Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kursus 11/6 dan 12/6.

Alhamdulillah kursus Talam dan Kek Coklat telah berlangsung dengan jayanya pada minggu yang lalu.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang datang dari jauh dan dekat.Ada peserta yang datang dari Brunei,Kluang Johor,Sungai Petani dan lain-lain.Moga ilmu yang dipelajari pada hari tersebut dapat dimanfaatkan untuk keluarga mahupun untuk bisnes anda.
Peserta kursus Kek Coklat bergambar kenangan.

Peserta kursus Talam dan Kuih-Muih .

Kelas 18/6 dan 19/6 ada kosong.

Masih ada kekosongan untuk kelas Aneka Roti pada 18/6 dan kelas Aneka Pastri pada 19/6.Sesiapa yang berminat boleh bank-in atau online transfer bayaran yuran RM150 kepada Prokarya Publishing and Distributors No.akaun MAYBANK - 562900001799.Selepas membayar sms beritahu sudah buat bayaran,beri nama penuh anda dan tarikh kursus ke no 014-3247478. Untuk makluman anda juga kelas 26/6 iaitu Biskut Raya dan Biskut Berhias SUDAH PENUH.

Masih ada tempat kosong

Pada minggu ini akan berlangsung kursus Talam dan Kuih-muih (11/6) dan Kursus Kek Coklat (12/6).Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat boleh buat bayaran ke akaun yang diberikan dalam website ini.Sesiapa yang dah buat bayaran pula, sila sms beritahu dah buat bayaran, beri nama penuh dan tarikh kursus.Ini penting supaya saya dapat masukkan nama anda dalam senarai peserta. Untuk kursus 26/6- Biskut raya, senarai booking sudah lebih 30 orang tapi yang dah buat bayaran baru 11 orang.Jadi sesiapa yang membayar awal akan mendapat tempat kerana tempat terhad kepada 20 orang saja.Terimakasih.

Bercuti ke Langkawi

Assalamualaikum dan apa khabar para pelawat semua?Diharap anda semua sihat wallafiat hendaknya.
Baru-baru ini saya sekeluarga telah bercuti ke Langkawi.Maklumlah cuti sekolah,memang ramai pelawat yang mengunjungi Langkawi.Kali terakhir kami mengunjungi pulau legenda ni ialah kira-kira 8 tahun yang lepas.Sekarang memang banyak perubahannya.Bandar Kuah memang sesak dengan kenderaan.Hotel-hotel penginapan memang banyak, tak susah nak cari.Tapi lebih baik booking secara online awal-awal lagi . Kami menginap di Hotel Bella Vista,yang terletak hanya 10 minit dari jeti Langkawi.Kemudahan disini adalah memuaskan dan rate hotel pula sangat berpatutan terutama di musim cuti sekolah ni.

Yang menariknya tentang Langkawi ialah pantai-pantai yang indah,tempat sejarah seperti makam Mahsuri,Langkawi Geopark,tempat membeli-belah dan macam-macam lagi.Kalau nak shopping barang-barang bebas cukai, boleh ronda-ronda di pekan Kuah.Kalau anda peminat pinggan-mangkuk Corelle, Vantage,Arcopal dan lain-lain, jangan lepaskan peluang ini membeli pinggan-mangkuk dengan harga lebih murah dari biasa.Rugi kalau tak beli ole-ole dari Langkawi.Kedai yang terkenal kat sini ialah Kedai Haji Ismail Group.Ada 5 kedai syarikat ini termasuk sebuah di jeti Langkawi.Macam-macam ada jual di kedai ni,dari coklat-coklat import hinggalah pinggan-mangkuk beranika jenis.Pilih ajelah mana yang berkenan.Lagi satu tempat yang patut dikunjungi ialah Langkawi Geopark .Naik kereta kabel dan saksikan pemandangan indah dari atas bukit.Anda juga boleh melalui jambatan gantung yang terletak di atas bukit ini.

Ida di hadapan Bella Vista Langkawi


Pemandangan menghadap ke laut
Kemudahan kolam renang
Dihadapan Langkawi Geopark

Dipuncak Gunung Raya