Sepanjang bulan Februari 2012 telah berlangsung 6 kursus yang telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta yang datang dari seluruh negara.Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan dan ianya memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan penganjuran kursus-kursus masakan pada masa akan datang.Tahniah diucapkan kepada yang telah hadir dan saya mendoakan kejayaan anda semua.Saya akan memuatkan beberapa keping gambar peserta-peserta kursus sepanjang bulan Februari ini.Maaflah ada beberapa kelas yang tidak ada gambar kerana kamera tak ada pada hari tersebut.
| Para peserta kursus Frozen Food Part 2 bersama Chef Noraini. |
| Antara Kek Coklat yang dipelajari. |
| Para peserta kursus Kek Coklat dan Hiasan. |
| Chef Noraini bersama peserta Kursus Biskut Raya. |
| Aneka Kek Cawan . |
| Peserta kursus Kek Cawan bersama Chef Noraini. |













