Kursus Talam dan Kek Popular

Alhamdulillah, 2 kursus telah berlangsung pada minggu yang lalu iaitu Kursus Talam 19/2 dan Kek Popular 20/2/2011. Ada peserta yang datang dari jauh seperti Pahang dan Johor.Syabas diucapkan kepada anda yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu.Moga apa yang dipelajari akan dapat dipraktikkan bila sampai di rumah nanti. Seramai 22 peserta mengikuti kursus talam dan 27 orang untuk kursus Kek Popular. Sebenarnya memang saya nak hadkan kepada 20 orang saja tetapi ada yang buat bayaran last minute dan ada yang walk-in. Jadi saya berharap kepada peserta akan datang supaya membuat pembayaran awal atau booking dulu supaya kelas tidak menjadi terlalu ramai.Apapun nasib baik kelasnya agak besar dan boleh menampung peserta seramai ini.

Puan Noraini sedang menerangkan sesuatu kepada peserta kursus.

Para peserta bergambar kenangan.

Ini pula peserta kek popular .

Dalam ramai-ramai tu ada pulak hero seorang.

No comments:

Popular Posts