TIP MEMBUAT BISKUT


Biskut Badam ini dihias dengan coklat putih diatasnya.


Biskut Gajus



Biskut Oat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung semua. Alhamdulillah kita telahpun berpuasa 14 hari dan lebih kurang 2 minggu lagi akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tentu ramai daripada anda semua sedang sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya untuk hidangan lebaran nanti. Saya juga sibuk membuat pelbagai jenis biskut untuk buku biskut saya . Sampai hari ni dahpun siapkan 15 jenis biskut pelbagai jenis.Target saya nak siapkan 30 jenis biskut. Harap-harap dapatlah disiapkan. Jadi di ruangan ini saya ingin memberi sedikit tip sebagai panduan kepada anda semua. Membuat biskut tidaklah susah sangat cuma anda perlu tahu sedikit teknik-teknik yang betul.Anda juga boleh mencipta pelbagai jenis biskut baru mengikut kreativiti anda sendiri.

Tip Membuat Biskut

1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.

Banyak lagi tip dan panduan yang dimuatkan dalam buku baru saya nanti. Apa-apapun saya mengucapkan semoga sukses dalam projek biskut raya anda.SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



4 comments:

HaSue said...

Salam kak Noraini..bagusnyaaa bagi tips/panduan berguna nih..
Kadang2 kalo biskut tuh tinggal sikit jer,nak ajer letak dalam satu bekas..hehee..

Selamat berpuasa n selamat hari raya aidilfitri untuk akak sekeluarga :)

NORA said...

Salam Kak Noraini. Terima kasih atas tips yang diberikan. Nak tanya satu soalan, Buttercup dan Farmcow itu sejenis mentega atau marjerin? Adakah ia sesuai digunakan utk membuat biskut.

Numa Delights said...

kak, saya guna butter anchor. ok tak? boleh tak saya ambil info ni and paste it in my blog? tq.
www.nuhadelights.blogspot.com

zaza said...

Salam cikgu...saye nk tanye ape bese tepung red rose dengan tepung biase?adekah tepung red rose ni mmg digunekan utk buat biskot raye saje?

Popular Posts