Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Bayaran Kursus

Assalamualaikum kepada para pelawat semua. Kepada bakal peserta yang telah membuat bayaran, anda hendaklah menghantar sms ke no: 014-3247478 memberitahu yang anda telah membuat bayaran.Sertakan nama penuh anda dan tarikh kursus yang telah dibayar.Slip bayaran atau salinan transaksi hendaklah dibawa semasa datang kursus. Jika anda tidak menghubungi kami,pihak kami tidak dapat mengetahui siapa yang telah membuat bayaran tersebut .Ini menyebabkan nama anda tercicir dari senarai peserta. Harap mendapat kerjasama dari bakal peserta semua.

Kursus Fondant dan Kek Cawan

Peserta kursus Hiasan Kek Fondant bergambar kenangan.

Hasil kerjatangan peserta kek fondant.

Peserta Kek Cawan dan Mufin

Sebahagian dari kek cawan yang dihasilkan.
Dua kursus terakhir bulan November telah diadakan iaitu Kursus Hiasan Kek Fondant dan Kek Cawan &Mufin.Tahniah  diucapkan kepada para peserta yang hadir dan semoga anda semua sukses selalu.



Kursus Frozen Food Part 2

Kursus Frozen Food Part 2 telah diadakan pada minggu yang lalu.Seramai 10 peserta telah menghadiri kursus ini.Pelbagai resipi kuih-muih telah diajarkan kepada para peserta.Kuih-muih ini boleh didinginbekukan untuk bisnes mahupun untuk hidangan keluarga.Tahniah kepada para peserta yang hadir.

Peserta kursus Frozen Food 2

Pelbagai jenis kuih-muih yang boleh dibekukan.

Apam tepung beras yang mekar

Kursus November dan Disember 2011

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Terimakasih kerana mengunjungi blog Resipinoraini.Kepada anda yang berminat mengikuti kursus di Aniz Baking Centre,ada banyak kursus-kursus yang akan berlangsung pada bulan November dan Disember ini. Anda boleh ikuti jadual di blog ini atau layari www.anizbakingcentre.com untuk jadual yang lebih terperinci. Untuk makluman anda, semua kursus di adakan di Aniz Baking Centre yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang ( kawasan kedai berhadapan GIANT Bukit Tinggi, Klang)

Kursus Hiasan Kek dan Homemade Chocolate

Dua kursus telah berlangsung baru-baru ini iaitu kursus Hiasan Kek dengan Krim Mentega dan Kursus Homemade Chocolate.Tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus pada hari tersebut.Harap anda terus maju jaya.

Peserta sedang tekun menghias kek masing-masing.

Sebahagian hasil karya para peserta.

Peserta hiasan kek.

Peserta "Homemade Chocolate".

Produk coklat yang dihasilkan peserta kita.