Showing posts with label kursus hiasan kek. Show all posts
Showing posts with label kursus hiasan kek. Show all posts

Kursus Hiasan Kek , 2 Ogos 09


Peserta bersama kek yang telah disiapkan.


Kek kartun ni comel sekali, pasti anak-anak suka.


Hiasan kek kartun yang menarik sekali.


Inilah para peserta kelas Hiasan Kek pada kali ini.

Alhamdulillah Kursus Hiasan Kek telahpun berlangsung pada 2 Ogos. Seramai 12 orang peserta telah menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada anda yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Bolehlah hias kek untuk hari raya nanti ya.

Kursus Hiasan Kek 14 April 2009


Peserta sebuk dengan tugas masing-masing.


Ha, jenuh jugak nak ratakan aising ni.


Wah! seronok posing depan kek yag dah siap.


Tak sangka jugak kita boleh hias kek ni ya.


Setelah seharian belajar, tamatlah sudah kursus kita hari ini.

Kursus hiasan kek dengan krim mentega dan krim segar telahpun diadakan minggu lepas. Seramai 14 peserta dari jauh dan dekat telah menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada anda semua yang telah berjayakan kursus tersebut. Saya berharap semoga anda akan teruskan praktis atau latihan di rumah terutama dalam membuat bunga ros tu. Akhirkata, semoga anda semua sukses selalu.

Kursus Hiasan Kek Dgn Buttercream


Macam-macam paten boleh dibuat atas kek.


Grup yang ini pilih warna biru, cantik keknya.


Baru mula pegang piping beg, kekok juga agaknya.Lama-lama oklah tu.

Baru-baru ini telah diadakan kursus menghias kek dengan Krim Mentega (Buttercream) dan juga Krim Segar. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus yang baru pertama kali diadakan. Seronok rasanya melihat para peserta bersungguh-sungguh mempelajari teknik menghias dan seterusnya menghasilkan kek-kek yang berhias cantik . Saya berharap anda teruskan usaha dan banyakkan latihan supaya anda menjadi mahir.

Kursus "Fresh Cream & Chocolate Decoration"

Dalam kesibukan mengadakan kursus Kek Lapis, sempat juga saya mengikuti kursus menghias kek di Bagus Baking Center Shah Alam. Chef Han telah menunjukkan kepada kami tentang cara-cara membuat hiasan dari coklat dan menyalut kek dengan krim segar (whipping cream for topping). Diakhir kursus, kami berpeluang menghias kek kami sendiri untuk dibawa pulang.










>>> Chef Han sedang menunjukkan cara menyalut kek dengan
Fresh Cream .
>>> Kek-kek yang dihasilkan oleh peserta kursus.

Popular Posts