Kursus Frozen dan Kek Coklat Ada Kosong
Sesiapa yang berminat mengikuti kursus Frozen Food (26/2) dan Kek Coklat dan Hiasan (27/2), masih ada beberapa kekosongan untuk kedua-dua kursus ini. Anda hendaklah membuat bayaran secara bank-in atau online kepada Prokarya Publishing and Distributors No akaun MAYBANK- 562900001799 . Sebelum membuat bayaran, anda hendaklah sms atau telefon dulu untuk memastikan ada kekosongan lagi. Selepas membayar, sms nama anda dan tarikh kursus ke 014-3247478. Kami akan check bayaran secara online.Kepada para peserta yang dah booking tetapi masih tidak membuat bayaran, kami menganggap anda tidak berminat dan tempat anda akan diisi oleh peserta lain.Sekian, terimakasih.
Kursus Talam dan Kek Popular
Alhamdulillah, 2 kursus telah berlangsung pada minggu yang lalu iaitu Kursus Talam 19/2 dan Kek Popular 20/2/2011. Ada peserta yang datang dari jauh seperti Pahang dan Johor.Syabas diucapkan kepada anda yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu.Moga apa yang dipelajari akan dapat dipraktikkan bila sampai di rumah nanti. Seramai 22 peserta mengikuti kursus talam dan 27 orang untuk kursus Kek Popular. Sebenarnya memang saya nak hadkan kepada 20 orang saja tetapi ada yang buat bayaran last minute dan ada yang walk-in. Jadi saya berharap kepada peserta akan datang supaya membuat pembayaran awal atau booking dulu supaya kelas tidak menjadi terlalu ramai.Apapun nasib baik kelasnya agak besar dan boleh menampung peserta seramai ini.
| Puan Noraini sedang menerangkan sesuatu kepada peserta kursus. |
| Para peserta bergambar kenangan. |
| Ini pula peserta kek popular . |
| Dalam ramai-ramai tu ada pulak hero seorang. |
Kelas 19/2 dan 20/2 Sudah Penuh.
Ingin dimaklumkan kepada anda semua bahawa Kursus Kuih Talam 19/2 dan Kursus Kek Popular pada 20/2 sudah penuh.Sesiapa yang telah membuat bayaran hingga 16/2, anda termasuk dalam senarai 20 peserta.Kelas bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang.Sila bawa pen dan slip pembayaran untuk semakan.Bahan-bahan dan peralatan lain disediakan oleh pihak kami. Sesiapa yang telah membuat tempahan untuk kursus Frozen Food (26/2) dan Kek Coklat(27/2) hendaklah membuat pembayaran kepada akaun yang diberikan dalam laman web kami. Tempat terhad kepada 20 peserta yang membayar awal. Terimakasih.
Kursus pertama di Bukit Tinggi, Klang.
Alhamdulillah, kursus pertama di Bukit Tinggi, Klang telah selamat diadakan pada minggu yang lalu. Seramai 20 peserta mengikuti Kursus Kek Keju dan 17 orang mengikuti kursus Biskut Raya. Tahniah diucapkan kepada anda semua yang telah berjaya menamatkan kursus sehari tersebut. Moga anda berjaya menghasilkan kek dan biskut yang enak.
| Peserta sedang sebuk penyukat bahan-bahan. |
| Macam-macam jenis kek keju yang dihasilkan. |
| Puan Noraini sedang memberi penerangan tentang kek yang telah disiapkan. |
| Puan Noraini bergambar kenangan dengan peserta kursus kek keju. |
| Hai, bukan senang nak buat biskut ni. |
| Dah siap biskut tu nampaknya. |
Hantaran Pengantin
Dalam majlis perkahwinan Azura baru-baru ini, pengantin lelaki membawa 11 dulang dan dibalas 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.Jadi marilah kita mencuci mata dengan melihat gambar-gambar sebahagian hantaran pengantin ini.Nak upload semuanya banyak sangat jadi saya paparkan beberapa hantaran yang berkaitan dengan makanan saja.
| Kek hantaran berhias bunga gumpaste merah |
| Kek cawan yang comel |
| Coklat handmade . |
| Kuih bahulu juga sesuai dibuat hantaran. |
| Coklat dan gula-gula dihias bentuk hati. |
| Cookies yang disusun dalam bekas. |
| Susunan buah-buahan dari pengantin lelaki. |
| Gubahan seperti buah anggur. |
| Puding untuk pencuci mulut. |
| Kek coklat 2 tingkat untuk acara potong kek. |
Selamat Pengantin Baru
| Raja Sehari sedang bersanding. |
| Pengantin tersenyum simpul atas pelamin. |
| Bersama ibu dan ayah pengantin perempuan. |
| Puan Noraini dan suami bersama pengantin. |
Kuih Minum Petang
Salam kepada para pengunjung semua.Lama juga saya tak posting artikel baru.Maklumlah tengah sebuk dengan urusan pindah pejabat ni.Sampai hari ni pun tak siap-siap lagi.Lebih rumit dari urusan pindah rumah!Apa-apapun, insyaallah bulan Februari akan siap sepenuhnya dan kelas akan bermula pada 12 Februari nanti.Oklah kita cerita pasal kuihlah. Baru-baru ni saya ada buat kuih keria untuk minum petang. Kuih keria ni tak ada ajar dalam kelas tetapi ada juga peserta yang bertanya macamana nak sadur kuih dengan air gulanya.Air gula kena buat setelah kuih digoreng. Jangan buat awal-awal.
Resipi Kuih Keria
1 kg ubi keledek putih
Tepung gandum secukupnya
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Air gula:
1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Cara Membuatnya :
Ubi keledek dibuang kulit dan potong kecil.Basuh dan masuk dalam periuk.Tuang air hingga menutupi ubi dan masukkan garam.Rebus hingga embuk.Tuangkan ubi dalam penapis dan toskan airnya. Setelah agak sejuk,tumbuk dengan gelas hingga lumat . Gaul dengan tepung gandum hingga menjadi doh yang kental.Bulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya.Taburkan tepung dalam dulang dan susun kuih.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng kuih hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Untuk membuat air gula, sediakan kuali lain yang agak tebal.Masukkan air dan gula pasir.Kacau dengan senduk hingga gula cair.Api hendaklah sederhana saja.Kacau hingga air gula menjadi pekat.Kecilkan api dan masukkan kuih dalam 20 biji.Kacau hingga gula merata pada kuih.Air gula akan mengeras dan menjadi putih.Angkat kuih dan hidangkan dalam pinggan.

