Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Program MIMBAR Negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR) untuk membantu rakyat berpendapatan rendah di bandar melalui Program Pembangunan Usahawan, Program Kerjaya dan Program Mikrokredit untuk peniaga kecil.Jadi rakyat Selangor yang berminat bolehlah melayari laman web www.mimbarselangor.org untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk memohon skim ini.Anda juga boleh mendapatkan maklumat dan borang di pejabat-pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Kursus Kek Cawan, Kek Lapis dan Kek Fondan

Maaflah kerana lambat nak update kursus yang berlangsung minggu lepas. Kursus Kek Cawan dan Kek Lapis berlangsung pada 19 dan 20/3 manakala kursus Kek Fondan berlangsung pada 27/3. Inilah pertama kali saya mengadakan kursus hiasan kek fondan dan hasilnya sangat mengkagumkan sekali. Para peserta telah berjaya menghasilkan hiasan yang indah dari fondan.Tahniah diucapkan kepada anda semua. Kepada peserta kek cawan dan kek lapis, teruskan membuat praktis supaya kek-kek yang anda hasilkan menjadi kemas, cantik,sedap dan memukau mata yang memandangnya.
Hiasan kek berhias fondan yang kreatif.

Peserta memerhatikan kek fondan yang telah disiapkan.

Peserta kursus kek lapis sarawak.

Kek cawan telah dihias.      






 Peserta kursus kek cawan. 


 
 

Kursus Bahulu dan Kek Keju

Kursus Bahulu &Swissroll dan Kursus Kek Keju telah berlangsung pada minggu lepas( 12/3 dan 13/3).Tahniah kepada para peserta yang ada antaranya datang dari jauh seperti Kuantan dan Muar, Johor.Moga anda  akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari tempohari.Selamat Berjaya pada anda semua.
Antara kuih bahulu dan swissroll yang dihasilkan dalam kelas. 
Peserta sedang practice menggulung kek.  
Peserta bahulu dan swissroll bergambar kenangan. 

Antara kek keju yang telah dipelajari. 
Peserta kursus kek keju.

Kursus Bahulu dan Kek Keju ada kosong.

Pada minggu ini akan diadakan kursus Bahulu dan Swissroll (12/3) dan kursus Kek Keju (13/3).Buat masa ini (9/3), masih ada kekosongan untuk kedua-dua kursus ini. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini di talian 014-3247478. Sila call dulu sebelum anda membuat pembayaran untuk pastikan kelas masih ada kosong.

Jawatan Kosong

Baru-baru ini saya ada menerima panggilan dari seorang pengusaha bakeri di Temerloh, Pahang. Beliau memerlukan pekerja dengan segera. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Encik Zahari - 019 9847723 atau Puan Suhaira- 013 9113173. Nama kedai ialah Kedai Kek dan Kafe Al-Munawarah dan pekerja yang diperlukan ialah Pembuat Kek dan Roti - Mahir atau Separuh Mahir.

Kursus Roti dan Pastri- 5 dan 6 Mac.

Pada minggu lepas telah berlangsung kursus Aneka Roti pada 5 Mac dan Aneka Pastri pada 6 Mac.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya mengikuti kursus dari awal hingga akhir.
 Saya berharap ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan selalu ya.
Peserta kursus pastri bergambar kenangan. 
Pelbagai jenis pastri yang dihasilkan. 
Aneka roti yang enak.

Kursus Frozen Food dan Kek Coklat

Kursus Frozen Food (26/2) dan Kursus Kek Coklat (27/2) telahpun berlangsung pada minggu yang lalu. Ramai peserta dari jauh yang menghadiri kursus kali ini.Ada yang datang dari Sarawak,Johor Baru, Kuantan, Melaka dan lain-lain. Dari Sarawak Puan Aishah, dari JB Puan Zaida, En.Rosli dari Melaka dan ramai lagi yang tak dapat saya ingati nama mereka.Yang menariknya,ada tiga jejaka yang menghadiri kursus frozen.Nampaknya mereka memang sporting,maklumlah dikelilingi kaum wanita.Akhirkata saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dari kedua-dua kelas tersebut yang berjaya mengikuti kelas tersebut dari awal hingga akhir. Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari akan dapat dipraktikkan di rumah nanti.

Peserta kursus kek coklat bergambar ramai.

Antara kek coklat yang dipelajari.

Ini pulak gambar peserta kursus frozen.

Tiga jejaka sedang tekun membuat karipap pusing.