Menampal Imej Edible Atas Kek



Imej edible adalah nipis dan mudah rosak.Jadi ia hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati. Berikut adalah panduan bagaimana menampal imej ini atas kek.

1. Salutkan kek anda dengan aising krim mentega. Pilih warna yang bersesuaian dengan imej yang hendak ditampal itu.
2. Pastikan tangan anda bersih dan kering.
3. Keluarkan imej dari bungkusan dan pisahkan imej dari lapiknya.
4. Jangan dedahkan imej terlalu lama di luar kerana mudah retak dan pecah.
5. Tampalkan atas kek dengan berhati-hati supaya tiada gelembung.Jangan gosok atas gambar kerana warnanya akan hilang.Hanya tekan di bahagian yang gelembung sahaja.
6. Setelah imej ditampal, anda boleh menambah sebarang perkataan di bahagian atas atau tepi gambar tersebut.
7. Kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk.
8. Anda boleh terus memotong atas gambar itu dan memakannya.


Sumber: http://www.sugarcraft.com/

2 comments:

SA said...

plastik imej tu boleh makan ke k.ani? dah lama nak tanya..

Dely said...

dah nama pon 'edible'

Popular Posts