Kursus Pastri dan Hiasan Kek



Pada minggu ini akan diadakan kursus Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tat pada Sabtu 21 Februari. Kursus ini akan diajar oleh Chef Yanti. Sebanyak 5 jenis pastry dan 3 jenis tat seperti Cheese Tart,Tat Telur dan Tatlet Buahan akan diajarkan dalam kelas tersebut. Manakala pada hari Ahad 22 Februari akan berlangsung kursus hiasan kek dengan Krim mentega dan Krim Segar (whipping cream). Anda akan mempelajari cara membancuh krim mentega, pelbagai jenis bunga, paten dan menghias kek kartun dari piping jelly. Kedua-dua kelas ini masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya atau sms ke 014-3247478/03-31675408.

No comments:

Popular Posts