadual Bulan Mei 2009

Berikut adalah Jadual Bulan Mei 2009 :

3 Mei - Special Promotion RM 130 sahaja.
KURSUS PUFF PASTRY, CROISSANT, DANISH DAN ANEKA TART.
Anda akan mempelajari cara mengadun pastri berlapis kepada pelbagai bentuk dan intinya. Membuat Croissant, Danish Pizza,Tartlet Buahan, Tak Telur dan Tat Keju Blueberi.

9 Mei - Special Promotion RM 130 sahaja.
KURSUS ROTI, BAN MANIS DAN MUFIN
Anda akan mempelajari aneka roti sihat , ban manis dan mufin.Resipi seperti Wholemeal Bread,Pita Bread, French Loaf, Mexico Bun, Cheese Bun, Mufin Blueberi, Mufin Coklat dan Mufin Keju Cheddar.

16 Mei - KEK LAPIS KOMERSIL (RM 90 saja)
Anda akan mempelajari Kek lapis Betawi,Kek Lapis Rintik, Kek Lapis Kukus Sri Wangi,Kek Lapis Keju Zig-Zag dan 2 resipi bonus iaitu Kek Lapis Prun dan Kek Lapis Asam manis.

17 Mei - ANEKA KEK POPULAR
Anda akan mempelajari cara membuat kek span, kek mentega Pelangi, Pandan Layer Cake, Black Forest Cake, Tiramisu , Blueberi Cheese Cake, Choc.Moist Cake, Kek Buah dan cara menghias kek Krim Segar.

23 Mei - ANEKA BISKUT RAYA
Tip dan Panduan membuat bisnes biskut raya.Mempelajari pelbagai jenis biskut seperti Biskut Permaisuri Badam, Tat Gulung, Suji bergajus, Biskut Rangup Oatmeal, Biskut Sampan Kelapa, Havana Strawberi, Biskut Mama Carrie, Fancy Aiskrim, Biskut Cip Coklat dan 3 resipi bonus.

24 Mei - HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA, KRIM SEGAR DAN CHOC. GANACHE (CAKE DECO)
Anda akan belajar membuat kek span, membancuh aising, membuat pelbagai paten seperti bunga ros, dahlia,petunia, daun, corak bintang dll. Anda akan diberikan sebiji kek dan menghias sendiri mengikut kreativiti anda.Kek akan dibawa pulang. Demonstrasi menghias kek dengan krim segar dan Choc. Ganache.

30 Mei - KEK CAWAN DAN HIASANNYA
Membuat 4 jenis kek cawan + 3 resipi bonus. Membancuh krim mentega dan mempelajari pelbagai paten dan corak yang sesuai pada kek cawan. Anda akan diberikan 10 biji kek cawan dan menghias ikut kreativiti anda dan kek dibawa pulang. Demo membancuh fondant dan menghias kek cawan dengan fondant cara mudah.

31 Mei - BAHULU & KUIH KOMERSIL
Anda akan mempelajari cara membuat bahulu komersil yang tahan lama seperti Bahulu Cermai,Bahulu Cappucino, Bahulu Pandan, Bahulu Kemboja. Juga memperlajari beberapa kuih komersil seperti Talam Keladi, Talam Cendol,Talam Labu Manis,Kuih Bakar dan Tepung Pelita. Juga diberikan 3 resipi bonus.

Info :
Yuran setiap kelas kecuali special promotion adalah RM150. Yuran dibayar pada hari kursus.Kelas adalah secara hands-on bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen saja.Semua kelas diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves. Alamat lengkap dan peta lokasi,sila tekan link di halaman utama blog.Berminat sila sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478 atau hubungi 03-31675408. Kursus tertakluk kepada bilangan peserta yang confirm hadir. Sekiranya peserta kurang dari 6 orang, kelas akan ditunda ke bulan berikutnya. Oleh itu, anda dikehendaki booking nama dulu supaya anda boleh dihubungi jika ada pembatalan kursus. Kami tidak bertanggungjawab jika anda terus walk-in dan pulang hampa kerana kelas dibatalkan. Adalah lebih baik jika anda menelefon saya satu hari sebelum kelas untuk memastikan kelas berjalan ikut jadual. Kepada peserta yang menghantar emel, sila berikan no.h/phone anda untuk dihubungi. Penyertaan tidak dianggap serius tanpa nama penuh dan no.h/phone. Harap maklum.


