Selamat Hari Raya AidilFitri

KAMI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" KEPADA SEMUA PELAWAT DI RESIPINORAINI DAN BEKAS-BEKAS PESERTA DI ANIZ BAKING CENTRE. KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA ADA TERSILAP KATA ATAU TERKASAR BAHASA  SEMASA MENGENDALIKAN KELAS.
Ikhlas dari:
Hajah Noraini Bt.Hj.Zakaria
NorAqmal,NorZaheeda,NorNajwa Fazleen dan Norijan Bin Suramin

p/s : Kursus di Aniz Baking Centre akan bermula pada bulan Oktober.Jadual akan dimasukkan pada pertengahan bulan September nanti.

Mengagumi Kebesaran Ilahi

Assalamualaikum.Baru-baru telah berlaku peristiwa mengagumkan dimana kedudukan bulan betul-betul berada diatas Kaabah.Setelah menatap gambar-gambar tersebut,saya menjadi kagum dengan kehebatan Allah SWT menciptakan kejadian tersebut untuk ditafsirkan oleh sekelian manusia yang berakal.Berlakunya di Bulan Ramadan yang mulia, marilah kita mengucapkan syukur kehadrat Ilahi diatas limpah kurniaNya kepada kita selama ini. Tingkatkan amal ibadah dihari-hari terakhir bulan Ramadan ini.Wassalam.




JAKIM SAHKAN MENTEGA GOLDEN CHURN TIDAK HALAL

Kuala Lumpur (15 Ogos) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan mentega jenama "Golden Churn - Pure Creamery Butter"yang dipasarkan di Malaysia tidak halal.Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata  keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimport berbeza.
Artikel dipetik dari www.bernama.com

Wahai adik-adik dan kakak-kakak, sekarang dah sah Golden Churn ni tak halal.Jadi kalau nak buat kek tu pakailah jenama yang lain.Selamat Berpuasa.


Macam-macam hal

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya.Dah  5 hari kita berpuasa dan tak lama lagi sebuklah nak buat biskut raya dan kek.Tup,tup timbul pulak cerita mentega Golden Churn ada DNA babi.Nasib baiklah Kak Ani tak guna mentega ni untuk buat kek mentega dan kek lapis.Sebabnya mentega ni mahal sangat.Kak Ani  dah biasa pakai Anchor jadi tak gunakan jenis lain.Tapi tak tahulah pulak esok lusa keluar pulak cerita Anchor pun tak halal.Mintak-mintak janganlah.

Kesian jugak pada pengusaha-pengusaha kek lapis kat Sarawak yang terpaksa buang kek mereka.Ada yang dah beli banyak mentega Golden Churn.Jadi nak buat apa mentega tu?Kalau dapat jual balik oklah tak adalah rugi sangat.Harap mereka  banyak-banyak bersabar.Ini dugaan di bulan Ramadan.Kak Ani nak cadangkan kepada pihak-pihak yang menjaga halal haram ni, kenalah periksa selalu benda-benda macam ni.Kalau tak halal beritahu awal-awal.Ini nak raya macam-macam hal pulak.Apapun kepada anda yang selalu menggunakan mentega ni, bertukarlah kepada jenama yang lain.Biar kurang sedap sikit tapi bendanya halal.

Mentega Golden Churn ada DNA Babi, Digunakan Secara Meluas untuk Kek Lapis Sarawak

Saya petik:
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. 

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.  

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak sejak empat dekad lalu. 

Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.




Dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com

Pengusaha AKAN Buang Kek Lapis Tercemar dengan Unsur BABI. Anda Percaya?

 
 
 
 
Saya petik:
Kek lapis guna mentega Golden Churn dimusnah  
Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru 

[BH] KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.

“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.

“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.

Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.

Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.


Persatuan akui ramai batal tempahan

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.

Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.

“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.

Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.

Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.

“Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.

“Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.

Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.

Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.

Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.

“Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.

P/s: Saya tidak mahu mengulas panjang. Cuma saya sangsi dengan kesungguhan sesetengah pengusaha (bukan Islam) membuang kek yang telah tercemar dengan unsur babi. Jumlah kek yang akan dimusnahkan mungkin banyak jumlahnya. Malah berita di atas memerihal bahawa pengusaha telah menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri. Bukan sahaja kek yang akan dibuang, malah mentega yang dibeli secara borong itu juga perlu dibuang. Sanggupkah mereka menanggung kerugian?

Seperkara lagi, mentega itu paling popular dan paling banyak digunakan dalam kalangan pengusaha kerana dapat menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan. Dengan kelebihan yang sedemikian, adakah pengusaha dengan mudah akan membuang atau menggantikannya dengan jenama lain?

Ringkasnya, bagi penggemar kek lapis Sarawak, mungkin melupakan keinginan untuk membeli dan makan kek ini buat sementara waktu adalah jalan yang terbaik. Biarpun begitu, terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya selera.
 
Dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com

Popular Posts