| Kuih keria yang telah disalut dengan air gula. |
Selamat Tahun Baru 2011
Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Nampaknya kita sudahpun memasuki tahun 2011. Sungguh cepat rasanya masa berlalu.Pada tahun 2011 ini, ANIZ BAKING CENTRE sudahpun memasuki 3 tahun penubuhannya. Banyak pengalaman yang telah dikutip dalam tempoh masa tersebut terutama melayani kerenah para peserta yang pelbagai ragam.Tapi saya rasa sangat seronok dapat mencurahkan sedikit ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada para peserta semua. Saya seronok mengenali para peserta yang datang dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.Walaupun saya tidak dapat mengingati setiap nama dan wajah anda,tetapi kenangan bersama anda semua tetap kekal dalam ingatan saya. Moga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan samada untuk bisnes mahupun untuk santapan keluarga.
Untuk tahun 2011 ini, ANIZ BAKING CENTRE mengalami perubahan dari segi lokasi kerana kami telahpun berpindah ke premis baru beralamat No 45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Kenapa saya berpindah dari KL ke Klang? Jawapannya kerana saya memang tinggal di Klang. Dah tiga tahun saya berulangalik ke KL mengadakan kursus. Sudah tiba masanya saya berpindah ke lokasi yang dekat dengan tempat kediaman saya untuk memudahkan urusan bisnes.Apapun, saya menjemput anda semua untuk berkunjung ke Klang . ANIZ BAKING CENTRE ada menganjurkan kursus-kursus baru seperti Decorated Cookies, Hiasan Kek Perkahwinan dengan Fondant dan lain-lain. Kursus-kursus lama akan terus dikekalkan.
Untuk informasi lebih detail mengenai kursus, anda boleh lawati www.anizbakingcentre.com

