Kursus 30 dan 31 Mei 2009

Kursus Kek Cawan dan Hiasannya akan berlangsung pada 30 Mei. Anda akan membuat 4 jenis kek cawan +3 resipi bonus. Mempelajari cara membancuh krim mentega (buttercream) dan menghias kek cawan dengan buttercream dan piping jelly. Juga ditunjukkan demo membuat doh fondant dan menghias kek cawan cara mudah menggunakan fondant.

Pada 31 Mei pula akan diadakan Kursus Kuih Komersil dan Bahulu. Pelbagai jenis kuih komersil seperti talam-talam, kuih bakar, tepung pelita dan pelbagai bahulu akan dipelajari. Semua kelas akan berlangsung dari pukul 10 pg hingga 5 petang. Yuran ialah RM130 sahaja dan anda diberikan sijil penyertaan setelah tamat kursus.Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Masih ada kekosongan untuk kedua-dua kelas tersebut. Berminat boleh hubungi Pn.Noraini atau sms ke 014-3247478 atau 03-31675408.

Kursus Biskut Raya 23 Mei 2009


Dah siap biskutnya kena hiaslah pulak.


Bilalah nak habis mencelup biskut tu.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Biskut Raya telahpun selamat diadakan pada minggu lepas. Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Dah ramai yang bercadang nak buat bisnes biskut pada hari raya nanti.Saya doakan anda semua berjaya.Walaupun bermula secara kecil-kecilan tapi tak mustahil pada masa akan datang jadi besar-besaran pula.Oklah, kita tengok gambar-gambarnya.

Kursus Kek Popular 17 Mei 2009


Para peserta bergambar kenangan.

Seronoknya bila time potong kek!

Sebahagian dari kek-kek yang telah dihasilkan oleh peserta.

Berikut adalah gambar-gambar peserta kursus kek popular yang telah berlangsung minggu lepas. Seramai 19 peserta telah menghadiri kursus ini. Syabas diucapkan kerana ada peserta yang datang dari jauh seperti Johor Baru dan Pahang. Selamat berjaya diucapkan kepada anda semua.

Jadual Kursus Bulan Jun 2009

Berikut adalah jadual kursus untuk bulan Jun 2009:

13 Jun - KEK LAPIS KOMERSIL (RM 90 sahaja)
1. Kek Lapis Keju Zig-Zag 2. Kek Lapis Kukus Seri Wangi 3. Kek Lapis Rintik 4. Kek Lapis Betawi. Resipi bonus : Kek Lapis Prun dan Kek Lapis Asam Manis.

14 Jun - KURSUS FROZEN FOOD (RM 130)
Resipi yang dipelajari ialah Pau, Donat, Karipap Pusing , Cucur Badak, Bom Bijan, Puteri Ayu, Kuih Kasturi. Resipi Bonus : Vade, Popia, Samosa.

20 Jun - ANIKA PASTRI KOMERSIL (RM130)
Resipi yang dipelajari ialah Puff Pastry (pastri berlapis) dengan pelbagai bentuk dan inti, Danish Pastry,Danish Pizza, Croissant, Tat Telur, Tat Keju Blueberi, Tatlet Buahan dan Cream Puff .

21 Jun - ANIKA KEK POPULAR (RM130)
Resipi yang dipelajari ialah Kek Span Vanila, Kek Span Coklat,Kek Mentega Pelangi, Kek Buah, Kek Choc.Moist (dgn Ganache Coklat), Pandan Layer Cake, Kek Tiramisu, Kek Keju Blueberi dan Black Forest Cake (dgn hiasan sekali).

27 Jun - ANIKA BISKUT RAYA (RM130)
Tip dan Panduan menjalankan bisnes biskut raya. Resipi dipelajari Biskut Permaisuri Badam,Biskut Fancy Aiskrim,Biskut Mama Carrie,Biskut Havana Strawberi, Biskut Cip Coklat, Biskut Oatmeal, Biskut Suji Bergajus, Biskut Tat Gulung dan Biskut Sampan + 2 resipi bonus.

