Kursus Frozen dan Kek Coklat Ada Kosong

Sesiapa yang berminat mengikuti kursus Frozen Food (26/2) dan Kek Coklat dan Hiasan (27/2), masih ada beberapa kekosongan untuk kedua-dua kursus ini. Anda hendaklah membuat bayaran secara bank-in atau online kepada Prokarya Publishing and Distributors No akaun MAYBANK- 562900001799 . Sebelum membuat bayaran, anda hendaklah sms atau telefon dulu untuk memastikan ada kekosongan lagi. Selepas membayar, sms nama anda dan tarikh kursus ke 014-3247478. Kami akan check bayaran secara online.Kepada para peserta yang dah booking tetapi masih tidak membuat bayaran, kami menganggap anda tidak berminat dan tempat anda akan diisi oleh peserta lain.Sekian, terimakasih.

Kursus Talam dan Kek Popular

Alhamdulillah, 2 kursus telah berlangsung pada minggu yang lalu iaitu Kursus Talam 19/2 dan Kek Popular 20/2/2011. Ada peserta yang datang dari jauh seperti Pahang dan Johor.Syabas diucapkan kepada anda yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu.Moga apa yang dipelajari akan dapat dipraktikkan bila sampai di rumah nanti. Seramai 22 peserta mengikuti kursus talam dan 27 orang untuk kursus Kek Popular. Sebenarnya memang saya nak hadkan kepada 20 orang saja tetapi ada yang buat bayaran last minute dan ada yang walk-in. Jadi saya berharap kepada peserta akan datang supaya membuat pembayaran awal atau booking dulu supaya kelas tidak menjadi terlalu ramai.Apapun nasib baik kelasnya agak besar dan boleh menampung peserta seramai ini.

Puan Noraini sedang menerangkan sesuatu kepada peserta kursus.

Para peserta bergambar kenangan.

Ini pula peserta kek popular .

Dalam ramai-ramai tu ada pulak hero seorang.

Kelas 19/2 dan 20/2 Sudah Penuh.

Ingin dimaklumkan kepada anda semua bahawa Kursus Kuih Talam 19/2 dan Kursus Kek Popular pada 20/2 sudah penuh.Sesiapa yang telah membuat bayaran hingga 16/2, anda termasuk dalam senarai 20 peserta.Kelas bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang.Sila bawa pen dan slip pembayaran untuk semakan.Bahan-bahan dan peralatan lain disediakan oleh pihak kami. Sesiapa yang telah membuat tempahan untuk kursus Frozen Food (26/2) dan Kek Coklat(27/2) hendaklah membuat pembayaran kepada akaun yang diberikan dalam laman web kami. Tempat terhad kepada 20 peserta yang membayar awal. Terimakasih.

Kursus pertama di Bukit Tinggi, Klang.

Alhamdulillah, kursus pertama di Bukit Tinggi, Klang telah selamat diadakan pada minggu yang lalu. Seramai 20 peserta mengikuti Kursus Kek Keju dan 17 orang mengikuti kursus Biskut Raya. Tahniah diucapkan kepada anda semua yang telah berjaya menamatkan kursus sehari tersebut. Moga anda berjaya menghasilkan kek dan biskut yang enak.

Peserta sedang sebuk penyukat bahan-bahan.
Macam-macam jenis kek keju yang dihasilkan.   








Puan Noraini sedang memberi penerangan tentang kek yang telah disiapkan.
Puan Noraini bergambar kenangan dengan peserta kursus kek keju.

Hai, bukan senang nak buat biskut ni.
Dah siap biskut tu nampaknya.


Hantaran Pengantin

Dalam majlis perkahwinan Azura baru-baru ini, pengantin lelaki membawa 11 dulang dan dibalas 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.Jadi marilah kita mencuci mata dengan melihat gambar-gambar sebahagian hantaran pengantin ini.Nak upload semuanya banyak sangat jadi saya paparkan beberapa hantaran yang berkaitan dengan makanan saja.
Kek hantaran berhias bunga gumpaste merah

Kek cawan yang comel

Coklat handmade .

Kuih bahulu juga sesuai dibuat hantaran.

Coklat dan gula-gula dihias bentuk hati.

Cookies yang disusun dalam bekas.

Susunan buah-buahan dari pengantin lelaki.

Gubahan seperti buah anggur.

Puding untuk pencuci mulut.

Kek coklat 2 tingkat untuk acara potong kek.

Selamat Pengantin Baru

Raja Sehari sedang bersanding.
Pengantin  tersenyum simpul atas pelamin.

Bersama ibu dan ayah pengantin perempuan.

Puan Noraini dan suami bersama pengantin.


Tanggal 30 Januari 2011 merupakan hari yang paling bahagia buat pasangan pengantin baru Norazura Zakaria dan Fazlee.Majlis pernikahan dan perkahwinan beliau telah berlangsung dengan meriahnya di kediaman keluarga Norazura di Selayang Baru. "Selamat Pengantin Baru " diucapkan kepada pasangan ini semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Popular Posts