Kelas Terakhir pada 24 Julai dan 25 Julai 2010

Assalamualaikum, nampaknya kelas masakan kita sudahpun sampai ke penghujungnya. Kelas terakhir akan berlangsung pada 24 Julai dan 25 Julai iaitu kursus Kek Popular dan juga Biskut Raya. Kedua-dua kelas ini sudahpun penuh. Ramai yang menalifon untuk memasuki kedua kelas ini tetapi  saya terpaksa menolak kerana tidak mahu kelas menjadi terlalu sesak dan padat. Cukuplah sekadar 20 lebih peserta saja. Bagi anda yang telah confirm hadir, silalah menghadirkan diri anda sebelum pukul 10 pagi.Kelas akan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang (lebih kurang).Pada anda yang terlepas peluang untuk menghadiri kelas terakhir ini, janganlah pulak merajuk ye.Kelas akan disambung semula pada pertengahan bulan Oktober nanti.

No comments:

Popular Posts