Showing posts with label Kursus kek popular. Show all posts
Showing posts with label Kursus kek popular. Show all posts

Kursus Kek Popular 18 Julai


Dah siappun kek kita ni.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Kek Popular telah berlangsung pada 18 Julai.Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Nampaknya mereka seronok benar dapat mempelajari pelbagai jenis kek untuk hidangan hari raya nanti. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anda semua.

Kursus Kek Popular 17 Mei 2009


Para peserta bergambar kenangan.

Seronoknya bila time potong kek!

Sebahagian dari kek-kek yang telah dihasilkan oleh peserta.

Berikut adalah gambar-gambar peserta kursus kek popular yang telah berlangsung minggu lepas. Seramai 19 peserta telah menghadiri kursus ini. Syabas diucapkan kerana ada peserta yang datang dari jauh seperti Johor Baru dan Pahang. Selamat berjaya diucapkan kepada anda semua.

Kursus Kek Popular 11 April 2009



Atas : Peserta sedang memotong Pandan Layer yang dak siap.
Bawah :Para peserta bergambar kenangan. Maaflah kalau ada yang tak masuk dalam gambar tu.
Pada minggu lepas telah diadakan kursus Kek Popular dan telah mendapat sambutan yang hangat dari para peserta. Seramai 23 peserta dari sekitar KL /Selangor dan Pulau Pinang telah menghadiri kursus tersebut. Semuanya bersemangat untuk buat bisnes raya ataupun sekadar hidangan pada hari raya nanti. Apa-apapun, tahniah kepada anda semua dan saya doakan anda semua sukses selalu. Tentang gambar, hanya dua keping saja yang sempat di ambil. Bateri kamera habis pulak.

Kursus Kek Popular 7 Februari 09


Kek yang siap dipotong-potong untuk dibawa pulang.


Pelbagai jenis kek telah dihasilkan spt Black Forest, Tiramisu, Pandan Layer dll.
Pendekata, semuanya sedap-sedap belaka.


Sebahagian peserta bergambar, maaflah jika ada yg tak masuk dlm gambar.

Kursus Kek Popular yang telah diadakan baru-baru ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta dari sekitar Selangor , K.Lumpur dan tempat-tempat. Ada juga yang tidak dapat hadir kerana terperangkap dengan kesesakan lalulintas di kawasan kuil Batu Caves kerana Thaipusam. Bagaimanapun, jangan susah hati kerana kursus kek popular ini akan diadakan setiap bulan kerana mendapat sambutan yang baik dari anda semua. Sebanyak 7 resipi telah disediakan didalam kelas seperti Kek Tiramisu, Pandan Layer Kek, Choc.Moist, Kek Buah dan sebagainya. Nampaknya para peserta berpuashati dengan kek-kek yang telah dihasilkan. Selamat mencuba diucapkan kepada para peserta dan kalau ada masalah bolehlah menghubungi saya melalui sms atau emel.

Popular Posts