Showing posts with label kursus kek. Show all posts
Showing posts with label kursus kek. Show all posts

Kursus Kek Popular


Kursus Kek Popular akan diadakan pada 7 Februari ini. Sebanyak 9 jenis kek akan diajar dalam kelas ini seperti Pandan Layer Cake, Bluebery Cheese Cake, Kek Tiramisu, Kek Span Pandan, Kek Span Coklat, Black Forest Cake, Kek Buah, Kek Choc.Moist dan Kek Pelangi. Kelas ini adalah secara hands-on dari pukul 10 pg hingga 5 ptg. Yurannya adalah RM150 dan anda tidak perlu membawa barang kecuali pen untuk menulis.Dalam kelas ini anda akan diberikan tip dan panduan membuat kek dan sesuai untuk beginners . Resipinya enak dan mudah dipraktikkan. Dapatkan petua-petua bagaimana membuat kek buah yang tidak jatuh buahnya dan pelbagai petua lain. Sesiapa yang berminat dengan kelas ini bolehlah menghubungi saya di no: 014-3247478.

Kursus Membuat Kek - 17 Ogos

Alhamdulillah, kursus membuat kek yang diadakan pada minggu lepas sudahpun selamat diadakan. Seramai 23 orang peserta telah menghadirinya. Masing-masing bersemangat untuk mempelajari cara-cara membuat kek yang popular seperti Blueberi Cheese Cake , Pandan Layer dan lain-lain.Saya berharap anda akan mempraktikkannya dan menjadikan kek-kek yang telah dipelajari sebagai hidangan istimewa di hari raya nanti.

Kursus Kek Raya 6 Julai 2008



Peserta sedang sibuk menyediakan kek bagi kumpulan masing-masing.

Apa khabar anda semua? Diharap dalam keadaan sihat wallafiat hendaknya. Hari ini nak ceritalah sedikit pasal kelas kek raya baru-baru ni. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Mereka telah berjaya menghasilkan 6 biji kek pelbagai jenis seperti Blueberi Cheese Cake, Pandan Layer Cake dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada anda semua . Saya berharap anda akan terus mencuba resipi-resipi ini supaya skil anda bertambah baik dan dapat menghasilkan kek-kek yang enak untuk hari raya nanti. Akhirkata, selamat maju jaya kepada anda semua.

Popular Posts