KURSUS FEBRUARI, MAC DAN APRIL 2011.
FEBRUARI 2011
12/2/2011 ( Sabtu )
ANEKA KEK KEJU (RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.
13/2/2011 (Ahad)
ANEKA BISKUT RAYA (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Cip Coklat,Tat Gulung,Tat Sri Nona, Semperit, Biskut Strawberi, Biskut Aiskrim, Biskut Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus beserta tips bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.
19/2/2011 (Sabtu)
TALAM DAN KUIH-MUIH (RM150)
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Talam Lapis,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah),, Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.
20/2/2011
ANEKA KEK POPULAR DAN CARA MENGHIAS (RM150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias), Pandan Layer Cake dan Kek Coklat.
26/2/2011
FROZEN FOOD (RM150)
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama..
27/2/2011
KEK COKLAT DAN HIASAN (RM150)
Resipi : Kek Coklat Moist, American Brownies, Span Coklat, Chiffon Coklat, Kek Coklat Kukus.Cara membancuh chocolate ganache dan menuang atas kek.
MAC 2011
5/3/2011 (Sabtu)
ANEKA ROTI (RM150)
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat kentang dan pizza.Turut mempelajari cara membuat sandwich bread dan croissant.
6/3/2011 (Ahad)
ANEKA PASTRI (RM150)
Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie,Apple Pie, Portuguese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur, Cream Puff pelbagai bentuk dan inti.
12/3/2011 (Sabtu)
BAHULU DAN SWISSROLL (RM150)
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional, bahulu moden pelbagai perisa seperti pandan, cappucino,bahulu lapis dan bahulu gulung.Membuat Swissroll Marble,Benji Roll,Blueberi Swissroll.
13/3/2011 (Ahad)

19/3/2011 (Sabtu)
KEK LAPIS SARAWAK (RM150)
Mempelajari cara membuat kek lapis bercorak dan kek lapis gulung.Diajar cara memotong dan menyusun mengikut corak dikehendaki.Resipi spt. Kek Lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Prun, Roll Domino dan Roll Tikar.
20/3/2011 (Ahad)
KEK CAWAN DAN HIASAN (RM150)
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan.Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly, krim mentega.
26/3/2011 (Sabtu)
DECORATED COOKIES (KUKIS BERHIAS) (RM150)
Mempelajari cara membancuh dan membakar biskut . Membancuh royal icing dan menghias biskut dengan pelbagai corak dan warna. Sesuai untuk hidangan raya, hadiah atau hantaran perkahwinan.
Bonus : 3 resipi biskut.
27/3/2011 (Ahad)
HIASAN KEK PERKAHWINAN DENGAN FONDANT (RM170)
Membancuh dan membakar kek buah. Membancuh ising fondant dan ising royal.Ditunjukkan cara membalut kek dengan fondan dan menghias dengan pelbagai paten untuk hantaran.Anda membawa pulang kek yang telah anda hias sendiri.
APRIL 2011
2/4/2011 (Sabtu)
ANEKA KEK KEJU (RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Cip Coklat dan Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.
3/4/2011 (Ahad)
HOMEMADE CHOCOLATE (RM150)
Mengenali jenis-jenis coklat.Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan. Membuat pelbagai jenis dan corak coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle dan pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.
9/4/2011 (Sabtu)
TALAM DAN KUIH-MUIH (RM150)
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Talam Lapis,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.
10/4/2011 (Ahad)
BISKUT RAYA (RM150)

16/4/2011 (Sabtu)

17/4/2011 (Ahad)
ANEKA KEK POPULAR DAN HIASAN (RM150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias), Pandan Layer Cake dan Kek Coklat.
23/4/2011 (Sabtu)
ANEKA ROTI (RM150)
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat dan pizza.Turut membuat sandwich bread dan croissant.
24/4/2011 (Ahad)
ANEKA PASTRI (RM150)
Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie,Apple Pie, Portuguese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur, Cream Puff pelbagai bentuk dan inti.
30/4/2011 (Sabtu)
KEK COKLAT DAN HIASAN (RM150)
Resipi : Kek Coklat Moist, American Brownies, Span Coklat, Chiffon Coklat,Kek Coklat Kukus dan menghias kek dengan Coklat Ganache .

