KURSUS 4/12 DAN 5/12 SUDAH PENUH.

Ingin dimaklumkan bahawa kursus 4/12 - Frozen Food dan 5/12 - Kek Cawan telahpun penuh. Anda diharapkan untuk tidak membuat pembayaran lagi untuk kedua-dua kursus ini. Untuk kursus seterusnya masih ada kekosongan lagi. Mana-mana bakal peserta yang telah memberi nama, sila buat pembayaran untuk mempastikan anda mendapat tempat kerana bilangan peserta yang diambil adalah terhad kepada 20 orang saja.Sila telefon saya dahulu untuk mempastikan kursus yang anda minta itu masih kosong.
(Posted : 29 November 2010)

KURSUS KEK KEJU DAN HIASAN KEK

Kursus Kek Keju telah diadakan pada 27/11 dan Hiasan Kek pada 28/11. Kedua-dua kursus telah berjalan dengan lancar dan para peserta semua telah berjaya menamatkan kursus masing-masing. Tahniah diucapkan kepada anda semua.Balik nanti teruskan praktis untuk lebih mahir.

Seronok nampaknya bila kek dah siap.

Para peserta Kek Keju bergambar ramai.

Peserta sedang sebuk mengaising kek.

Dah siap kek barulah boleh bergambar

Kek yang dihasilkan oleh peserta sendiri.

Penyertaan untuk kursus Kek Keju Ditutup.

Penyertaan untuk kursus Kek Keju pada 27/11/2010 telahpun ditutup kerana telah cukup peserta. Masih ada kekosongan untuk kursus Hiasan Kek pada 28/11/2010. Sila call dulu sebelum membuat bayaran untuk pastikan masih ada kekosongan.Harap maklum.( posted :22/11/2010 - 4 ptg)

BAYARAN YURAN KURSUS

Assalamualaikum kepada para pelawat semua. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada para peserta yang telah membuat bayaran untuk kursus Kek Keju 27/11/2010 dan Kursus Hiasan Kek pada 28/11/2010. Hanya ada 2 kekosongan lagi untuk 27/11 dan  8 tempat kosong lagi untuk kursus Hiasan Kek.Peserta terhad kepada 20 orang saja.Kepada peserta yang telah membuat pembayaran, hendaklah sms nama anda dan tarikh kursus yang ingin disertai. Slip bayaran hendaklah dibawa semasa hadir pada hari kursus nanti.Anda tidak perlu membawa apa-apa barang kecuali pen saja kerana semua bahan dan peralatan akan disediakan. Kepada anda yang telah menempah untuk kelas 4 dan 5 Disember iaitu Kelas Frozen Food dan Kek Cawan dan Hiasan, bolehlah membuat pembayaran yuran dari sekarang.

SELAMAT PULANG KE TANAHAIR


Bermacam jenis kuih, kek,kuih kering ada dijual di kedai Kartikasari.

Para pekerja sibuk melayan pelanggan.

Kuih-muih basah turut dijual disini.

Kek-kek moden pelbagai jenis.

Kek lapis surabaya,lapis legit menjadi jualan terhangat disini.
 Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat pulang ke tanahair pada 14 November yang lepas. Syukur kerana Jakarta dan Bandung tidak terkena jerebu Gunung Merapi yang meletup tu. Ini kerana Gunung Merapi terletak di Jawa Tengah manakala Jakarta dan Bandung terletak di Jawa Barat. Di Jakarta, kami hanya berada satu malam saja jadi tak banyak tempat yang sempat kami lawati.Lagipun Jakarta ini jem teruk, kata orang Indon macet.Kebetulan pulak,presiden Amerika Barack Obama ada melawat Indonesia sehari sebelum tu.Esoknya kami bertolak ke Bandung yang terletak 3 jam perjalanan dari Jakarta.Bandar Bandung ni terletak atas kawasan bukit macam Genting Highland tu, jadi cuaca agak sejuk sikit. Bandar ni pun sesak juga dengan jalan-jalan yang sempit dan kenderaan yang banyak terutama motosikal.

Banyak juga tempat shopping kat sini seperti Factory Outlet, kedai barang kulit, Komplek Pasar Baru dan lain-lain. Tapi makan aje yang kurang enak kerana tak sesuai dengan tekak kita yang dah terbiasa dengan masakan Melayu.Tapi kat Bandung ni kena hati-hati sikit dengan kedai makan kerana ada yang tak halal kerana kat sini bukan semua Islam, ramai yang Kristian. Kedai bakeri kat sini banyak sekali, yang sempat kami kunjungi ialah Perusahaan Bakeri Kartika Sari yang terletak di Kebon Kawung, Bandung. Bermacam jenis kek dan kuih-muih dijual kat sini. Saya pun belilah Lapis Legit,Lapis Surabaya, Brownies Kukus dan beberapa jenis yang lain untuk hidangan Hari Raya Haji nanti. Rasanya lebih kurang macam kek kita aje.Kelainan disini, ia turut menjual pelbagai jenis kuih-muih basah.

