Edible Photos and Images






Sumber gambar : www.sugarcraft.com dan www.photofrost.com

Dalam zaman moden ini, pelbagai idea baru dicipta dalam hiasan kek. Masing-masing berlumba untuk menghasilkan keunikan bagi menarik perhatian pelanggan. Antara idea baru itu ialah penggunaan Edible Photos and Images (Imej dan Foto Edible). Idea ini dikatakan dipelopori di Amerika Syarikat pada awal tahun 2000 dan kini telah terkenal di seluruh dunia. Teknik ini menghasilkan imej dan gambar foto menggunakan sistem komputer, scanner dan printer. Jika anda mahu meletakkan foto anda diatas kek, anda hanya perlu ambil gambar, scan dalam komputer, tambah teks dan grafik dan terus boleh dicetak. Imej dan gambar foto ini dicetak di atas kertas yang dinamakan edible paper atau sugar paper. Ia diperbuat dari tepung jagung, sirap jagung, gula air, gliserin, asid sitrik dan lain-lain. Dakwat bagi mencetak imej ini pula adalah pewarna makanan yang telah disahkan selamat oleh FDA. Jika kita tiada peralatan untuk menghasilkan imej ini sendiri, anda boleh membeli imej seperti gambar kartun dan lain-lain dari kedai menjual bahan bakeri seperti Bagus Marketing atau Bake With Yen.

2 comments:

Nad Dila said...

printer tu bkn printer cam bese ke...
ade jual ke dea punye ink kat cni..?

Wan Pzee said...

...kat mana nak beli printer cake nih

Popular Posts