Showing posts with label kelas kek cawan. Show all posts
Showing posts with label kelas kek cawan. Show all posts

Kursus Kek Cawan dan Frozen Food




Pelbagai kek cawan yang dihasilkan oleh para peserta


Para peserta bergambar ramai untuk kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Baru -baru ini telah diadakan kursus kek cawan dan frozen food yang berlangsung pada hujung minggu lepas. Kursus tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari para peserta sekelian. Ada yang datang dari Pulau Pinang semata-mata hendak belajar di Aniz Baking Centre. Syabas diucapkan kepada anda yang mempunyai keazaman yang tinggi. Saya berharap anda dapat mempergunakan ilmu yang dipelajari dan mempraktikkannya hingga hasilnya menjadi perfect. Kepada yang bercita-cita untuk berniaga tu, mulakan secara kecil-kecilan dari rumah. Tak mustahil usaha yang kecil akan menjadi besar satu hari nanti. Oklah kita tengok gambar-gambar yang diambil dalam kelas tersebut. Tetapi kelas frozen food saya tak sempat ambil gambar peserta.

Kelas Kek Cawan 14 Februari 2009


Peserta kek cawan bergambar ramai


Masing-masing sedang mencuba skil menghias kek cawan


Sebahagian dari hasil kerjatangan para peserta.

Kelas kek cawan telah diadakan baru-baru ini dimana 10 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Syabas diucapkan kepada para peserta yang bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Rajin-rajinlah membuat praktis agar anda cepat menjadi pandai dan mahir dalam menghasilkan kek-kek cawan yang cantik dan menarik.

Kelas kek lapis sarawak telah diadakan pada keesokan harinya tetapi saya tidak sempat mengambil gambar anda semua. Seramai 15 orang peserta telah mengikuti kelas ini.

Popular Posts