1. Gunakan bahan mentah yang terbaik dan berkualiti.Contohnya guna mentega lebih sedap dari menggunakan majerin.Tepung pula gunakan tepung Red Rose atau tepung cookies.Kalau tak ada boleh gunakan tepung gandum biasa saja.
2. Jika mengunakan kekacang dalam adunan biskut, perlu dibakar dulu supaya biskut rangup.Untuk hiasan atas biskut, tak perlu dibakar kerana ia akan masak semasa proses membakar.
3. Jika menggunakan coklat masakan, cairkan secara 'double-boiler'.
4. Panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan biskut.
5. Dulang pembakar disapu shortening atau alas kertas patchment paper agar tidak hangus atau melekat.
6.Baca resipi dengan teliti sebelum membuat biskut supaya kita tahu kaedah membuatnya yang betul.Biskut-biskut moden biasanya guna kaedah 'creaming method' iaitu mentega diputar bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
7.Jika adunan terlembik (mungkin cecair spt telur berlebihan atau sukatan tak betul),boleh tambahkan tepung.Doh dimasukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 20 minit agar keras sedikit.
8.Jika doh agak kering atau berderai ,putar sedikt majerin dan gaulkan dengan tepung tadi agar ia cukup basah.
9.Biskut yang cukup masak berbau harum dan sikit keperangan.Biskut yang tak cukup masak akan cepat lemau.
10.Sejukkan biskut secukupnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Jadi itulah beberapa panduan membuat biskut.Biskut tanpa gunakan pengawet akan tahan 3 - 4 bulan dalam bekas kedap udara.
Resipi Biskut Golden Cornflakes
Bahan :
250 gm mentega
180 gm gula kastor
1 biji telur B
3 sudu besar golden syrup/madu
300 gm tepung red rose
100 gm tepung jagung
80 gm cornflakes, diramas
50 gm badam cincang, dibakar
1 sudu teh serbuk penaik
100 kpg cawan kertas
ceri merah untuk hiasan
Cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masuk telur dan golden syrup.
2. Ayakkan bahan kering spt tpg red rose, tpg jagung dn serbuk penaik.Masuk cornflake dan badam.
3. Gaulkan dengan adunan mentega hingga jadi doh.
4. Masukkan sedikit adunan dalam cawan kertas.Hiaskan dengan ceri.
5. Bakar hingga masak selama lebih kurang 25 minit.
Biskut Koko Berkacang
Bahan-bahan :
200 gm mentega
50 gm shortening (lemak putih)
180 gm gula kastor
380 gm tepung red rose
20 gm serbuk koko
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emulco coklat
Untuk hiasan :
200 gm coklat masakan, dicairkan
300 gm kacang tanah, tumbuk halus
Cara membuatnya :
1. Putar mentega, shortening dan gula hingga kembang.
2. Masukkan emulco coklat dan kuning telur.Putar sebati.
3. Ayak tepung dan koko.Gaulkan ke dalam adunan mentega hingga jadi doh.
4. Canai adunan dan susun dalam dulang pembakar.
5. Bakar selama 25 minit hingga masak.
6. Setelah biskut sejuk, tuangkan coklat cair dan taburkan dengan kacang tanah.
Biskut Semperit Klasik
Bahan-bahan :
250 mentega atau majerin
200 gm tepung gandum
150 gm tepung kastad
30 gm tepung ubikayu
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen ros
150 gm gula aising
Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen ros.
3. Ayak tepung gandum,tpg kastad dan tepung ubikayu.
4. Gaulkan dalam adunan mentega.
5. Masukkan dalam acuan semperit dan picitkan atas dulang pembakar.
6. Bakar hingga masak.
Biskut Golden Cornflakes |
Biskut Koko Berkacang |
Biskut Semperit |
2 comments:
terimakasih panduan.
suka biskut semperit.
selamat ari raya ;)
Post a Comment