Kursus Bulan April 2012
Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Kursus-kursus di Aniz Baking Centre akan diteruskan lagi pada bulan April 2012 ini.Ada pelbagai jenis kursus dan penampilan istimewa pada bulan April ini ialah dari Chef Khairi Anuar yang akan mengadakan demonstrasi membuat kek ala Secret Recipe pada 15/4/12.Jenis kek yang akan diajar ialah 1. Chocolate Indulgance 2. Marble Cheesecake 3. Brownies Kukus.Kelas bermula pada pukul 10 pg - 1 tengahari.Yuran ialah RM120.Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rahsia dan tip-tip membuat kek dari Chef Khairi , seorang chef pastri yang berpengalaman dan pernah bekerja di rangkaian restoran/cafe Secret Recipe.Kursus akan diadakan di Aniz Baking Centre, Bandar Bukit Tinggi, Klang (kawasan kedai mengadap Giant Bukit Tinggi). Berminat boleh menghubungi Puan Noraini di no : 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com
Kursus Bulan Mac 2012
Sebanyak 8 kelas telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2012.Tahniah kepada para peserta yang hadir.Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu di Aniz Baking Centre.Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk bisnes ataupun untuk sajian keluarga.
| Peserta kursus Frozen Food 10/3/12 |
| Peserta Kursus Kek Lapis Sarawak |
| Peserta Kursus Bahulu dan Swissroll |
| Peserta Kursus Hiasan Kek Krim Mentega |
| Kek-kek yang dihias oleh peserta yang baru pertama kali menghias kek. |
| Peserta Kursus Homemade Chocolate. |
Kursus Minggu Ini.
Dua kursus akan berlangsung pada minggu ini iaitu Kursus Kek lapis Sarawak pada hari Sabtu (17/3) dan Kursus Bahulu &Swissroll pada hari Ahad(18/3).Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini di tel.no - 014 3247478 atau sms untuk booking kelas pada nombor yang sama.
Jadual Bulan Mac 2012
Berikut adalah jadual bulan MAC 2012
10/3/12 - FROZEN FOOD PART 1
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Karipap biasa, Karipap pusing, Donat, Kuih Kasturi,Samosa, Popia dan Apam Dot-Dot.Penerangan mengenai cara penyimpanan dan pembungkusan.
11/3/12 - ANEKA PASTRI
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Mempelajari cara membuat puff pastry seperti Puff Sardin,Chicken Pie, Apple Pie,Portugese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur dan Cream Puff.
17/3/12 - KEK LAPIS SARAWAK
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Lapis Betawi,Kek Lapis Semarak,Kek Lapis Kincir Angin,Kek Lapis Prun,Roll Domino dan Roll Tikar.
18/3/12 - BAHULU DAN SWISSROLL
10 pg - 5 ptg (RM150)
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti bahulu pandan, bahulu cappucino, bahulu lapis dan bahulu gulung.Membuat Swissroll Marble,Benji Roll dan Swissroll Trio Manis.
24/3/12 - HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA
10 pg - 5 ptg (RM150)
Membuat Kek Span, membancuh krim mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang,bunga ros, daun dan lain-lain.Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang dihias sendiri.
25/3/12 - HOMEMADE CHOCOLATE
10 pg - 3 ptg (RM150)
Mengenali jenis-jenis coklat.Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan.Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya.Membuat coklat truffle, coklat oreo,lolipop.Pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.
31/3/12 - ANEKA KEK DAN KUIH KUKUS
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Coklat Lembap,Kek Buah Kukus, Kek Sarang Semut,Kek Lapis Asam Manis,Apam Tepung gandum,Apam Gula Hangus,Apam Coklat dan Apam Kaya Blossom.
1/4/12 - BISKUT RAYA UNTUK PERNIAGAAN
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Tat Nyonya,Mama Carrie,Biskut Cip Coklat,Biskut Semperit,Biskut Fancy Aiskrim dan Biskut Shortbread Coklat.Resipi bonus dan Buku Biskut percuma.Tip dan panduan membuat bisnes biskut raya.
10/3/12 - FROZEN FOOD PART 1
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Karipap biasa, Karipap pusing, Donat, Kuih Kasturi,Samosa, Popia dan Apam Dot-Dot.Penerangan mengenai cara penyimpanan dan pembungkusan.
11/3/12 - ANEKA PASTRI
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Mempelajari cara membuat puff pastry seperti Puff Sardin,Chicken Pie, Apple Pie,Portugese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur dan Cream Puff.
17/3/12 - KEK LAPIS SARAWAK
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Lapis Betawi,Kek Lapis Semarak,Kek Lapis Kincir Angin,Kek Lapis Prun,Roll Domino dan Roll Tikar.
18/3/12 - BAHULU DAN SWISSROLL
10 pg - 5 ptg (RM150)
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti bahulu pandan, bahulu cappucino, bahulu lapis dan bahulu gulung.Membuat Swissroll Marble,Benji Roll dan Swissroll Trio Manis.
24/3/12 - HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA
10 pg - 5 ptg (RM150)
Membuat Kek Span, membancuh krim mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang,bunga ros, daun dan lain-lain.Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang dihias sendiri.
25/3/12 - HOMEMADE CHOCOLATE
10 pg - 3 ptg (RM150)
Mengenali jenis-jenis coklat.Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan.Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya.Membuat coklat truffle, coklat oreo,lolipop.Pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.
