KURSUS BULAN JUN 2012

Salam kepada para pengunjung semua.Aniz Baking Centre akan meneruskan kursus-kursus untuk bulan Jun ini.Berikut adalah jadual kursus bulan Jun 2012.Untuk mendapatkan jadual lengkap, sila layari www.anizbakingcentre.com atau lihat di sebelah kanan laman utama blog ini.

9/6/2012             -   ANEKA KEK POPULAR (Pelbagai jenis kek untuk raya)
10/6/2012           -   KEK CAWAN DAN HIASAN DENGAN KRIM MENTEGA
16/6/2012           -   KEK LAPIS SARAWAK
17/6/2012           -   KEK COKLAT DAN HIASAN DENGAN CHOC.GANACHE
23/6/2012           -   ANEKA TALAM DAN KUIH-MUIH
24/6/2012           -   ANEKA BISKUT RAYA (Dapat buku percuma 30 resipi biskut)
30/6/2012           -   ANEKA KEK KEJU
1/7/2012             -   KEK CAWAN DAN MUFIN

Nota : Yuran RM150 untuk satu modul.Kelas secara hands-on berkumpulan.Masa 10 pg - 5 ptg.
Jika berminat mengikuti kursus di tempat kami, sila sms nama penuh anda dan tarikh kursus ke 014-3247478 atau hubungi Pn.Noraini di no. yang sama.Terima kasih.

Kursus Mei 2012

Kursus bulan Mei sudahpun menutup tirainya.Tahniah kepada para peserta yang hadir dan semoga anda semua maju jaya.Mari kita lihat gambar-gambar mereka.
Peserta kursus frozen Food.

Peserta kursus kek cawan dan mufin.

Kek keju yang telah disiapkan.

Peserta kursus kek keju.

Peserta kursus biskut raya.

Kursus Bulan Mei

Assalamualaikum, beberapa kursus telah diadakan pada bulan Mei ini.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang datang dari jauh mahupun dekat.Moga apa yang dipelajari dapat dipraktikkan supaya menjadi bertambah mahir.Oklah, kita tengok gambar-gambar mereka.
Para peserta kursus Hiasan Kek 5/5/2012
Hasil tangan para peserta yang pertama kali menghias kek.
Para peserta Homemade Chocolate 6/5/2012
Macam-macam bentuk coklat boleh dihasilkan.

Buku Variasi Hidangan Berkeju






 Cover Buku Variasi Hidangan Berkeju.


Resipi Kek Tiramisu dalam bentuk langkah demi langkah.

Kek Keju Sukaramai dalam bentuk langkah demi langkah.
Chef Noraini Zakaria telah menghasilkan sebuah buku baru bertajuk "Variasi Hidangan Berkeju" yang diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf.Buku ini menghimpunkan 40 resipi aneka hidangan berkeju seperti kek dan pastri.Ada lebih 30 resipi kek keju yang enak.Yang istimewa tentang buku ini ialah cara membuatnya dalam bentuk langkah demi langkah dengan gambar yang mudah diikuti.Semua resipi telah dicuba di dapur Chef Noraini dan anda boleh yakin untuk mencubanya.Buku ini berharga RM19.90 saja dan memang berbaloi membelinya.Anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku utama dan juga di Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.Untuk tempahan online layari www.alaf21.com.my

Majlis Pelancaran Buku Baru

Sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC baru-baru ini,Grup Buku Karangkaraf telah mengadakan majlis pelancaran buku baru Chef Noraini yang bertajuk "Variasi Hidangan Berkeju"Mari kita saksikan gambar-gambarnya.
Sebahagian pengunjung di pesta buku Karangkraf.

Disempurnakan pelancaran oleh Puan Sri Diah,Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf.

Chef Noraini menyampaikan sedikit ucapan.

Demonstrasi menghias kek juga turut diadakan.

Para pengunjung berebut untuk merasa kek keju.

Menandatangani buku yang dibeli oleh para pengunjung.

Popular Posts