Kesimpulannya, memang seronok pergi makan angin ni, sambil-sambil tu dapat meninjau bisnes bakeri disana.Disini juga ada tempat-tempat yang turut menganjurkan kursus-kursus masakan. Insyaallah, saya bercadang untuk buat Lawatan Sambil Belajar ke Bandung lagi khusus mengenai bidang bakeri, mungkin penghujung tahun depan (2011).Program ini akan diwar-warkan di blog bila tiba masanya nanti.

BERKUNJUNG KE NEGARA JIRAN

Dengan izin Allah saya akan berkunjung ke Jakarta dan Bandung dari 10 - 14 November 2010. Oleh itu anda yang ingin bertanya mengenai kursus atau nak buat tempahan kursus , tidak menghubungi saya pada tarikh tersebut. Boleh menghubungi saya semula mulai 15 November. Walaupun di Indonesia baru saja ditimpa tsunami, letupan Gunung Merapi dan sebagainya, saya sekeluarga teruskan juga kesana kerana telah merancangnya sejak 6 bulan yang lepas.Harap-harap Jakarta dan Bandung tidak  kena tempias bencana. Nanti bila saya balik , akan saya ceritakan perkembangan disana.Wassalam.

KURSUS KEK COKLAT DAN ROTI

Peserta kursus Roti &Pastri bergambar kenangan.
Inilah roti-roti yang telah dihasilkan oleh peserta.
Peserta kelas Kek Coklat bergambar ramai.
Dua kelas telah berlangsung pada minggu lalu iaitu Kursus Kek Coklat dan juga Roti & Pastri pada 6 dan 7 November 2010. Sambutan sangat menggalakkan dimana 24 orang menghadiri kursus Kek Coklat dan 26 orang menghadiri kursus Roti &Pastri. Tahniah kepada para peserta kerana telah menjayakan kursus ini. Diharap anda mencuba resipi-resipi yang telah dipelajari tempohari.

PERATURAN BARU UNTUK DAFTAR KURSUS

Assalamualaikum diucapkan kepada para pelawat di Resipinoraini.Saya berharap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya ingin mewar-warkan satu peraturan baru untuk mengikuti kursus di Aniz Baking Centre.Saya bersyukur kerana kursus-kursus masakan yang kami anjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari anda semua.Bagaimanapun, ada beberapa perkara kurang enak yang perlu diperbetulkan agar menjadi lebih kemas dan teratur.Peraturan ini akan berkuat-kuasa mulai kursus  27 November 2010.

Ini berkenaan dengan pendaftaran peserta. Memang ramai yang memberi nama untuk mengikuti kursus sehingga ada sesetengah kelas  yang terlebih peserta. Tetapi  ramai yang cancel walaupun telah memberi pengesahan kehadiran . Seringkali dengan alasan yang remeh-temeh, bakal peserta sewenang-wenangnya membatalkan kelas. Tentunya kami tidak menggemari tabiat seperti ini diteruskan.Ini menutup peluang orang yang benar-benar berminat. Kami hanya mahukan peserta yang serius dan betul-betul memberikan komitmen untuk hadir.

Oleh itu, mulai kelas 27 November 2010, sesiapa yang berminat mengikuti sebarang kursus di Aniz Baking Centre hendaklah membuat bayaran penuh RM150 sebelum menghadiri kursus. Tiada diskaun untuk bekas peserta kerana harga barang sudah naik mendadak.Semua orang  membayar harga yang sama  iaitu RM150.(Yuran kursus tidak dinaikkan)

1. Bank-in bayaran anda RM150 kemana-mana cawangan MAYBANK. Bayar atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS. No akaun : 562900001799
2. Setelah membuat bayaran, faks slip bayaran ke 03-31675408 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com atau ani_zakaria@yahoo.com.my 
3. Hantar sms ke 014-3247478 memberitahu bayaran telah dibuat dan sertakan nama anda dan tarikh kursus yang ingin diikuti. Nama anda akan dimasukkan dalam senarai peserta.
4. Kami akan menyemak bayaran anda secara online.
5. Pada hari kursus, sila bawa slip bayaran anda untuk pengesahan.
6. Sekiranya anda tidak dapat hadir kursus tetapi bayaran telah dibuat, anda boleh menukar tarikh kursus yang lain.
7. Bayaran hendaklah dibuat sekurang-kurang 4 hari sebelum kelas berlangsung.
8. Tempat terhad kepada 20 peserta saja. Siapa membuat bayaran dulu, dia mendapat tempat.

Apa-apa kemusykilan, bolehlah emel ke admin@anizbakingcentre.com atau ani_zakaria@yahoo.com.my

KURSUS KEK DAN HOMEMADE CHOCOLATE

Dua kursus telahpun berlangsung pada minggu lepas iaitu Kursus Kek dan Hiasan dan Kursus Homemade Chocolate. Syabas diucapkan kepada para peserta yang bersungguh-sungguh menjalani kursus tersebut. Tapi resipi tu janganlah disimpan saja.Cubalah praktikkan hingga mendapat hasil yang sempurna. Selamat Maju Jaya.

Dah penat buat kek, tibalah masa mengambil gambar pula.
Peserta kursus kek bergambar kenangan.
Ini pula peserta kursus Homemade Chocolate, mencuba sendiri membuat coklat.
Sedang asyik memasukkan filling dalam coklat.
Benerapa jenis coklat yang dihasilkan oleh peserta.

Popular Posts