Buku Baru - CITARASA BISKUT POPULAR



Alhamdulillah, buku terbaru Kak Ani iaitu CITARASA BISKUT POPULAR telahpun berada di pasaran. Buku ini diterbitkan oleh Prokarya Publishing And Distributors iaitu syarikat penerbitan Kak Ani sendiri.Yang istimewanya buku ini ialah ia mengandungi panduan-panduan dan tip membuat biskut yang tidak ada dalam buku lain. Sebanyak 30 resipi biskut dimuatkan dalam buku ini dan sesuai untuk bisnes atau makan sendiri. Kak Ani memberi jaminan bahawa semua resipi telah diuji (kitchen tested) dan berjaya. Insyaallah jika anda mengikut peraturan dan teknik yang betul, biskut anda pasti menjadi.Harga buku ini ialah RM15 bagi Semenanjung dan RM18 bagi Sabah dan Sarawak.Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku. Jika ada kesukaran untuk mendapatkannya, anda boleh menempah terus dengan Kak Ani.Belanja pos adalah RM7 . Cara menempah ialah:

1. Hantarkan Money Order, Postal Order atau cek berjumlah RM22 (termasuk belanja pos) atas nama NORAINI BINTI ZAKARIA.

2. Sertakan surat yang mencatatkan  NAMA ANDA,ALAMAT,NO.TELEFON/NO.HP dan emel jika ada.

3. Hantarkan surat anda kepada Prokarya Publishing and Distributors, No.31, Leboh Pendamar Indah 1, Taman Pendamar Indah,42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

No comments:

Popular Posts