Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus Bulan April 2012

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Kursus-kursus di Aniz Baking Centre akan diteruskan lagi pada bulan April 2012 ini.Ada pelbagai jenis kursus dan penampilan istimewa pada bulan April ini ialah dari Chef Khairi Anuar yang akan mengadakan demonstrasi membuat kek ala Secret Recipe pada 15/4/12.Jenis kek yang akan diajar ialah 1. Chocolate Indulgance 2. Marble Cheesecake 3. Brownies Kukus.Kelas bermula pada pukul 10 pg - 1 tengahari.Yuran ialah  RM120.Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rahsia dan tip-tip membuat kek dari Chef Khairi , seorang chef pastri yang berpengalaman dan pernah bekerja di rangkaian restoran/cafe Secret Recipe.Kursus akan diadakan di Aniz Baking Centre, Bandar Bukit Tinggi, Klang (kawasan kedai mengadap Giant Bukit Tinggi). Berminat boleh menghubungi Puan Noraini di no : 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com

Kursus Bulan Mac 2012

Sebanyak 8 kelas telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2012.Tahniah kepada para peserta yang hadir.Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu di Aniz Baking Centre.Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk bisnes ataupun untuk sajian keluarga.

Peserta kursus Frozen Food 10/3/12

Peserta Kursus Kek Lapis Sarawak

Peserta Kursus Bahulu dan Swissroll

Peserta Kursus Hiasan Kek Krim Mentega

Kek-kek yang dihias oleh peserta yang baru pertama kali menghias kek.

Peserta Kursus Homemade Chocolate.

Kursus Minggu Ini.

Dua kursus akan berlangsung pada minggu ini iaitu Kursus Kek lapis Sarawak pada hari Sabtu (17/3) dan Kursus Bahulu &Swissroll pada hari Ahad(18/3).Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat  bolehlah menghubungi Puan Noraini di tel.no - 014 3247478 atau sms untuk booking kelas pada nombor yang sama.

Jadual Bulan Mac 2012

Berikut adalah jadual bulan MAC 2012

10/3/12  - FROZEN FOOD PART 1
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Karipap biasa, Karipap pusing, Donat, Kuih Kasturi,Samosa, Popia dan Apam Dot-Dot.Penerangan mengenai cara penyimpanan dan pembungkusan.

11/3/12 -  ANEKA PASTRI
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Mempelajari cara membuat puff pastry seperti Puff Sardin,Chicken Pie, Apple Pie,Portugese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur dan Cream Puff.

17/3/12 - KEK LAPIS SARAWAK
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Lapis Betawi,Kek Lapis Semarak,Kek Lapis Kincir Angin,Kek Lapis Prun,Roll Domino dan Roll Tikar.

18/3/12 -  BAHULU DAN SWISSROLL
10 pg - 5 ptg (RM150)
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti bahulu pandan, bahulu cappucino, bahulu lapis dan bahulu gulung.Membuat Swissroll Marble,Benji Roll dan Swissroll Trio Manis.

24/3/12 - HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA
10 pg - 5 ptg (RM150)
Membuat Kek Span, membancuh krim mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang,bunga ros, daun dan lain-lain.Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang dihias sendiri.

25/3/12 - HOMEMADE CHOCOLATE
10 pg - 3 ptg (RM150)
Mengenali jenis-jenis coklat.Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan.Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya.Membuat coklat truffle, coklat oreo,lolipop.Pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.

31/3/12 - ANEKA KEK DAN KUIH KUKUS
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Coklat Lembap,Kek Buah Kukus, Kek Sarang Semut,Kek Lapis Asam Manis,Apam Tepung gandum,Apam Gula Hangus,Apam Coklat dan Apam Kaya Blossom.

1/4/12 - BISKUT RAYA UNTUK PERNIAGAAN
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Tat Nyonya,Mama Carrie,Biskut Cip Coklat,Biskut Semperit,Biskut Fancy Aiskrim dan Biskut Shortbread Coklat.Resipi bonus dan Buku Biskut percuma.Tip dan panduan membuat bisnes biskut raya.

Jadual Bulan Mac 2012

Untuk mengikuti jadual lengkap bulan Mac 2012, sila layari laman web kami www.anizbakingcentre.com  . Sekian, terimakasih.