Kursus Kek Cawan dan Frozen Food




Pelbagai kek cawan yang dihasilkan oleh para peserta


Para peserta bergambar ramai untuk kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Baru -baru ini telah diadakan kursus kek cawan dan frozen food yang berlangsung pada hujung minggu lepas. Kursus tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari para peserta sekelian. Ada yang datang dari Pulau Pinang semata-mata hendak belajar di Aniz Baking Centre. Syabas diucapkan kepada anda yang mempunyai keazaman yang tinggi. Saya berharap anda dapat mempergunakan ilmu yang dipelajari dan mempraktikkannya hingga hasilnya menjadi perfect. Kepada yang bercita-cita untuk berniaga tu, mulakan secara kecil-kecilan dari rumah. Tak mustahil usaha yang kecil akan menjadi besar satu hari nanti. Oklah kita tengok gambar-gambar yang diambil dalam kelas tersebut. Tetapi kelas frozen food saya tak sempat ambil gambar peserta.

Kursus Kek Lapis 22 Mac 2009


Para peserta kursus kek lapis.Maaflah gambarnya jadi biru pulak.


Sedang mencuba potong kek lapis bercorak.

Untuk bulan Mac ini telah berlangsung kursus membuat Kek Lapis Sarawak pada 22 Mac yang lalu. Seramai 8 peserta telah menghadiri kursus hands-on ini. Mereka telah mempelajari pelbagai jenis kek lapis sarawak dari yang asas hinggalah yang bercorak dan bergulung. Tak susah membuat kek lapis ini cuma masa membuatnya yang agak panjang. Berkat dari kesabaran anda itu, anda pasti berbangga dengan hasilnya nanti. Selamat berjaya diucapkan kepada anda semua.

Kursus Biskut Raya 15 Mac 2009


Peserta sedang menyapu royal aising pada biskut mama carrie.


Sedang menyalut coklat pada biskut.


Peserta bergambar ramai tanda kenangan.

Baru-baru ini telah diadakan kursus biskut raya. Seramai 10 peserta telah menghadiri kursus pada kali ini. Pelbagai jenis biskut telah dihasilkan dan ramai yang bercadang untuk bisnes biskut raya pada tahun ini. Saya doakan semoga anda berjaya.

Kursus Bulan Mac 2009

Untuk bulan Mac ini, banyak lagi kursus yang akan diadakan seperti Biskut Raya (15 Mac),Puff Pastry (21 Mac),Kek Lapis Sarawak (22 Mac), Kek Cawan dan Hiasannya (28 Mac) dan Frozen Food pada 29 Mac. Kelas-kelas ini masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di no.014-3247478 atau 03-31675408.

Jadual Bulan April 2009

JADUAL BULAN APRIL 2009


4 April - ANEKA ROTI BAN, DONAT DAN PIZZA
Mempelajari pelbagai jenis roti ban, donat beserta topping dan beberapa jenis pizza yang sesuai untuk hidangan keluarga ataupun untuk perniagaan. 8 jenis roti dipelajari dalam kelas.

5 April - ANEKA KEK KOMERSIL
Mempelajari pelbagai jenis kek seperti Kek Buah Kukus, Kek Gula Hangus, Mufin Blueberi,Mufin Cip Coklat,Kek Pisang, Brownies Walnut, Swissroll Pandan + 3 resipi bonus.

11 April - ANEKA KEK POPULAR
Mempelajari pelbagai jenis kek popular seperti Black Forest Cake, Pandan Layer Cake, Kek Tiramisu, Bluebery Cheese Cake, Kek Span pandan, Kek Span Coklat, Kek Buah Bakar, Kek Pelangi, Choc.Moist Cake dan lain-lain (10 jenis)

12 April - PUFF PASTRY, CROISSANT, DANISH DAN TART
Mempelajari cara membuat puff pastry berbagai jenis dan bentuk,danish pastry dan tat seperti tartlet buahan, tat telur dan tat keju blueberi.

18 April - HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA DAN KRIM SEGAR
Mempelajari cara membuat kek span vanila dan kek span coklat. Membancuh krim mentega cara komersil, membalut kek, pelbagai paten seperti bunga, daun, bintang dll. Akhir sekali belajar cara menghias kek anda sendiri untuk dibawa pulang.

19 April - ANEKA BISKUT RAYA
Anda akan diterangkan tip dan panduan membuat bisnes biskut raya. Membuat 8 jenis biskut yang sesuai dikomersilkan seperti Havana Strawberi, Oatmeal, Mama Carries, Permata Badam dan lain-lain.

25 April - KEK CAWAN (CUPCAKE) DAN MENGHIASNYA DENGAN BUTTERCREAM
Anda akan membuat 4 jenis kek cawan pelbagai perisa seperti coklat, pandan, oren dll. Cara membancuh buttercream dan menghias kek cawan dengan pelbagai rekabentuk yang menarik.
Resipi untuk fondant, sugarpaste juga diberikan.

26 April - ANEKA MAKANAN DINGINBEKU (FROZEN FOOD)
Mempelajari cara membuat pelbagai jenis produk seperti pau,donat, karipap pusing,karipap biasa,cucur badak, bom bijan, apam gula hangus, puteri ayu dan 3 resipi bonus.

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus pada bulan April nanti, sila call atau sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478 atau 03-31675408 atau emel ke
ani_zakaria@yahoo.com.my dan sertakan sekali no Hand Phone untuk dihubungi.Yuran untuk setiap modul adalah RM150 kerana ia kursus hands-on sehari dari pukul 10 pg hingga 5 ptg.Bayaran yuran dibuat semasa hari kursus. Anda akan membawa pulang produk dihasilkan dan sijil turut diberikan kepada peserta. Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, NO. 589-B (Tingkat 2), Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. (Berhampiran Giant Batu Caves)

Kursus Biskut Raya 1 /3/09


Pelbagai jenis biskut yang dihasilkan, sesuai untuk bisnes


Biskut Aiskrim.


Para peserta bersama ole-ole untuk dibawa pulang.

Kursus Aneka Biskut Raya telah diadakan pada 1 Mac yang lalu. Seramai 16 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Sebanyak 10 jenis biskut dipelajari oleh para peserta. Ramai yang dah berkira-kira untuk bisnes biskut raya pada tahun ini. Eloklah jika ada semangat macam tu.Dah ada ilmu, gunakanlah ia sebaiknya.

Kursus Roti 28/2/09 dan Kursus Pastri 21/2/09


Pelbagai menu hidangan tart dan pastri dihasilkan dlm kursus ini.


Para peserta kursus pastri bersama Chef Yanti.


Para peserta mempelajari cara membuat pizza.


Peserta kursus Aneka Roti, Donat dan Pizza bergambar ramai.

Kursus Aneka Roti, Donat, Pizza dan Kursus Pastri telah diadakan baru-baru ini.Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Semoga anda semua dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.Selamat Berjaya

Popular Posts