28 Jun - ANIKA KEK CAWAN DAN HIASANNYA (RM130)
Resipi yang dipelajari ialah Kek Cawan Oren Popi, Kek Cawan Kismis Walnut, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan Seri Pandan dan Kek Cawan Span Vanila. Mempelajari cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai rekabentuk dan paten yang menarik seperti menggunakan piping jelly dan fondant.

Semua kelas adalah secara hands-on dari pukul 10 pg hingga 5 ptg kecuali kelas Kek Lapis Komersil. Tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Yuran dibayar pada hari kursus. Semua kelas diadakan di Aniz Baking Centre, No. 589 B (Tingkat 2), Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. (berhampiran Giant Batu Caves).Jadual kursus dan peta lokasi sila tekan link di muka utama. Berminat boleh hubungi Puan Noraini di no: 014-3247478 atau 03-31675408.

Kursus Roti 9 Mei 2009


Tersenyum riang akak kita sambil membuat mufin.


Hai, bilalah roti nak siap ni.


Dua orang hero kita pun tengah serius membuat roti tu.

Roti bun sosej, makan sebiji pasti kenyang.

Minggu lepas kursus roti ban manis, donat, pizza dan mufin telah diadakan.Seramai 14 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Syabas diucapkan atas kesungguhan anda dan ada yang datang jauh dari Kelantan untuk mempelajari cara pembuatan roti ini. Selamat maju jaya pada anda semua.

Happy Mother's Day


Photobucket

SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU SEMUA.TERUSKAN BAKTIMU KEPADA KELUARGA TERCINTA.

Batu Dari Syurga




Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)


Petikan dari http://www.politikbanjar.blogspot.com/

Promosi Kursus Kek Lapis RM90 saja.

Disebabkan ada halangan yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menunda kursus kek lapis sarawak pada 10 Mei. Sebagai gantinya kursus Kek Lapis Komersil akan diadakan pada 16 Mei (Sabtu). Resipi yang akan diajar dalam kursus ini ialah Kek Lapis Betawi, Kek Lapis Kukus Sri Wangi,Kek Lapis Rintik dan Kek Lapis Keju Zig-Zag.Turut diberikan resipi bonus seperti Kek Lapis Prun dan Kek Lapis Asam Manis. Untuk kelas ini anda hanya perlu membayar RM90 sahaja. Kelas bermula pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tgh. Kepada yang berminat, sila sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478/03-31675408.

Kursus Pastri dan Tart 3 Mei 2009


Peserta sedang mencuba bakat masing-masing menghias pastri


Cuba kak, jangan tak cuba.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Pastri dan Tart telahpun berlangsung pada minggu lepas. Seramai 12 peserta telah menyertai kursus ini. Mereka telah mempelajari cara pembuatan puff pastry iaitu pastri berlapis. Dari doh asas ini anda boleh mempelbagaikan bentuk dan intinya. Croissant dan Danish Pastry juga turut diajar dimana dohnya berlainan dengan doh puff pastry. Selain itu peserta mempelajari cara membuat tart pelbagai jenis dan cream puff yang enak. Selamat mencuba kepada para peserta semua.

Yuran Kursus Diturunkan ke RM130.

Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai ahli masyarakat menyertai kursus-kursus masakan di Aniz Baking Centre, yuran untuk setiap kursus bermula Mei hingga Ogos 2009 diturunkan dari RM150 kepada RM130 sahaja. Maklumlah dalam keadaan ekonomi yang tak berapa bagus ni, kita turunkanlah yuran supaya lebih ramai akak-akak kita di luar sana boleh mengikuti kursus.Kalau dah pandai nanti bolehlah buat bisnes kecil-kecilan di rumah untuk tambah pendapatan keluarga. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di 014-3247478. Akhirkata, "Selamat Hari Pekerja" kepada para pekerja di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.

Popular Posts