Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009 kepada anda semua. Semoga kemunculan tahun baru ini memberi kebahgiaan dan kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Kelas masakan di Aniz Baking Centre akan diteruskan dan saya akan mengajar beberapa kelas baru seperti hiasan kek dengan krim mentega dan juga hiasan kek dengan fondant pada bulan Februari nanti.Yuran adalah sama iaitu RM 150 juga. Jika anda berminat menyertai kelas-kelas ini, bolehlah menghubungi saya melalui emel atau hand-phone. Berikan nama penuh dan no. hand phone supaya mudah dihubungi kelak. Berikut adalah jadual bulan Januari 2009.
10 Januari (Sabtu) - Asas Membuat Kek
Mempelajari kaedah asas membuat kek seperti kek span, kek sifon, kek mentega, kek buah,kek cawan dll.
11 Januari (Ahad) - Menghias kek dengan Krim Mentega dan Krim Segar
Mempelajari cara membancuh krim,membuat sirap gula, pelbagai paten dan hiasan kek.
17 Januari (Sabtu) - Aneka Kek Popular
Membuat dan menghias kek popular seperti Kek Tiramisu, Blueberry Cheese Cake, Pandan Layer, Black Forest, Kek Pelangi, Kek Buah dll.
18 Januari (Ahad) - Kek Cawan dan Menghias dengan Krim Mentega dan Sugarpaste
Membuat 4 jenis kek cawan, membancuh krim mentega dan membuat hiasannya dari Krim mentega dan sugarpaste.
24 Januari (Sabtu) - Kuih Talam dan Kuih-Muih Komersil
Membuat 4 jenis kuih talam spt serimuka,talam keladi, talam labu, talam pandan, kuih bakar, apam gula hangus , apam mekar dan 5 resipi bonus kuih popular.
25 Januari (Ahad) - Kek Lapis Bakar dan Kukus
Membuat kek lapis jenis tradisional dan moden seperti kek lapis prun, kek lapis asam manis, kek lapis keju, kek lapis horlick, kek lapis zig-zag dan 3 resipi bonus.
31 Januari (Sabtu) - Makanan Dingin Beku (Frozen Food)
Membuat kuih-muih yang boleh didinginbekukan untuk jualan seperti karipap pusing, pau, donut, keria, bom bijan, cucur badak, apam dan popia.
No comments:
Post a Comment