Buku Baru - CITARASA BISKUT POPULAR
Alhamdulillah, buku terbaru Kak Ani iaitu CITARASA BISKUT POPULAR telahpun berada di pasaran. Buku ini diterbitkan oleh Prokarya Publishing And Distributors iaitu syarikat penerbitan Kak Ani sendiri.Yang istimewanya buku ini ialah ia mengandungi panduan-panduan dan tip membuat biskut yang tidak ada dalam buku lain. Sebanyak 30 resipi biskut dimuatkan dalam buku ini dan sesuai untuk bisnes atau makan sendiri. Kak Ani memberi jaminan bahawa semua resipi telah diuji (kitchen tested) dan berjaya. Insyaallah jika anda mengikut peraturan dan teknik yang betul, biskut anda pasti menjadi.Harga buku ini ialah RM15 bagi Semenanjung dan RM18 bagi Sabah dan Sarawak.Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku. Jika ada kesukaran untuk mendapatkannya, anda boleh menempah terus dengan Kak Ani.Belanja pos adalah RM7 . Cara menempah ialah:
1. Hantarkan Money Order, Postal Order atau cek berjumlah RM22 (termasuk belanja pos) atas nama NORAINI BINTI ZAKARIA.
2. Sertakan surat yang mencatatkan NAMA ANDA,ALAMAT,NO.TELEFON/NO.HP dan emel jika ada.
3. Hantarkan surat anda kepada Prokarya Publishing and Distributors, No.31, Leboh Pendamar Indah 1, Taman Pendamar Indah,42000 Pelabuhan Klang, Selangor.
Kursus Frozen Food (24/4) dan Biskut Raya (25/4/2010)
Frozen Food seperti samosa,pau,karipap pusing dll.
Peserta kursus Frozen Food bergambar kenangan.
Beraneka biskut telah dihasilkan oleh peserta.
Peserta kursus Biskut Raya bergambar kenangan.
Bulan April sudah sampai ke penghujungnya. Dua kelas telah berlangsung pada minggu yang lalu iaitu Kursus Frozen Food pada 24/4 dan Kursus Biskut Raya pada 25/4. Kedua-dua kursus ini telah dihadiri oleh lebih dari 20 orang peserta yang datang dari sekitar Selangor/KL juga dari tempat yang jauh seperti Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Pahang. Tahniah kepada anda semua kerana berjaya menamatkan kursus tempohari.
Kursus Bahulu dan Kek Popular (17 dan 18 April 2010)
Peserta kursus bahulu & swissroll.
Kek Gulung Trio Manis.
Peserta kursus kek popular
Sebahagian kek yang telah dipelajari.
Dua kursus telah diadakan pada hujung minggu yang lepas. Kursus Bahulu &Swissroll telah diadakan pada 17/4 dan Kursus Kek Popular pula diadakan pada 18/7. Seramai 16 orang peserta mengikuti kursus bahulu dan 24 orang mengikuti kursus kek popular. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah mengikuti kursus dengan jayanya. Diharap anda dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.
Jadual Kursus Bulan Mei 2010
MEI 2010
8 MEI (SABTU ) - ROTI DAN PASTRI (RM 150)
Mempelajari kaedah membuat roti cara Sponge Dough untuk membuat Roti Ban Manis.Resipi Cheese Plait Bread, Red Bean Bun, Sosej Roll, Mix Vege Roll, Mini Pizza,Mexico Bun, Donat, Pizza Hawaian.Turut membuat tat seperti Tat Keju dan Tatlet Buahan.
9 MEI (AHAD) - KEK CAWAN DAN HIASANNYA (RM 150)
Mempelajari cara membuat kek cawan dan cara menghiasnya dengan ising krim mentega dan piping jelly.
Resipi kek spt K.C. Mentega Oren, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 2 resipi bonus. Membancuh krim mentega dan teknik-teknik hiasan kek turut dipelajari.
15 MEI (SABTU) - ANEKA KEK POPULAR (RM 150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Buahan, Kek Choc Moist dengan Topping Choc.Ganache,Pandan layer Kek, Black Forest Cake, Blueberi Cake. Turut ditunjukkan cara menghias kek dengan fresh cream.
16 MEI (AHAD) - ANEKA BISKUT RAYA 1 (RM 150)
Resipi : Tat Gulung, Mama Carrie, Marble Coklat,Biskut Oatmeal, B.Green Pea, Ghee badam, Permaisuri Badam , B.Arab dan 3 resepi bonus.Tip dan Panduan membuat biskut dan Tip Bisnes Biskut raya.
22 MEI (SABTU) - KEK LAPIS SARAWAK (PROMOSI RM 120)
Mempelajari cara membuat kek lapis bercorak dan kek lapis gulung.Ditunjukkan cara memotong dan menyusun mengikut corak dikehendaki.Resipi spt. Kek Lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Prun, Roll Domino dan Roll Tikar.
29 MEI (SABTU) - ANEKA TALAM DAN KUIH KOMERSIL (RM 120)
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji,Seri Muka, Kuih Sarang Lebah, Kuih Bakar Pandan, Puteri Ayu, Kuih Tepung Pelita dan 3 resepi bonus.
30 MEI (AHAD) - ROTI DAN PASTRI (RM 150)

Semua kursus adalah secara bengkel dari 10 pg - 5 ptg. Sijil diberikan. Yuran dibayar pada hari kursus. Untuk tempahan kursus sila telefon atau sms ke 014-3247478 atau 03-31675408.

Kursus Roti dan Pastri 10 dan 11 April 2010
Sausage bun dan mini pizza.
Bermacam jenis roti yang dihasilkan.
Tartlet buahan dan tat keju turut dihasilkan.
Para peserta 10/4 bergambar kenangan.
Staf MTDC turut meluangkan masa menghadiri bengkel roti dan pastri.
Kursus Roti dan Pastri telah diadakan pada dua hari berturut-turut iaitu pada 10 dan 11 April yang lalu. Pada 10 April ia telah dihadiri oleh seramai 21 orang peserta.Manakala kursus pada 11 April pula dihadiri oleh 15 orang kakitangan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Nampaknya pada peserta bersungguh-sungguh mempelajari teknik membuat roti dan hasilnya mereka berjaya menghasilkan roti-roti yang lembut seperti di kedai bakeri. Teruskan usaha anda semua.
Kursus Kek Keju 4 April 2010
Aneka macam kek keju telah dihasilkan.
Dah siap kek tu bolehlah potong ya.
Para peserta bergambar kenangan.
Seramai 17 peserta telah menghadiri kursus Kek Keju pada 4 April yang lepas. Editor Majalah RASA, Puan Yati Rahim turut menghadiri kursus ini, katanya untuk hidangan keluarga saja.Tahniah kepada anda semua dan diucapkan Selamat Mencuba.
Kursus Kek Cawan 28 Mac 2010
Peserta sedang membuat kek cawan
Hasil karya seorang peserta
Peserta bersama kek masing-masing
Tahniah kepada para peserta kursus Kek Cawan pada 28 Mac yang lalu. Seramai 12 orang peserta telah menghadirinya. Semoga dapat menggunakan ilmu yang dipelajari bagi menambah pendapatan keluarga. Sukses Selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagai...
-
>> Kek yang mempunyai komposisi bahan yang seimbang dan suhu oven yang stabil tidak akan merekah. Adakalanya kek yang kita buat menja...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...