Mengerjakan Haji di Tanah Suci











Saya dan suami telahpun selamat kembali dari mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Kami berada disana selama 45 hari dan kembali ke tanahair pada 18 Disember yang lalu.Syukur alhamdulillah kerana telah dapat menyempurnakan rukun Islam yang kelima ini dengan jayanya. Sesungguhnya kembara kerohanian ini memberikan keinsafan betapa kita hamba Allah di atas muka bumi ini telah melakukan pelbagai dosa dan noda samada secara sedar ataupun tidak.Maka wajarlah kita mensucikan hati dan memohon keampunan ke hadrat Ilahi atas secara dosa-dosa kita yang lalu. Apabila kita terpandang Kaabah di depan mata sendiri yang sebelum ini hanya dalam bayangan saja, kita akan mengakui kebesaran Ilahi. Sesungguhnya kembara ini menambahkan keimanan kita kepada agama dan Tuhan yang disembah iaitu Allah Subhanahuwataala. Saya dengan ini menyeru kepada anda yang telah mampu dari segi kewangan supaya bersegeralah menunaikan haji ataupun umrah kerana ibadah ini pasti dapat mengubah diri kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari sebelumnya.


3 comments:

sofi cakes said...

Assalamualaikum...
alhamdulillah...tahniah cikgu kerana telah selamat mengerjakan ibadah haji yakni rukun islam yang ke 5. Semoga mendapat keredhaan Allah dengan membawa kepada perubahan dan penghijrahan yang lebih baik daripada sebelumnya.

TQ atas tunjuk ajar...InsyaAllah ada rezeki nak pergi menuntut ilmu lagi dengan cikgu pada masa akan datang...menuntut ilmu tidak akan habis sampai ke akhir hayat, betul kan cikgu???

Syam said...

salam.. alhamdullilah... sejuk hati mendengar.. bila kak Noraini... dah selamat pergi dan kembali daripada menunaikan Fardhu Haji... Doakan pada kami yang masih menunggu dan menanti penuh harapan agar suatu hari kelak... kami pula berpeluang menunaikan rukun Islam ke 5, Haji. Insyallah.

innanaim said...

Assalamualaikum....sejuk hati bila membaca dan menatapi cerita-cerita cikgu disepanjang mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Semoga mendapat keredhaannya. Tak sabar rasanya hendak kesana. Alhamdulillah saya turut akan mengerjakan umrah bersama suami pada bulan mac nanti....

Popular Posts