Sekadar Renungan

Bersikap Positif Apabila Diuji

Apabila diuji, kita barangkali akan ditimpa dua situasi, samada tambah semangat atau jatuh semangat. Syabas kepada anda yang mengambil kritikan secara positif. Ini adalah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Rasulullah sendiri amat menyayanyi umatnya yang berfikiran positif kerana itu merupakan ciri-ciri mukmin sejati. Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepda Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan inipun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan baik yang dilakukannya sehingga diberi pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya." (Riwayat Ahmad & Abu Daud)
Sumber : Majalah NUR , November 2007.

Komen Kak Ani :
Dalam kehidupan kita di alam fana ini, tidak akan sunyi dari didatangi oleh orang-orang yang berhati baik dan orang-orang yang berhati jahat. Sejak memulakan blog ini 4 bulan yang lepas, Kak Ani menerima begitu banyak komen yang baik lagi positif dan juga segelintir komen-komen yang mengguris perasaan. Tidak tahulah apa niat mereka di sebalik komen tersebut (hanya Allah SWT yang tahu). Tetapi Kak Ani yakin yang Kak Ani memulakan blog ini dengan niat yang betul dan ikhlas. Terserahlah pada anda semua untuk menilainya. Tetapi komen mereka yang berniat buruk itu tidak sekali-kali akan mematahkan semangat Kak Ani untuk meneruskan pengisian ilmu di dalam blog ini. Kak Ani akan terus berjuang.Itulah tekad Kak Ani.
Salam Hormat.

No comments:

Popular Posts