Nota : Semua kelas diadakan dari pukul 10 pg - 5 petang. Kursus secara hands-on (praktikal). Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Sijil diberikan selepas kursus.Untuk membuat tempahan kelas, sila hubungi Puan Noraini : 014-3247478 atau 03-31675408. Bayaran yuran hendaklah dibuat kepada Prokarya Publishing and Distributors. No. akaun MAYBANK No.562900001799 selewat-lewatnya 1 minggu sebelum kelas.Semua kelas di diadakan di premis Aniz Baking Centre, No.45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang. (Bangunan kedai sebelah Giant)
Kursus Terakhir Untuk tahun 2010
| Sebahagian peserta sedang menyusun coklat yg telah siap. |
| Para peserta Homemade Chocolate bergambar ramai. |
Kursus Talam dan Roti (11 dan 12/12)
Kursus Talam dan Roti telah berlangsung pada minggu yang lepas. Ramai peserta yang telah hadir untuk kedua-kedua kursus ini. Disebabkan cuti sekolah , ramai peserta dari luar KL/Selangor menghadiri kursus ini seperti dari Terengganu, Pahang, Taiping Perak, Sungai Petani, Kedah dan lain-lain lagi. Tahniah kepada anda semua kerana bersusah-payah datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu. Saya berharap anda semua mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk menambah pendapatan atau untuk hidangan keluarga tersayang.
| Peserta kursus kuih talam bergambar kenangan. |
| Sebahagian peserta bergambar bersama kuih-muih yang dihasilkan. |
| Peserta kursus roti sedang membuat pizza. |
ANIZ BAKING CENTRE AKAN BERPINDAH KE KLANG
Saya ingin memberitahu kepada semua pengunjung dan bekas peserta Aniz Baking Centre bahawa kami akan berpindah ke Bandar Bukit Tinggi, Klang mulai Januari 2011. Kursus akan bermula pada bulan Februari 2011 setelah kerja-kerja pengubahsuaian premis baru ini selesai. Premis baru ini beralamat di No 45-1,Jalan Batu Nilam 5,Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.Ia terletak di tingkat 1 sebuah bangunan kedai 3 tingkat bersebelahan Pasaraya Besar Giant Klang.Insyaallah,premis baru ini akan menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa dari di Taman Samudra.Dari KL ke Klang mengambil masa lebih kurang 45 minit saja dan lebih cepat jika melalui Lebuhraya NPE dari Bangsar. Untuk ke Klang anda boleh mengikuti Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), NPE, KESAS, LDP atau NKVE.Jika melalui Federal Highway, tolnya murah iaitu RM2.20 saja.Untuk ke Bandar Bukit Tinggi Klang , anda tidak akan mengalami kesesakan jalanraya kerana Jambatan Kota yang baru telahpun siap sepenuhnya.
Tentu ramai yang bertanya kenapa saya berpindah ke Klang. Sebenarnya saya memang tinggal di Klang dan terpaksa berulang-alik ke KL jika ada kelas. Sudah 3 tahun Aniz Baking Centre berkhidmat kepada warga KL dan sekitarnya dan saya berfikir sudah tibalah masanya kami menyumbang bakti kepada warga di sebelah sini pula. Bagaimanapun saya mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang berminat walaupun dari mana anda datang.Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada warga KL dan para peserta semua yang memberikan sokongan yang sangat menggalakkan sepanjang kami beroperasi di Taman Samudra.Semoga kita akan berjumpa lagi di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada tahun hadapan.

| Disinilah Aniz Baking Centre akan beroperasi mulai 2011, ditingkat bawah ialah | kedai elektrik. |
KURSUS FROZEN DAN KEK CAWAN
Dua kursus telah berlangsung pada minggu lalu iaitu kursus Frozen Food dan juga kursus Kek Cawan. Alhamdulillah ia telah berlangsung dengan jayanya. Ramai peserta yang datang dari luar KL seperti dari Taiping, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan lain-lain. Maklumlah musim cuti sekolah dapatlah mereka yang jauh tu datang belajar. Akhirkata Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anda semua.
| Para peserta sedang sebuk menyiapkan kek cawan masing-masing. |
| Ada yang tengah termenung memikirkan apa design nak buat. |
| Dah siap kek cawan barulah boleh bergambar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secar...
-
Januari 2020 TARIKH & MASA KURSUS 4/1/2020 (Sabtu) 9.30 pg – 2.30 ptg FROZEN FOOD PART 1 (RM16...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...