Showing posts with label Kursus Februari 2010. Show all posts
Showing posts with label Kursus Februari 2010. Show all posts

Kursus Kek Popular dan Kek Cawan


                                Peserta Kek Cawan bersama hasil kerja mereka.
                                Macam-macam design boleh dibuat atas kek cawan
                                 Jenuh juga nak menyiapkan 15 biji kek cawan ni.
                                Peserta kek p[opular bergambar ramai selepas kursus.
                                Siap jugak akhirnya kek kita ni,tak sabar nak bawa balik.

Pada 27/2 dan 28/2 telah berlangsung dua kursus iaitu Kursus Kek Popular dan Kursus Kek cawan. Seramai 21 peserta menghadiri kursus Kek Popular dan 12 orang menghadiri kursus kek cawan. Tahniah kepada anda semua kerana menunjukkan kesungguhan mempelajari pelbagai jenis kek ini.Ada peserta yang datang dari Sarawak,Terengganu,Pahang dan Johor. Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu.Syabas diucapkan kepada anda semua.Lepas ni, rajin-rajinlah mencuba resipi yang telah dipelajari tu.Jangan simpan saja nota tu takut lupa pulak kaedah membuatnya.Oklah kita tengok gambar-gambar mereka semua.

Kursus Biskut Raya dan Kek Keju Februari 2010


Peserta kursus Kek Keju bergambar ramai.

Seronok akak kita dapat siapkan kek kejunya.

Kek Keju Cotton yang telah siap dihiaskan.

Ini pula peserta kursus Biskut Raya.

Cuba jangan tak cuba.

Sebahagian biskut yang telah disiapkan.




Dua kursus telah berlangsung pada hujung minggu lepas iaitu Kursus Biskut Raya dan Kursus Kek Keju. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus biskut dan 14 peserta menghadiri kursus kek keju. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya menjalani kursus seharian ini. Diharap anda mencuba resipi-resipi yang dipelajari dan sentiasa mempraktikkannya supaya anda menjadi cepat pandai. Oklah kita tengok gambar-gambar pada kursus ini.

Popular Posts