Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Jadual Baru Tahun 2012

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Aniz Baking Centre telahpun mengeluarkan jadual baru untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2012. Jadual boleh diikuti di blog ini atau layari www.anizbakingcentre.com . Jika berminat membuat tempahan kursus, sms ke 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com . Jika anda menghantar sms, sila beritahu untuk tempahan kursus, berikan nama penuh anda dan tarikh kursus yang ingin dihadiri.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK -562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors, selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus berlangsung.

Kursus Homemade Chocolate dan Kek Cawan Ada Kosong.

Dua lagi kursus akan berlangsung minggu ini iaitu Kursus Homemade Chocolate dan juga Kursus Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat boleh sms nama dan tarikh kursus ke no.014-3247478.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK no: 562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors.
Pelbagai jenis produk homemade chocolate yang dipelajari.

Pelbagai hiasan kek cawan dari krim mentega.

Kursus Frozen Food dan Roti - 17 &18/12/2011

Dua kursus telah berlangsung pada minggu lepas iaitu kursus Frozen Food dan Kursus Roti.Kursus telah berlangsung dengan jayanya dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir.Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan apabila pulang ke tempat masing-masing.

Peserta kursus Frozen bergambar kenangan.

Kuih-muih frozen yang telah dihasilkan leh peserta.

Ini pula peserta kursus roti yang turut dihadiri 3 jejaka.

Kelas Terakhir Tahun 2011

Masih ada lagi 4 kelas yang akan berlangsung pada bulan Disember sebelum kami menutup tirai 2011.Pada 17/12- Frozen Food Part 1 iaitu mempelajari pelagai jenis kuih-muih yang boleh dibekukan.18/12 - Aneka Roti.Anda akan mempelajari cara membuat pelbagai jenis roti ban manis,donat, roti pizza dan roti kentang.Pada 24/12 - Homemade Chocolate.Cara-cara membuat coklat buatan tangan dari dapur anda sendiri,tidak perlu peralatan mahal.Manakala pada 25/12- Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Semua kelas masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini di talian 014-3247478 atau sms nama penuh dan tarikh kursus ke nombor yang sama juga.

Kursus Talam dan Kek Popular -10 &11/12/2011

Peserta kursus talam bergambar kenangan.
Peserta kursus kek popular.
Peserta kursus talam sedang memotong kuih-muih.
Kursus Talam dan Kek Popular telah berlangsung pada minggu yang lalu.Ramai peserta yang hadir ke kursus ini.Tahniah diucapkan kepada anda yang menghadiri kursus ini dan ada peserta yang sanggup datang dari jauh seperti dari Singapura, Kluang dan Kuantan .Pengorbanan anda tentunya tidak akan sia-sia.Manfaatkanlah ilmu yang telah dipelajari itu dengan sebaiknya.