Kursus Minggu Ini

Pada 18 haribulan(Sabtu) ini akan diadakan kursus Hiasan Kek Dengan Krim Mentega , Krim Segar dan Ganache Coklat. Anda akan belajar perkara berikut seperti :
1. Membuat Kek Span Vanila, Coklat dan pelbagai perisa.
2. Membancuh krim mentega
3. Menyalut kek dengan krim mentega
4. Membuat pelbagai paten seperti tulisan, bintang, daun, bunga ros, dahlia, corak tepi kek dan lain-lain.
5. Anda akan diberikan sebiji kek dan menghiasnya sendiri.Kek dibawa pulang.
6. Demonstrasi membuat kek black forest dan blueberi dari krim segar (Non-Dairy Whipping Cream)
7. Demonstrasi membuat coklat ganache dan menyalut kek dengan coklat.

Pada 19 haribulan(Ahad) akan diadakan Kursus Biskut Raya.Anda akan belajar perkara berikut seperti :
1. Tips dan panduan membuat biskut.
2. Tips dan panduan menjalankan bisnes biskut raya.
3. Membuat 8 jenis biskut dan 3 resipi bonus. Biskut adalah seperti Biskut Permaisuri Badam,Biskut Fancy Aiskrim, Mama Carrie, Havana Strawberi,Almond London, Cip Coklat, Oatmeal, Suji Bergajus, Tat Gulung, Sampan Kelapa dan Semperit. Semua biskut sesuai untuk buat bisnes.

Kepada anda yang berminat, bolehlah smskan nama dan jenis kursus ke 014-3247478. Yuran adalah RM150 dan dibayar pada hari kursus. Tidak perlu membawa barang kecuali pen. Kelas bermula pada pukul 10 pagi - 5 ptg. Tempat kursus adalah di Aniz Baking Centre, No .589 B, Tingkat 2, Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves. Untuk peta lokasi, sila klik link diatas.

Kursus Kek Popular 11 April 2009



Atas : Peserta sedang memotong Pandan Layer yang dak siap.
Bawah :Para peserta bergambar kenangan. Maaflah kalau ada yang tak masuk dalam gambar tu.
Pada minggu lepas telah diadakan kursus Kek Popular dan telah mendapat sambutan yang hangat dari para peserta. Seramai 23 peserta dari sekitar KL /Selangor dan Pulau Pinang telah menghadiri kursus tersebut. Semuanya bersemangat untuk buat bisnes raya ataupun sekadar hidangan pada hari raya nanti. Apa-apapun, tahniah kepada anda semua dan saya doakan anda semua sukses selalu. Tentang gambar, hanya dua keping saja yang sempat di ambil. Bateri kamera habis pulak.

Kursus Roti 4 April 2009


Bersungguh nampaknya para peserta kita.


Dah siap ke barang-barang tu kak?

Inilah sebahagian roti-roti yang dihasilkan.Boleh buat bisnes tau.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Roti Ban Manis, Donat dan Pizza baru saja diadakan pada 4 April yang lalu. Seramai 15 orang peserta dari sekitar KL, Selangor, Kemaman (Terengganu) dan Jerantut, Pahang telah menghadirinya. Dalam ramai-ramai tu ada dua orang jejaka yang menjadi peserta. Jarang orang lelaki hadir kelas di Aniz Baking Centre, tetapi dua orang ni memang berminat sangat untuk buat bisnes bila balik nanti. Syabas diucapkan kepada para peserta semua. Semoga anda sukses selalu.

Popular Posts