31/3/12 - ANEKA KEK DAN KUIH KUKUS
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Coklat Lembap,Kek Buah Kukus, Kek Sarang Semut,Kek Lapis Asam Manis,Apam Tepung gandum,Apam Gula Hangus,Apam Coklat dan Apam Kaya Blossom.
1/4/12 - BISKUT RAYA UNTUK PERNIAGAAN
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Tat Nyonya,Mama Carrie,Biskut Cip Coklat,Biskut Semperit,Biskut Fancy Aiskrim dan Biskut Shortbread Coklat.Resipi bonus dan Buku Biskut percuma.Tip dan panduan membuat bisnes biskut raya.
Jadual Bulan Mac 2012
Untuk mengikuti jadual lengkap bulan Mac 2012, sila layari laman web kami www.anizbakingcentre.com . Sekian, terimakasih.
Kursus Bulan Februari 2012
Sepanjang bulan Februari 2012 telah berlangsung 6 kursus yang telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta yang datang dari seluruh negara.Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan dan ianya memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan penganjuran kursus-kursus masakan pada masa akan datang.Tahniah diucapkan kepada yang telah hadir dan saya mendoakan kejayaan anda semua.Saya akan memuatkan beberapa keping gambar peserta-peserta kursus sepanjang bulan Februari ini.Maaflah ada beberapa kelas yang tidak ada gambar kerana kamera tak ada pada hari tersebut.
| Para peserta kursus Frozen Food Part 2 bersama Chef Noraini. |
| Antara Kek Coklat yang dipelajari. |
| Para peserta kursus Kek Coklat dan Hiasan. |
| Chef Noraini bersama peserta Kursus Biskut Raya. |
| Aneka Kek Cawan . |
| Peserta kursus Kek Cawan bersama Chef Noraini. |
Kursus Talam dan Kek Cawan - 21 & 22/1/2012
| Peserta kursus kuih talam bersama kuih-muih yang dihasilkan. |
| Peserta kursus kek cawan dan mufin sedang menghias kek. |
| Antara mufin yang telah dihasilkan. |
Selamat Tahun Baru 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pelawat semua.Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada anda.Semoga tahun baru ini akan memberi lebih keceriaan dan kebahgiaan kepada anda semua. Kursus di Aniz Baking Centre akan bermula pada 21/1/2012 hinggalah bulan Julai sebelum kita menyambut Ramadan.Ramai yang bertanya, kenapa lambat sangat bermula kelas tahun ini.Sebenarnya saya ada sesi fotografi untuk buku terbaru saya "Variasi Kek Keju".Jadi kelas bermula agak lewat sikit.
Jadual Baru Tahun 2012
Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Aniz Baking Centre telahpun mengeluarkan jadual baru untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2012. Jadual boleh diikuti di blog ini atau layari www.anizbakingcentre.com . Jika berminat membuat tempahan kursus, sms ke 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com . Jika anda menghantar sms, sila beritahu untuk tempahan kursus, berikan nama penuh anda dan tarikh kursus yang ingin dihadiri.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK -562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors, selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus berlangsung.
Kursus Homemade Chocolate dan Kek Cawan Ada Kosong.
Dua lagi kursus akan berlangsung minggu ini iaitu Kursus Homemade Chocolate dan juga Kursus Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat boleh sms nama dan tarikh kursus ke no.014-3247478.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK no: 562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors.
| Pelbagai jenis produk homemade chocolate yang dipelajari. |
| Pelbagai hiasan kek cawan dari krim mentega. |
Kursus Frozen Food dan Roti - 17 &18/12/2011
Dua kursus telah berlangsung pada minggu lepas iaitu kursus Frozen Food dan Kursus Roti.Kursus telah berlangsung dengan jayanya dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir.Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan apabila pulang ke tempat masing-masing.
| Peserta kursus Frozen bergambar kenangan. |
| Kuih-muih frozen yang telah dihasilkan leh peserta. |
| Ini pula peserta kursus roti yang turut dihadiri 3 jejaka. |
Kelas Terakhir Tahun 2011
Masih ada lagi 4 kelas yang akan berlangsung pada bulan Disember sebelum kami menutup tirai 2011.Pada 17/12- Frozen Food Part 1 iaitu mempelajari pelagai jenis kuih-muih yang boleh dibekukan.18/12 - Aneka Roti.Anda akan mempelajari cara membuat pelbagai jenis roti ban manis,donat, roti pizza dan roti kentang.Pada 24/12 - Homemade Chocolate.Cara-cara membuat coklat buatan tangan dari dapur anda sendiri,tidak perlu peralatan mahal.Manakala pada 25/12- Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Semua kelas masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini di talian 014-3247478 atau sms nama penuh dan tarikh kursus ke nombor yang sama juga.
Kursus Talam dan Kek Popular -10 &11/12/2011
| Peserta kursus talam bergambar kenangan. |
| Peserta kursus kek popular. |
| Peserta kursus talam sedang memotong kuih-muih. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secar...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...
-
Januari 2020 TARIKH & MASA KURSUS 4/1/2020 (Sabtu) 9.30 pg – 2.30 ptg FROZEN FOOD PART 1 (RM16...
