Jadual Kursus Februari 2009

Pada bulan Februari ini, kami akan memperkenalkan kursus-kursus baru iaitu pembuatan roti dan juga pastri. Kursus ini akan diajar oleh seorang chef yang berpengalaman iaitu Chef Yanti. Saya juga akan mengajar kursus Aneka Kek Keju dan Kursus Biskut Raya. Maklumlah tahun ini kita akan berpuasa pada hujung bulan Ogos. Jadi ramai yang berminat untuk membuat biskut raya.

JADUAL KURSUS BULAN FEBRUARI 2009

1 Februari (Ahad) - Aneka Roti Ban Manis dan Donat
Mempelajari kaedah asas membuat roti ban manis pelbagai jenis dan juga membuat donat dan membuat toppingnya.

7 Februari (Sabtu) - Aneka Kek Popular
Mempelajari kaedah asas membuat kek span , kek mentega, Pandan Layer Cake, Black Forest Cake, Tiramisu, Blueberi Chilled Cheescake, Chocolate Moist, Coklat Lembap, Kek Buah dll.Turut diajar cara menghias kek-kek tersebut.

14 Februari (Sabtu) - Aneka Kek Cawan (Cup Cake) dan Menghiasnya dengan Buttercream dan Pes gula (Sugarpaste)
Mempelajari 7 jenis kek cawan , membuat buttercream, pes gula dan menghiasnya dengan pelbagai corak.

15 Februari (Ahad) - Kek Lapis Sarawak
Mempelajari kaedah membuat kek lapis tradisional dan kek lapis sarawak seperti K.L. Asam manis, KL.Semarak,Kek Lapis Gulung (Roll Layer Cake), KL Kincir Angin dll. (5 jenis)

21 Februari (Sabtu) - Aneka Puff Pastry, Croissant dan Danish.
Mempelajari Pastry pelbagai jenis seperti yang dijual di kedai bakeri.

22 Februari (Ahad) - Hiasan Kek dari Buttercream dan Krim Segar
Mempelajari kaedah membuat kek span, membancuh krim mentega dan menghias kek dengan pelbagai corak.

28 Februari (Sabtu) - Aneka Roti Ban Manis dan Donat
Mempelajari kaedah membuat pelbagai jenis roti ban manis dan donat beserta toppingnya.

1 Mac (Ahad) - Aneka Biskut Raya
Mempelajari kaedah membuat biskut seperti Suji Sweet Cookies, Roll Tat, Choc.Walnut, Biskut Sampan, Mama Carie, Green Pea Crunch dan 4 resipi bonus. Juga tip dan panduan menjalankan bisnes biskut raya.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya dengan menalipon 03-31675408,014-3247478 atau emel ke ani_zakaria@yahoo.com.my Semua kursus adalah secara hands-on , bermula pukul 10 pg hingga 5 ptg. Yuran RM150 dibayar pada hari kursus. Tidak perlu membawa barang kecuali pen. Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, No 589 B (Tingkat 2), Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves Selangor.

No comments:

Popular Posts